As Salam
Semangat nak add on hadiah untuk ex-ofismate telah mengatasi semua kerja tertunggak dekat rumah. Hari Khamis, Hata balik lambat dari Rawang. Jadi masa OTW balik, aku kol rumah & tanya che mek nak makan apa. Che mek pilih nak makan daging salai masak lemak cili padi dekat Beriani & Salai. Sampai rumah tanpa tunggu Ammar sampai, aku terus ajak che mek jalan kaki ke kedai makan tu sebab risau hujan turun semula. Aku tinggalkan nota untuk Ammar kalau-kalau dia pelik kenapa kakak takde dekat rumah waktu dia sampai. Biasa kakak ada 😁.
Waktu sampai dekat kedai aku order 1 set untuk dine in & 1 set untuk take away. Aku tak makan sebab masih kenyang lunch hour makan nasi lemak sambal paru. Lepas makan singgah kejab kedai jajan sebelah kedai makan tu beli spicy dried guava & dried mango. Lepas tu terus balik rumah.
Semua ulam tu kami tolak tepi. Aku hanya tolong che mek makan dalam 3-4 sudu je. Aku masih kenyang. 😁
Lepas maghrib tetibe diseru untuk masuk bilik menjahit. Datang idea nak jahit 4 items ni. Aku jahit ikut size suka hati kecuali key fob keychain tu. Yang itu memang kena ikut size key fob. Aku pilih kain corak warna hijau sebab kalau tak silap aku kawan ni suka warna hijau. 😆
Gigih ye aku jahit kain pouch ni macam ni untuk bahagian dalamnya. Supaya pouch ni kukuh sikit. Aku buat ini sebagai cover bahagian dalam pouch & add 1 lagi layer dari kain belacu.
Pouch bag, keychain, cord keeper & mini pillow brooch.
Aku add on jugak 3 pcs brooch risau kalau-kalau kawan ni tak faham kenapa aku bagi dia bantal kecik ni. Pin tudung tu tak termasuk. 😁
Alhamdulillah, selesai lagi satu project kain perca aku. Pom pom border lace tu pertama kali aku guna. Kena pandai amik side untuk jahit. Kalau tak nanti tak jadi. Aku pun 1st time guna bahan tu dan hanya berjaya setelah 2 kali percubaan.
Ok..Nanti free boleh buat lagi.




8 comments:
kreatif sungguh! Seronok tengok hasil projek kain perca all-in-one ni, nampak kemas dan eksklusif sangat warna hijau tu. Mesti ex-ofismate tersenyum lebar dapat hadiah custom-made yang penuh kasih sayang macam ni. Mini pillow brooch tu pun comel sangat, idea bijak letak sekali dengan kerongsang
Mesti terharu dan gembira kawan dapat macam-macam hadiah hasil jahit sendiri gini.
Nice work la Nieza 👍🏻
Bestnya la pandai jahit semua boleh jadi.
Wah mmgvsalute la org yg ada tangan seni ni..kita ni nak pegang jarum pun kadang terpleot apatah lg nak pegang mesin jahit 😅😅 zaman sek pun belajar yg simple² je pastu dah x igt dah haha
cute2 belaka hasil tanya nieza ni. terbaek laaa..kagum saya tgk org2 berseni ni
lama tak dengar orang sebut kain belacu.. hihihi
Semua yg kakak buat memang bagus2 laaah. Berguna pula utk dipakai hari2 😍😍👍. Pasti senang teman kakak yg akan menerima hadiah ini 😍😍
Post a Comment