As Salam
Alhamdulillah cuti 3 hari yang lepas, aku & Hata masih amik peluang untuk buat spring cleaning & berjaya mengemas walaupun tak banyak..Tapi masih berjaya mengeluarkan beberapa items yang tak diperlukan lagi...
Aku tak ingat la bila antara 3 hari tu...Tapi ada hari yang Hata mengemas meja kerja dia..Mengumpul semua document lama-lama yang tak diperlukan lagi..Nak buang macam tu je risau ada yang salah guna..Lepas tu aku baru teringat yang kami ada tempat membakar ikan..Jadi malam tu kami bakar kertas-kertas tu dalam bekas tu aje la...
Dah lebih 10 tahun simpan woven / non woven bag ni...
Nak buat ape???
Dulu aku simpan sebab fikir kalau sesiapa datang dan
perlukan bag, boleh la bagi bag ni...
Tapi skrg memasing bawak bag sendiri...
Jadi bag-bag ni dah tak diperlukan lagi...
So aku buang aje la..Risau dah reput...
Bahan bacaan anak-anak masa kecik...
Aku wrapped elok-elok dengan clear wrap lepas tu masuk dalam recycle box
Set baju melayu, kurta & kemeja kerja Hata yang dah tak pakai...
Kami masukkn dalam plastik, lepas tu wrapped dgn clear wrap,
then masuk jugak dalam recycle box...
At least kain-kain ni terjaga la sikit bila kita wrap elok-elok...
Sementara Hata clearkan document-document dia yang lama,
aku melipat kain yang tingginya dah hampir dengan gunung Everestπ
Lepas Hata dah selesai sorting, kami gi merempit ke MIXUE sekejab beli air ni...
Panas sangat cuaca kome...Lepas tu kita pun start membako...
Bakor yope..Bakor
Lepas membakar, aku keringkan badan sekejab, lepas tu mandi then sambung melipat kain...Alhamdulillah selesai menggondolkan gunung everest π...Baju che mek aku asingkan & dia lipat sendiri la baju bajan dia tu...Dia pun ade jugak baju-baju yang nak di-recycle sebab dah makin tinggi dari ibu π.
Balik dari tengok wayang hari tu, sempat singgah mr.DIY sekejab untuk beli L keys. Nak cabut alat senaman yang ex ofismate aku bagi dulu..Nak bagi dekat kakak aku yang dekat Johor tu..Bawak balik time balik raya haji ni nanti..Kami pun dah macam tak guna je alat senaman ni π
So far aku rasa part pakaian dah takde lagi yang aku nak recycle...Cuma mungkin nnt bila2 nk tengok semula baju-baju Ammar...Sekarang ni Ammar suka sangat pakai baju yang tak padan dengan size badan dia...Mana-mana baju t'shirt cotton ibu & ayah yang dia rase selesa...Dia akan bagitahu dia nak pakai & dia akan terus pakai...Sabar aje la π..Aku risau jugak kalau terlebih recycle...kang kami pulak yang tak cukup baju π...In Shaa Allah, spring cleaning ni akan diteruskan selepas balik dari cuti raya haji nanti..
Korang balik kampung bila?
11 Comments:
Dah stat cuti hari nie...
syoknya start mengemas brg lama, nk start tulah sangat -sangat malas ...
saya rasa salah satu habit yang sering gak di sadari ialah ngumpulin woven bag sampai gk tahu kemanain kalau sudah banyak
mmg best mengemas ni dan lagi best kalau tak buat benda lain, hanya fokus mengemas..mmg banyak yg akan dibuang..hehe
Akak yang x start2 lagi ni....suami akak tu sukati dia je nak buang or recycle novel2 koleksi akak..akak warning jangan cuba2 nak jual..1 hilang ganti 10 buah novel baru dan salah satu tajuk yang sama..hahaha...kejam x...akak x balik JB...raya Seremban je...
memang best mengemas ni lagi2 kalau semuaanyaaa yg blh bakarrrrrr je.. puas hattiii membakkorrrr ehehehe
Bahan bacaan anak2 ke bacaan mak2 ? Hehehhee
Cie pun banyak woven bag. Setakat ni simpan letak dalam kotak kot ada kegunaan nanti. Lama2 mereput jugak beg tu.
rumah nak kena buat spring cleaning jugak ni tapi bercinta betul
i pun nak cari masa nak buat spring cleaning baju bajan laaa
Tas2 dari tempat perbelanjaan, di rumah saya sampai 1 box besar. Terkadang saya lupa bawa, lalu akhirnya terpaksa beli lagi. Suami tak usah tanya, dah pasti tak pernah bawa. Menumpuk lah sampai box besar nya saja tak bisa ditutup π€£. Akhirnya menang saya buang setengah dari tas2 itu.legaaa kalo dah berhasil mengurangi banyak dari barang kan
Post a Comment