Jun 19, 2026

25 PCS MINI PANCAKES

As Salam

Selasa lepas sebaik aje Ammar sampai rumah, kami gerak mencari menu untuk dinner. Hata call kedai Kak Som Kampung Baru. Katanya dah buka semula selepas sebulan lebih renovation. Alhamdulillah jalan takde la jammed sangat. Tapi setengah jam jugak la nak sampai kesana dari rumah. Sampai-sampai tu parking belakang kedai Kak Som ni penuh. Kami ke depan sikit masuk belakang kedai Suraya seafood untuk parking.

Memang betul kedai Kak Som dah renovated bila tengok pada posisi tempat buat air & colek. Waktu ni aku amik nasi kerabu lauk daging bakar, solok lada & telur masin. Hata amik nasi separuh dengan daging berlengas. Che mek amik laksam & Ammar amik nasi putih lauk ayam masak lemak. Masa dah habis nasi, Ammar mintak lagi seketul ayam masak lemak tu. Layankan sekejab. Lupa nak snap gambar sebab aku lapar time ni. Lunch hour makan tteokbokki  dari CU Mart je.

Lepas makan Hata cakap dia nak makan pancakes. Jadi kami berjalan off way dari parking kereta pegi dekat gerai jual pancakes ni. Amik yang 25pcs = RM28.00. Boleh pilih 5 flavor & 5 topping.
Kami amik flavor strawberry, matcha, pistachio, milk chocolate & nutella.
Topping tu pun dapat free boleh pilih.

Lepas siap beli kami terus ke tempat parking. Dekat situ ada surau kecik. Selesaikan apa yang patut then baru gerak balik rumah. Sampai rumah mandi semua aku pun relax-relax aje la layan cerita korea Phantom Lawyer sekejab. Sambil tu makan pancakes pulak. Aku makan 2 pcs aje kome. Manisssssss...

Pada aku pistachio, milk chocolate & nutella tu aje yang OK. Matcha & strawberry aku tak makan. hata cakap memang 3 flavor tu aje yang OK. next time kalau nak beli lagi, tak perlu amik flavor matcha & strawberry.

Yeay!!! Esok cuti. Korang ada planning apa esok?

7 comments:

Suria Amanda said...

Pistachio, milk chocolate & nutella tu memang gabungan perisa yang tak pernah mengecewakan! Betul, matcha kalau tak kena dengan selera memang rasa pelik sikit. Nice sharing, selamat bercuti hujung minggu..kak SA ke Muar petang ni sampai Ahad kot...ke sampai esok je..depends..hehehe..

adnil linda said...

memang tak reti makan pancakes tu.. sebab tengok topping manis2

Ezna Khalili said...

Ada juga panggil namanya baby pancakes. Macam2 perisa tu.

mama tisya said...

mini pancake bole merasa byk topping tu

Puan Hazel said...

Meriah betul topping-nya, sampai melimpah... Tapi PH kalau manis² dah kurang gemar sekarang ni. Faktor usia kot hehe

Mama Zharfan said...

meriah betul toppingnya, kalerful sgt! ari ni MZ tak de plan apa2 pun...pg td gi amik result exam razeen then antar dia gi kumon. ni MZ ngadap lappy jer ni..layan BW then nak kena siapkan lecture slides plak

Roziah @ Cie said...

Sedap pulak nengok baby pancake tu warna warni topping meriah.