As Salam
Alhamdulillah..Tanggal 15 April 2025 aku dah berjaya tukar status pemegang LESEN P kepada Lesen Full - Motosikal 😁...Hari Selasa lepas blk dr kerja aku plan nak singgah semula UTC Keramat. Tapi masa dlm LRT ralit tengok fon sampaikan masa pintu LRT dah tutup baru aku angkat kepala & tengok slow2 & makin laju je LRT tinggalkan stesen Damai. Maka aku pun terpaksa la turun dekat stesen Dato Keramat & patah blk ke LRT Damai. 😀
Dari ofis hujan dah start lebat smp la ke LRT Damai & Dato Keramat
Mujur ade bridge ni..
Tapi tetap jgk kena tempias sbb angin kuat
Sampai2 dekat JPJ UTC tu aku tanya dulu guard...
Alhamdulillah nombor giliran masih ada...Kena bukak apps jpjeq
Pilih cawangan mane korang berada...
Mujur sangat dah install awal2 masa hari Jumaat lepas...
Jumaat lepas, masa aku smp sini keadaan sekeliling sunyi sbb rehat utk solat Jumaat..
Alhamdulillah lagi sekali sebab tempoh menunggu aku hanya kurang dari 5 minit. Smp giliran cakap nk renew lesen..Bagi IC, bagi Lesen P yg lama...Lepas tu bayar by debit card RM20 utk tempoh setahun...Lepas tu masuk apps myjpj pulak utk refresh lesen lama...
Alhamdulillah urusan dipermudahkan & tiada denda dikenakan...
Lepas click jana semula tu
Dah xde la logo P
dekat sebelah atas kanan online card ni
Esok paginya sebelum pegi keje kita kasi koyak la sticker P tu...Dah 2 tahun lebih tertampal utk belas ehsan orang lain sbb aku kan masih dlm tempoh Percubaan 😆....
Sekarang ada...
Lepas tu tak ada dah...
Muka happy si penunggang motor yang baru
habis tempoh percubaan selama 2 tahun 😆
Tetibe aku rasa rugi sikit masa amik cuti Halfday last week..Tapi dalam masa yang ada ade perkara lain yang dpt diselesaikan..Ok la kot..Takde la suatu pembaziran AL sgt kot 😆
Kalau korang nak tau, hari yang aku renew lesen ni hujan mmg lebat giler...Aku tunggu dkt LRT smp pkol 6.30pm tapi hujan x berenti-berenti jgk. Jadi terpaksa la Hata amik aku dekat LRT...Lepas tu pegi dinner terus sebab pkol 8.15pm che mek ade tuisyen. Lepas hantar che mek, kami ke LRT utk aku amik motor & Hata gi isi minyak kereta.
Perasaan korang masa dah habis P - lesen motor / kereta mcmane pulak?
10 Comments:
Acik ni jangan kata lesen motor..bawak motor lagi la tak reti..Eh! stesen Dato' Keramat dan kadang2 Damai tempat acik turun juga la..
waaa tahniah syabbas!!! my zharfan akan abih lesen P utk driving tu bln dpn la ie his bday, so lps ni tak pyh dh tepek sticker P kat windscreen keta
Dania pun sama dah habis P bulan 1 hari tu..terus renew untuk 5 tahun...sonang omak eh x yah pening2 kepala kan...tahniah Nieza...
tahniah dh tkde lesen P lg....skarang ptg2 mmg lebat ujan
congrats!!! of coz la happy kan, but now MA mcm dpt P balik sbb kena tampal P kat keta.. utk Ian..he he he..sekali pakej la ngan Mummy ny..malas nak cabut pasang// takut lupa kan
tak igt dah perasaan habis P tu mcam mana...sebab lepas SPm terus amik lesen moto...tapi, masa tu tak amik kete sekali...sebab takde kete nak bawa..hahaha..masa sambung belaar, menyesal takde lesen kereta...kalau tak, boleh sewa kereta...boleh lagi jauh berjalan...kawan2 yang ada lesen kereta masa tu, semua takot nak bawak.. hahaha..geram je kita
Dania pun nak tukar dari P ke lesen biasa bulan Jun tahun ni. Lepas tu boleh la cabut P kat kereta.
Tahniah! Lesen dah full ni boleh la rempit layan bukit!
Ehem... Jom baca blog uncle tarikh 21 April 2025... Ada sikit pencapaian peribadi uncle nak kongsi... JOM?
waahhh dah boleh cabut lesen P yeayyy!
Fzy Fuzzy : SY pandai bwk motor je sis..Drive belum khatam lg =D
MZ : Alhamdulillah..=D
SA : ALhamdulillah… =D
MA : Hahaha...
Linda : Best la lps SPM terus ade lessen motor..Sy ni dah 4 series baru ado..Hahaha
Ezna : ALhamdulillah…
Uncle : Ape barang layan bukit..layan konar leper la uncle =D...Dah komen dah..Tahniah uncle =D
Anamizu : Alhamdulillah =D
Post a Comment