As Salam
Sedihnya hati ni hari Rabu lepas sebab itu adalah hari terakhir kami pegang kunci rumah lama setelah hampir 10 tahun menyewa disana. Macam-macam kenangan yang tercipta dalam rumah ni. Kenangan Ammar belajar potty training, aku jalan kaki, hantar anak-anak ke taska, jalan kaki ke kelas mengaji Ammar, jalan kaki sampai ke jalan besar untuk tunggu bas ke LRT.
Kenangan taman pokok serai, pokok terung, pokok daun kari, tanam 5 ekor kucing yang semuanya anak-anak si Merry. Masa kami handover kunci pada owner, kami dah tak nampak dah kelibat Merry. Mungkin dia dah tahu yang kami tak akan kembali ke rumah ini lagi.
Terima kasih kepada owner rumah ni yang sangat prihatin dengan keadaan rumah dia bila ada berlaku apa-apa yang besar macam paip bocor & anai-anai. Terima kasih sebab faham ekonomi kami masa PKP dulu. Terima kasih sebab ucap tahniah kepada kami kerana akhirnya berjaya memiliki kediaman sendiri.
Owner pernah bagitahu yang ramai agent tanya tentang rumah ni. Ramai agent nak owner jual tapi owner tak nak jual sebab owner fikir tentang kami sekeluarga. Masa kami bagitahu nak pindah ni pun owner cakap pindah relax-relax je..Jangan kalut-kalut. Dia hanya akan panggil agent untuk view rumah selepas kami selesai 100% pindah.
Alhamdulillah owner setuju untuk pulangkan semula deposit api dan air kami sebanyak RM500 sebab last bill bulan December 2025 aku dah selesaikan. Lepas tu owner puas hati dengan keadaan rumah waktu kami pulangkan kepada dia. Dia terkejut tengok dalam rumah dah kosong sepenuhnya..Kami hanya tinggalkan penyapu dan pencuci tandas je.
Owner cerita, penyewa sebelum kami keluar rumah dengan cara tak baik. Tinggalkan kunci dekat pintu dan banyak lagi barang-barang yang mereka tak nak dalam rumah. Owner cakap dia nak jual rumah ni dengan harga RM550K. Sebab 2 anak dia tak nak dah rumah ni. Dia pun dah tak nak jaga rumah ni. Owner cakap harapnya buyer akan datang ni dapat jaga rumah ni macam kami jaga. Masih dalam keadaan yang elok.
Hata cakap sekarang dah takde sebab untuk kita kembali ke Wangsa Ceria. Sekarang kena fokus ke rumah baru yang masih banyak perkara perlu diselesaikan. Semoga kenangan dia rumah lama ni akan terus dalam ingatan kami. Kenangan Ammar membesar, che mek belajar berpuasa, liku-liku turun naik pekerjaan aku & Hata. Semuanya berlaku disana..Aduhai..Sedih betul rasanya 😁
Selamat tinggal rumah yang kami tinggal paling lama sejak mula-mula berkahwin. Rezeki orang berbeza-beza..Ada yang lepas kahwin, beberapa tahun kemudian terus dapat beli rumah. Ada yang terus menyewa sampai anak-anak dah besar dan berkahwin. Sewa atau beli jangan kita pertikaikan sebab mungkin Allah ada sediakan yang lebih baik untuk dia dimasa akan datang. Janji dia ada tempat berteduh..Kan?
Kami ni pun bila dah yakin mampu bayar monthly baru la berani nak mencari rumah sendiri. Itu pun macam-macam cabang nak kena fikir. Apa pun semoga rumah sendiri ni lebih diberkati & dirahmati serta terpelihara dari segalanya...Amin
Good bye rumah lama...
12 comments:
Selamat tinggal segala kenangan...selamat datang kenangan yang baru..di rumah yang baru...
10 tahun…memang cukup lama, banyak memori tercipta.
Alhamdulillah rezeki dapat tuan rumah baik.
10tahun tu tempoh yang lama..memang akan sedih..banyak kenangan tercipta..Alhamdulillah, dapat tuan rumah yang baik..semoga dimudahkan rezeki tuan rumah dan juga Nieza sekeluarga..aamin.
Kenangan lama tetap di hati. Rezeki dapat pindah rumah sendiri. InsyaAllah kenangan baru pula tercipta.
Pernah menyewa jugak dulu 2 kali. Berpindah randah ajer kami. Kita sewa dan pulangkan dengan keadaan baik buat owner happy sangat.
Betul tu… rumah sewa lama bukan sekadar tempat berteduh ..Di situlah tercipta memori pertama, belajar berdikari, dan mengumpul kekuatan.Walau dah pindah, kenangan tetap melekat dalam ingatan
rumah lama byk kenangan tu sbb dh 10thn....dpt owner yg baik rezeki....slamat pindah ke rumah baru plak
kenangan manis kat rumah lama pastinya kekal dlm lipatan memori..MZ plak, sblm beli rumah kat bkt permata ni, MZ menyewa kat taman bolton..dlm 5 tahun jugak dok situ...dan memang suka jer area situ cuma owner nya tak nak jual dan rumah pun bukaan kecik jer tapi kwsn tu best sbb jln masuk nya luas (kwsn industri)
waahhh lama 10 tahun tu.. moga semua kenangan tu terpahat di hati & moga tahun mndtg membawa kenangan yg baru aminnn
SA : Aduhai..Sedih sy baca =)
Ujie : Betul tu..Alhamdulillah rezeki kami =D
Linda : Amin..Thx dear =D
Cie : In Shaa Allah amin...
Ezna : Betul tu sis...Sy pun risau kalu owner tak puas hati dgn keadaan rumah Waktu kami hand over kunci =D
CCL : Betul tu..Mmg yg kami buat dan belajar dalam rumah tu =)
Mama Tisya : Thx sis =)
MZ : Situasi sy owner nk jual..Tapi Harga diluar kemampuan kami plk =)
Anamizu : Amin..Thx dear =)
Aiiiih pasti sedih lah nak pisah dari rumah yg lama ditempati .. bisa ketemu penyewa yg merawat rumah sewa bagai rumah sendiri, itu rare kak.
Krn suami saya ada beberapa rumah warisan orangtua dia, dan semuanya kami sewakan. Krn kami sendiri dah ada rumah sendiri juga, hadiah nikah dulu dari parent. Itu penyewa rumah suami, ada beberapa yg memang jorok sangat. Rumah betul2 kotor lah pas ditinggal mereka 😰. Memang tak suka dpt yg begini
Tp yg baik macam kakak juga ada. Dan Alhamdulillah sampai skr masih perpanjang sewa.
Fanny : mcm2 ragam penyewa ni kan? =D
Post a Comment