Jun 11, 2026

100CM LONG BENCH CHAIR

As Salam

Hari Ahad lepas kan kami hanya duduk di rumah sebelum ke Giant Sri Gombak lepas Asar. Jadi masa duduk melepaskan lelah yang masih berbaki masa berzumba, aku pun scroll la shopeahhhhhh...Tetibe mata pandang meja makan. Tetibe terfikir nak beli bench chair macam style sekarang. 

Jadi lepas scroll....Scroll...dan Scroll aku jumpa la bench chair yang panjangnya 100cm. Meja makan ni dalam 139 cm. Pada aku OK la untuk 100cm tu sebab kalau amik yang 120cm, harga luar dari budget mengejut aku. 😆. Check out hari Ahad, hari Selasa bench chair ni dah sampai dekat lobby jam 7 malam. Lepas maghrib mintak Hata turun amikkan parcel sebab hari tu che mek tak pegi tuisyen sebab selesema. Aku suruh che mek tidur lepas makan ubat selesema & redoxon segelas.

Dalam jam 8 malam aku baru teringat yang stock wrap untuk bekal Ammar udah habis, mintak Hata turun sekali lagi untuk pegi Giant mini beli wrap & mayonis. Alhamdulillah, senang aje nak pasang bangku ni sebab hanya perlu pasang kaki bangku menggunakan L key yang kedai sediakan.
Hata cakap masa angkat kotak ni boleh tahan jugak beratnya kome. 😁
Lepas keluarkan dari kotak rupanya macam ni.
Gini aje kita screwkan...Semudah ABC..Gitewwwww..
Dah siap pasang 4 kaki bangku ni.
Alhamdulillah...Aku pilih warna seat yang betul..
Warna kelabu sama dengan warna kerusi meja makan.
Jom test letak dekat meja makan.
Alhamdulillah dapat sama tinggi dengan kerusi makan yang sedia ada.
Yeahhhhhh..
Dah dapat kerusi baru. Jadinya esok waktu kakak yang & anak cucu dia sampai, boleh la kami yang dewasa ni makan dekat meja makan & yang lain makan bersila la ye. Meja rumah nenek kome ni memang comel aje sebab kami ni duduk berompek yo. 😆
Sambil update blog, sambil tu temankan Ammar buat latihan sebab minggu depan dia ada exam. Aku risau ler dengan Ammar ni. Kena buat banyak lagi latihan. 😓

Alhamdulillah selamat sampai jugak unplanned bench chair aku sebelum hari Jumaat. Sebab memang niat beli ni untuk kemudahan makan ramai-ramai atas meja. Part lauk tu nanti aku akan bukak meja lipat. Kita amik macam buffet tapi ada yang makan atas meja & ada yang makan bersila.

Ok la tu kan??? Janji semua dapat makan. 😁

0 comments: