Showing posts with label SAMPUL DUIT RAYA. Show all posts
Showing posts with label SAMPUL DUIT RAYA. Show all posts

JOM KIRA DUIT RAYA

As Salam

Malam tadi aku mintak anak-anak kira duit raya. Sebab minggu ni dah kira minggu terakhir bulan syawal. Aku mintak kira tu bukan apa. Sebabnya aku dah kekurangan DANA duit persekolahan harian anak-anak. Hata lupa & tak sempat nak tukar duit belanja anak-anak hari tu. Biasa memang tiap-tiap bulan Hata akan tukar duit ke note RM5 & RM1. Tapi bulan raya ni boleh pulak Hata tak sempat. Sebelum ni aku guna baki duit tukar mana yang ada. Minggu ni Hata memang tak sempat nak pegi tukar sebab meeting back to back. Kalau nak tukar, kena pegi awal dekat bank. Meetingnya pulak start awal pagi kadang lajak sampai ke lunch hour.

Jadi moh le kita kira, lepas tu amik note RM5 & RM1, lepas tu tukar dengan note RM50 yang aku ada. Duit bulanan anak-anak memang dah ada aku keluarkan. Cumanya tak sempat nak tukar.
Aku memang asingkan duit raya anak-anak.
Hasil dari sampul masing-masing...Masing-masing kira sendiri.
Alhamdulillah dengan rezeki yang anak-anak dapat.
Aku asingkan sampul yang agak premium sebab memang cantik-cantik belaka.
Yang biasa-biasa aku kumpul sekali. Senang nanti bila nak guna.

Lepas dah asingkan duit raya masing-masing, kita kira. Lepas kira aku bagitahu che mek yang aku bagi dia belanja duit raya dia RM100. Aku akan masukkan bakinya kedalam akaun dia. Macam Ammar bila aku tanya nak guna berapa, Ammar cakap dia nak guna duit bonus yang aku bagi untuk beli pencil case bentuk ikan. Means duit raya dia semua aku akan masukkan kedalam akaun dia. Aku OK je.

Selesai tukar duit note RM5 & RM1 dengan duit raya kids. Dapat la cover untuk 10 hari waktu bersekolah. Lagi 4 hari nanti la kita fikir ye. Lagi 4 hari tu tak cukup note RM1 je. RM5 ada. 

Korang pulak macamane?
Duit raya anak sekalikan atau asing-asingkan bagi yang ada anak lebih dari seorang. Duit belanja sekolah korang asingkan macamane?

DUIT DAH MASUK SAMPUL RAYA

As Salam

Alhamdulillah dah selesai proses tukar duit, asingkan duit & ,masukkan duit raya dalam sampul. Tahun ni aku & Hata buat keputusan tukar duit kepada 3 jenis note sahaja. Iaitu RM1, RM5 & RM10. So RM50 & RM20 takde tukar. Yang RM5 tukar sikit je. Aku tak nak pening-pening. Kita bagi mana yang termampu je. Siapa yang akan dapat duit raya dari aku & Hata nanti? Kita tunggu dipagi raya ye? 😁
Asingkan siap-siap untuk mereka yang aku & Hata setuju nak bagi.
OK. Dah siap.

Ada untuk kids, my maksu ,paksu, anak sedara, cucu sedara & untuk kakak-kakak aku. Sebab rasanya tahun lepas tak bagi pada mereka. Aku jugak dah belikan sedikit goodie bag untuk mereka tapi kena tambah lagi 1 set sebab kakak aku yang dekat Johor katanya balik beraya dekat kampung jugak tahun ni.

Ok la tu.At least kita kongsi rezeki kan? Untuk kids yang datang beraya ke rumah kami dekat kampung & kids yang ada dekat rumah sedara yang kami datang melawat pun dah siap masuk dalam sampul. Cuma duit raya untuk tetamu yang mungkin datang ke rumah kami je belum isi lagi. Sebab kami balik KL semula pun selepas beberapa hari di hari raya. Jadi masih ada masa nak prepare duit raya tu.

