As Salam
Hari Jumaat pagi lepas hantar anak-anak ke sekolah, aku & Hata berdating / ber-we time dekat kedai mamak NZ. Dekat belakang Wangsa Walk tu. Saja pegi brakfast jauh sikit sebab masa sampai jam baru pukul 7.05 pagi. Masih terlalu awal untuk aku naik LRT ke ofis. Lagipun dah lama kami tak breakfast dekat sana.
Aku amik set puri. Macam tak percaya aku boleh makan sampai habis.
Biasa aku sekeping, Hata tolong habiskan lagi sekeping. 😁
Hata amik maggi goreng tambah telur mata. Kami makan santai-santai je sampai jam 7.45 pagi. Lepas tu Hata hantar aku ke LRT Sri Rampai. Dah lama tak dating berdua sejak-sejak Hata start outstation ni. Dah almost 3 months tak outstation. Sekali kena udah direct 2 minggu . I is terkesan jugak la 😆. Nasib dah prepare mental & fizikal 😁.
Aduhai..Esok dah start kerja. Mujur la kerja 4 hari je lepas tu Jumaat cuti sampai Ahad. Korang buat apa hari ni? Aku planning nak beli barang dapur. Stock dah ada yang habis especially susu kotak untuk anak-anak makan dengan cornflakes. Nak beli chicken slice & chicken loft jugak untuk gilir-gilir letak dalam chicken wrapped anak-anak.
Grocery shopping is one of my therapy 😁


7 comments:
Sedap tengok puri. Lama tak makan.
Have a great weekend, Nieza.
Takde buat apa hari ni. Sempat balik kampung dekat kejap. Pagi balik, petang balik rumah semula.
best tu dpt we-time! kira dating laaa...ari ni MZ kuar mkn2 for bday dan posing2 OOTD jugak (pun utk bday!)
NZ nih saya sukaaaa. Waktu itu makan di sana dengan mama tisya . Tapi agak jauh ya tempatnya. Saya ingat pas kesana jauh juga kak Amy drive
Tot : Iye sis.Tak percaya sy bleh habiskan 2 keping puri tu =D
Cie : bestnya blk kg =D
MZ : Iye sis.Dah lama x dpt mkn mcm ni =D
Fanny : NZ ni skrg dah jauh jgk dgn rumah sy. Kalau masa dirumah lama tak jauh =D
teringin nak buat puri cenggitu...camner agaknya..selalu x jadi....
linda suka makan puri..lama dah tak buat ni
Post a Comment