As Salam
Semalam aktiviti meng-unboxing diteruskn dengan kita pasang almari baju che mek pulak...Tak susah pun sebab tak banyak part..Simple almari je...jadi memang cepat aje siapnya...Aku beli yang 4 pintu...Sekali datang 2 pcs almari...Jadi bila dah pasang dua-dua tu, letak sebelah menyebelah, dapat la 4 pintu...
Untuk breakfast Hata masakkan mee goreng basah...
Inilah dia almari baju che mek yang baru...
Alhamdulillah bila masuk dua-dua ni dalam bilik che mek, masih ada ruang untuk solat..Aku risau penuh je bilik che mek ni sampai takde ruang untuk solat..Sebab bilik ni macam kecik sikit pada aku...Tapi nampaknya idak la kecik sangat sebab masih ada ruang untuk letak meja study...
Dalam almari tu macam ni...
Untuk rak tu, kita boleh adjust nak berapa tingkat...
Buat masa ni aku suruh che mek kekalkan macam ni supaya che mek boleh gantung & susun baju harian dia..No more sumbat dalam bakul ye..No more bakul in this room..Everything you must lipat & susun in this almari 😆
Lepas dah unboxing macam biasa kena la buang kotak-kotak ni...
Syukur sangat ada wagon ni..Senang nak bawak turun sampah-sampah yang tak boleh dibuang dibilik sampah sebelah lift tu...Dekat bawah ada satu bekas RORO..Jadi penduduk sini boleh buang sampah macam kotak-kotak yang tak terlalu besar dekat sana..
Alhamdulillah selesai dah part almari baju che mek...Hari ni nak settle unboxing yang lain pulak...Aku rasa cuti kali ni memang packed giler dengan hal-hal rumah..Tapi aku suka sebab ada banyak masa untuk spend pada hal-hal ni..Cepat sini nampak luas lantai rumah ni 😆




11 comments:
Macam berkenan pula tengok almari baru itu:)
Busy pun sempat update blog 👍🏻. Sedap pulak nampak mi goreng ada udang tu.
bagus almari banyak rak untuk susun juga. lebih teratur . baju berlipat pun tak tumbang
sedap tu mee goreng basah...slamat mengemas bj che mek dpt almari baru
Selamat mengemas.. Cantik almari, almari rumah Cuya dah penuh dgn baju2 campur
Menarik la nampak almari tu...
PH pun tengah spring cleaning dgn anak⁴ cuti sekolah ni
Cantik almarinya kak... Selamat mendeko
almari putih memang nampak lawa! mine pun warna putih, beli kat ikea...masa mula2 masuk rumah..now dh lama sgt almari2 tu, so far boleh lah bertahan lagiiii
wah..cantiks...
mee goreng tu nampak sedappp
Eyma : Sy pun suka..hrp2 lps ni baju bajan che mek lebih teratur =D
Cie : WAJIB update walau lambat ..Hahaha
Lydia : Betul tu...
Mama Tisya : Alhamdulillah setakat ni Hata masak mmg kena je dgn tekak sy...Thx sis =D
Cuya : Thx dear..DH bleh start sorting tu =D
PH : Kita geng sis =D
Sii Nurul : thx dear =D
MZ : almari ikea mmg tahan lama sis..Tp budget sy cukup almari ni je masa tu =D
MA : Thx sis...
Cantik & kukuh almari tu . CCL pernah beli almari dalam shoppee ..sampai sekarang masih kukuh elok lagi . Harga pun murah berbanding beli di kedai ..tapi masalahnya satu jerrr almari kena pasang sendiri ..
Post a Comment