As Salam
Hari kedua dekat kelatan, kak ipar aku yang dekat Kajang awal pagi dah keluar rumah sebab nak urusan hal puspakom adik ipar yang nak jual kereta dia..Dah ada buyer..Jadi untuk sarapan, Hata masak nasi goreng & aku masak pau...
Tengahari Hata ajak aku pegi kedai makan yang pernah bos branch ofis dekat sini bawak Hata pegi makan..Actually tempatnya dalam 30KM je..Tapi disebabkan jalan jammed, maka perjalanan amik masa sampai almost 1 hour..Hata cakap waze bawak jalan belakang...Aku seriau tengok jalan tu 😆
Setelah hampir 1 jam perjalanan, kami pun tiba di lokasi...
Kedai ni masak upon order request..Jadi nak kena tunggu sekejab sementara makanan siap walaupun kita dah order..Kiranya dia nak kita makan
panas-panas sebab kedai ni masak dekat rumah...
DIa bukak khemah & buat beberapa wakaf macam dalam
gambar ni untuk pelanggan...
Sementara tunggu makanan siap dimasak,
Kami jalan-jalan area kedai ni...
Photo berdua ni memang wajib..Snap by che mek...
Memang dalam hutan betul...😁
Penempatan dekat sini adalah berselerak...
Jalan rasa muat 1 kereta dari satu arah je dalam satu-satu masa...
Sekeping lagi...
Blouse aku tu aku beli deakt tiktok...
Sedap jugak kain dia kome...Aku beli sampai 3 warna 😁
Ok yang ini gambar last 😁
Lepas dah puas bergambar, kami pun ke meja semula dan tunggu makanan sampai 5 minit lepas tu..Aku mintak Hata order 2 menu untuk aku rasa..Udang goreng crispy & sotong sambal pedas...Lepas tu Hata add on menu-menu ni...
Rasa biasa je...RM25..
Sambal sotong pedas..
Tak pedas sangat..Sotong mcm tak berapa nak fresh...RM28
Kuah lemak putih ni aku suka...
Keli sambal..Biasa je..
Ikan Patin Bekok...OK ok je..
Sebelum habis makan, kami bungkus jugak ikan siakap bekok (aku rasa ikan siakap pekasam ) & siput sedut sungai masak lemak cili padi..Lepa tu kami ke Mydin Tunjong yang hanya 10 minit dari tempat makan kami...Beli lauk untuk dinner sikit...Masa OTW ke kereta tekak rasa nak minum air cendol...Jadi Hata pegi amik kereta & aku dengan che mek tunggu air cendol..Tengah-tengah tunggu tetibe awan gelap nak hujan..
Awan hitam di Mydin Tunjong dengan air cendol pekat dooh tapi sedap 😁
OTW balik tekak aku nak makan benda lain pulak..
Craving dengan kek batik indulgence atau kek batik ganache...
Gigih ye Hata mencari kedai yang jual kek ni ready made sebab kita kan tak biasa kedai-kedai kek dekat sini..Mujur la jumpa dekat ni dekat area
Taman Tengku Anis..
RM12..Sedap & lulus ditekak aku...
Terima Kasih Hata 😍
Sebelah malam Hata masak sup ayam express...Aku masak telur dadar & bakar terung..Kak ipar masak tauhu telur sos tiram & dia ada beli percik perut ayam....Alhamdulillah selesai semua menu tanpa membazir...Lepas tu memasing duk relax sambang-sembang...
Che mek main UNO & carrom dengan cousin-cousin yang ada...
Pukul 12 malam jugak baru memasing masuk bilik..Aku & Hata tak kemas bag pun malam tu...Kami kemas lepas solat subuh esoknya sebelum gerak balik ke KL...
Alhamdulillah seronok tengok FIL aku ada selera makan sepanjang kami ada...Kak ipar yang dekat Kajang tu pun satu family dia balik KB..jadi memang meriah la rumah ni..Aku ni dah terbiasa dengan arwah mak & abah...Jadi kalau dua-dua dah tak sihat, kita nak pegi berseronok pun jadi tak berapa best...Baik kita salurkan duit tu untuk melawat orang tua kita kan? Jalan-jalan tu kemudian-kemudian pun tak pe...Sekurang-kurangnya takde la kita rasa bersalah sangat...
Esok dah koje kome...
Ade yang sambung cuti sampai hujung minggu ni ke?
3 comments:
Sementara orang tua masih ada balik la ziarah kan. Pi bercuti tu bebila boleh pi. Esok Cie kerja dah tapi cuti semula Jumaat nanti kot. Malas nak kerja. Hahaha
Alhamdulillah..bagus menantu nie...Linda cuti seminggu, esok,lusa ke igt nak balik rumah MIL juga..sekarang menginap dekat rumah sendiri..dah main masak² dekat rumah sendiri..
Makanan laut kalau tak fresh tu hmmmm....patah selera. Nasib yang lain ok ajer tapi yang win tu suasana tempat makan ni dalam hutan.
Post a Comment