Sejak-sejak aku jumpa semula tumble ZUS selepas berpindah ni, datang pulak rajin nak buat 3 in 1 siap-siap dari rumah. Tapi buat tak penuh tumbler. Buat 3/4 je. Sebab semenjak 2 ni, OTW ke LRT rasa dahaga pulak. Padahal pagi-pagi kan tak panas sangat. Jadi pagi tadi aku rasa masih sempat untuk buat 2 sachets air kopi yang kak ipar bagi hari tu.
Demonyo tulih Korea. Kitenya orang PAYROCK..Ate mana nak paham kome. Jadi aku agak-agak je. Yang ada gambar cawan tu adalah KOPI.
2 sachets untuk 1 tumbler ZUS.
Serbuknya lebih kurang macam serbuk nescafe 3 in 1. Tapi coffee-nya bentuk macam flakes - chili flakes. Letak air panas senang je nak larut. Bau coffee-ny not so strong tapi tetap berasa. Aku buat bawak ke ofis. Sementara tunggu LRT sampai sempat la minum seteguk dua.
Gini la rupanya air tu kome...
Baru teringat nak snap bila dah nak habis pun air ni jam 10.30 pagi tadi.
Biasanya aku memang akan cuba habiskan air bergula yang aku buat sebelum jam 11.30 pagi. Melainkan aku dah kenyang sangat. Itu baru bawak sampai ke lunch hour 😆
Korang pulak macamana? Minum secawan kopi / non-coffee dekat ofis berapa lama nak habiskan?



7 comments:
Pagi2 minum susu uht kotak perasa kopi.
kat opis akak ni ada sekotak coffee maxim ni tapi packaging kaler merah..x tau la sedap ke tak x pernah cuba..mcam x luak je coffee tu
mudah ada bawa kopi sendiri kan. terasa dahaga je ada air nak diminum
Selalu beli je sama ada kopi 7E atau Zus. Sebelum balik lunch tu dah habis.
Linda suka panas..masuk dalam tumbler kecik..minum tu jelah sampai hilang panas nya..habis tu, teguk air cucko sejuk pula..
Tak marah ke tumbler zus sebab tak letak produk dia? Merajuk tumbler tu kang
saya pagi2 minum segelas teh o letak stevia, kdg2 letak skim milk so jd teh susu
Post a Comment