As Salam
Hari Sabtu yang lepas adalah hari sukan sekolah Ammar. Ammar tak terpilih untuk masuk apa-apa acara tapi 4 hari sebelum hari sukan, rumah sukan Ammar ada open 10 orang murid dari rumah sukan untuk masuk acara sukaneka. Jadi aku masukkan nama Ammar antara 10 orang tu.
Jadi Hari Sabtu, aku hantar che mek ke Kem Kepimpinan anjuran sekolah dekat bangunan depan Rembayung lepas tu terus ke sekolah Ammar. Aku dah siap-siap bawak bekal chicken wrapped untuk Ammar, dim sum, air cuppucino,air masak & kipas purple gojoodoq aku yang besar tu.Ingatkan game awal, sekali dah hujung-hujung jam 12 tengahari baru start. Jarang betul kami stay dekat sekolah sampai habis acara. Tapi disebabkan dah letak nama Ammar, jadi kami tunggu aje la.
Rumah sukan Ammar dapat nombor 4...Aduhai...Tapi mujur la semua 40 peserta dapat medal ni. Gamenya adalah ikat belon dekat kaki & elak dari dipijak oleh rumah sukan yang lain. Peserta dari rumah sukan yang paling lama bertahan belon tak dapat dipijak oleh rumah sukan lain adalah pemenang.
Waktu ni ada jugak game bola tampar gergasi untuk parents. Kalau tak fikir ke jahitan yang masih belum dibuka, memang aku join dah sebab nampak macam best je mak-mak tu main hari tu. π
Sementara tunggu acara sukaneka, sepanjang duduk dekat khemah parents sambil tengok perlawanan olahraga, sukaneka tahap 1, aku jugak ralit bermain dengan chatgpt. Inilah hasilnya...
Gambar asal. Aku mintak chatgpt create gambar jadi cartoon anime yang cute.
Chatgpt bagi ini. Pada aku super cute. Terus aku buat gambar profile untuk Facebook, Instagram & whatsapp ππ
Gambar yang ini aku suruh chatgpt buat jadi cartoon...
Dapat yang macam ni. Nice jugak . Nampak ganaz je warnanya π
Yang ini nampak macam sama dengan gambar posing yang diatas.

Mintak google Ai Mode tukar jadi cartoon cute...π

Mintak tukar dari gambar nampak ganaz kepada yang cute sikit. π

Last sekali aku mintak edit gambar ni jadi gambar cartoon yang cute. π
Result dia buat aku melting habis ye kome. Super Lurve sangat ni.πππ
Sebab gambar-gambar ni aku jadi ralit. Sampaikan edit bagi size kecik sikit supaya boleh fit untuk dijadikan wallpaper dekat henfon aku...Lepas edit here & there dekat photogrid, maka terhasillah wallpaper ini...
Lurve teruk dengan gambar ni. πJam 9 nanti aku akan panggil grab untuk ke KPJ Ampang Puteri. Berdebar-bedar kome sebab semalam dressing terbukak mungkin sebab aku banyak bergerak atau memang kain tampal tu gamnya udah tak kuat. Jadi aku letak cotton pad & tampal dengan 3 handyplast. Harap-harap time bukak nanti tak jadi apa-apa la. Risau jugak ni. Tengok kesan jahitan tu semalam memang aku ngeri. Padahal ada 5 jahitan je. Tetibe teringat ke K-Drama Ghost Doctor π.
Doakan semua urusan kita hari ini dipermudahkan ye kome. Amin.











6 comments:
Semoga baik² saja...
Memang cantik la chatGpt edit tu..Linda pun ada satu buat wallpaper .hihihi
Semalam pun saya ralit main chatgpt. First time guna π Best jugak.
Wah comel lote yang last tu
Haa...suami akak pun ralit main menda ni..habis gambar akak ngan Brown dia edit guna chatgpt...nanti akak share
gmbr kartun by AI ni memang cute lah!
Aduh!! Semua hasil yang dicartoonkan tu comel-comel belaka.. Terpukau kita melihatnya..
Semoga yang baik-baik sahaja lukanya..
Post a Comment