Korang dah prepare semua? Aku & Hata memang dah terbiasa sejak 17 tahun lepas untuk prepare duit raya siap-siap dari rumah kami sendiri sebelum balik kampung Perak / Kelantan. Senang. Melainkan kalau betul-betul tak sempat. Waktu tu memang hangkut duit raya & sampul balik kampung.

Seronok pulak tengok sampul raya tahun ni. 😁

KITA PUN DAPAT LA...

As Salam

Hari Isnin lepas pegi klinik Hata cakap dia nak beli kopi sebab nak kena siapkan kerja ofis sikit. Jadi lepas jumpa doctor baru kami order air ZUS secara online guna apps dari henfon aku. Aku selit order caramel macchiato guna tumbler ZUS dapat 10% diskaun . Lpeas tu Hata order Hot CEO Latte & untuk kids Hata belikan chocolate roll.
Hot CEO Latte..
Yeayyy..Dapat sampul raya..
Ada warna kuning, merah & hijau olive.
Aku closed-up sebab sampul ni ade texture. Nice.

Cukuplah menugumpul sampul raya ye dak? Tapi rasanya belum stop lagi sebab tengah tunggu dispatch dekat ofis amik dari bank-bank yang dia pegi untuk hantar document. Biasanya dia ada la bawak sepaket dua ke ofis.

Korang dah banyak kumpul sampul raya?

MISI MEMBURU SAMPUL RAYA DARI MIXUE

 As Salam


Hari Khamis malam Jumaat che mek tuisyen 1 jam je dari jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Jadinya kami tunggu terus dekat area kelas tuisyen che mek je. Lepas che mek habis kelas, kami pun menuju ke Mixue untuk cuba grab promo sampul raya mereka. Ini semua permintaan Ammar ye..Bukan aku. πŸ˜†
Inilah promo tu...
Syaratnya kena beli salah satu dari 3 jenis air diatas & 1 aiskrim dalam cup.
Aku pilih brown sugar with bubble tea & aiskrim mango untuk Hata...
Add on Kids punya Peach Jasmine Tea & Classical Milk Tea.
Dapatlah aku 4 keping sampul raya comey ni...
Ammar cakap dia nak sampul duit raya dari ayah / ibu dari sampul Mixue yang no.2 dari kanan. yang pakai complete baju raya dengan tangan dua-dua disisi ke depa tangan tu? Aku pun tak pasti. Ok la...Ade ke takde ke duir rayanya...Sikit ke banyak isinya, belakang cerita 😁
Muka happy semuanya sebab dapat minum air manis malam-malam hari.
Aku je dah lama tak minum air manis selepas waktu berbuka. 
At this age macam-macam perkara kena control kome. Risau😁

Hari ni kemana kome? Aku plan nak gi cari barang sikit untuk dibawa pulang ke KL sebab masa datang semalam, aku bawak backpack yang hanya ada aku punya laptop, skincare, sepasang baju balik & sweater je. Jadi masih adaspace yang boleh diisi. Seorang passanger kan dapat free hand carry 7kg? πŸ˜†

Flight kami malam ni jam 9 lebih. Jadi masih sempat nak berbuka sekali lagi dirumah sebelum ke airport jam 8.30 malam nanti. Oh Ya...Lupa nak cerita. Hari Jumaat tu Hata & kids bawak kereta ke airport. Parking dekat sana je sebab rate parking dengan panggil grab campur cost tol pun leih kurang sama. Around RM200. jadi aku suruh Hata parking dekat airport aje la. Senang waktu balik malam ni tak perlu tunggu grab. Masa OTW balik ke rumah, kalau nak singgah mana-mana tapau lauk bersahur pun senang.

Berapa kos parking? Aku tak sure. Nanti balik baru tahu. nanti aku share sini ye.

Korang berbuka apa nanti?
Doakan kami selamat pulang ke KL malam ni ye kome. Amin.