Jan 29, 2026

STOCK UP SKINCARE

As Salam
Hari tu product skincare yang aku tengah guna sekarang ada buat SALE. Dapat diskaun banyak jugak dari normal price. Mula-mula tengok rege ini...Lepas tu esoknya tengok rege lagi murah dari semalamnya. Jadi memang kena trus grab la. Sebab kalut sangat nak check out, terus aku terlupa nak tukar payment method. Biasa aku memang guna COD. Untuk sesetengah barang je aku buat online payment. Jadinya kena QR la dekat brader courier yang biasa hantar parcel ke ofis kami ni😁. Apa yang aku topup?
Ini ha...Setiap product Hada Labo yang berdua tu memang kena beli combo..Baru dapat murah dari physical store. Glad2Glow tu aku beli sebab nak dapatkan free shipping beli sunscreen tu. Murah je dalam RM11++. 

1st time aku try guna product Glad2Glow ni. Mungkin akan berkongsi dengan che mek. Semalam aku try guna. OK la..Senang nak blend dengan warna kulit muka aku. Memang kena guna sikit-sikit je lepas tu ratakan dekat muka. Sunscreen tu pulak adalah round ke 2 aku guna. Lama betul nak habis untuk setiap tube. Memang berbaloi la beli. 😁. Stock yang baru ni rasanya dalam 4 ke 6 bulan lagi baru habis kot. Jadi sekali lagi aku rasa pelaburan aku ni berbaloi. Aku beli pack besar sebab dah 2 kali beli starter pack dan memang nampak perubahan pada breakout yang aku alami sejak sebelum atau selepas dapat kunci rumah tahun lepas. Walaupun tak terlalu cepat, tapi perubahan tu aku nampak.

Hari Isnin hari tu ada la manis-manis sikit dari ofis. Jadi hari Selasa sebelum hantar che mek ke kelas tuisyen, aku panggil semua termasuk Hata untuk berkumpul. Aku bagi pada Hata dan anak-anak. Merasa la kita sikit sorang. Rezeki dikongsi bersama. Gitewwww..Sikit ke banyak jangan ditanya. Janji ada. Cukup untuk beli skincare dekat atas tu ok la kan?
Aku packing dekat ofis. Jumpa sampul CNY ni je...
Kita gunakan aje la..Janji isinya ada 😆

Ade la duit poket untuk this coming long holiday - Sabtu sampai Selasa. Lepas tu kita tunggu kot-kot ada manis-manis dari ofis Hata pulak untuk cover balik apa yang kita spend sepanjang cuti 4 hari tu 😆.

6 comments:

Suria Amanda said...

Glad2glow tu kak SA guna, code natural..hahaha..siap bagi tau code erk...akak semalam pi Guardian beli pencuci muka...lupa beli Primrose Oil yang dah seminggu habis

Ezna Khalili said...

Dania pakai bedak muka Glad To Glow tu. Cantik la bedaknya bila disapu ke muka.

adnil linda said...

alhamdulillah.. rezeki tu

Tot said...

Alhamdulillah. Rejeki.
Pernah guna Hada Labo, tapi kulit muka jadi merah, tak sesuai. Glad2Glow pula, tak pernah cuba.

Sii Nurul said...

Glad2Glow tu nampak menarik, harga pun mesra poket. Best bila nampak perubahan dekat kulit, slow-slow tapi menjadi.

Roziah @ Cie said...

kalau time offer memang kena grab lagi2 kalau expired lambat lagi.