MOON CAKE DARI BAKERS COTTAGE

As Salam

Hari tu balik kerja naik kereta dengan Hata. Malas nak bawak anak-anak keluar makan sebab lepas beli sepapan telur ayam dekat NSK tu jam dah 6.45 petang. Jadi aku ajak Hata beli ayam & nasi ayam dekat Bakers Cottage - Taman Melawati je. Dapat beli seekor ayam dan 2 mangkuk sup. Tapi nasi ayamnya udah habis pulak. Jalan kaki ke ayamas beli nasi 3 bungkus. Aku pulak salah nampak dan salah faham sebab staff ayamas tu cakap nak letak gravy sekali ke asing dekat nasi tu. Jadi aku ingat nasi tu nasi putih biasa. Masa dia letak pun nampak macam nasi putih je.

Mengadu dengan Hata. Melintas pulak ke KFC beli 3 bungkus lagi nasi  KFC. Sampai rumah jam 7.30 malam. Lepas mandi & solat maghrib baru makan. Mujur la aku beli nasi lebih dari 3 bungkus sebab memasing kelaparan kome. Seekor ayam blackpepper habis waktu tu jugak. Baguslah habis. Aku tak nak simpan. Risau langsung tak termakan nanti.

Masa dekat Bakers Cottage tu aku jalan kejab dekat area roti. Memang selalu je nampak moon cake ni. Nak beli risau tak habis makan sorang sebab rasa macam kids tak makan sangat moon cake ni. Tapi hari tu aku amik jugak la sebiji sebab ada promo RM10++ je. Aku memang dari dulu suka flavor red bean.
Sebiji moon cake flavor kacang merah / red bean ni pun jenuih nak habiskan.
Cantik aje kejadiannya kome.
Macam ni la dalam dia...
Penuh dengan kacang merah dan macam ada hirisan kadang badam.

Korang pernah makan any flavor moon cake ni? Aku pernah makan beberapa flavor..Tapi aku suka yang ini. Ada jugak flavor durian. Rege almost RM30.00 sebiji. Tapi bau aje lebih. Rasanya kureng. Tapi bukan dari jenama Bakers Cottage la. Aku tak ingat dah jenama yang mana. Yang pasti Halal ye kome. 😆
Masa dekat area Muzium Negara...
Aku sempat snap gambar bulan merah ni...
Semua ni sebab jerebu sekarang ni...

Semoga jerebu ni cepat-cepat la berlalu ye dak? Tempat korang teruk lagi ke jerebunya?

10 comments:

  1. Cie suka moon cake. Dah pernah try pelbagai flavour. Dulu pernah kerja company cina dapat free macam2 jenis dorg bagi yang halal. Suka buat collection box cantik2 dapat.

    ReplyDelete
  2. Tak tahu pun boleh beli nasi je dekat kepci. Sbb tak pernah beli dan dah lamaaaa sangat tak masuk situ.

    Pernah makan moon cake few years ago, lupa dah flavour apa yg dimakan tu. Rasanya red bean juga kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sis.Rege RM4.50 satu..Sy pun dh lama x mkn moon cake.Hari tu beli sbb teringin sgt.=D

      Delete
  3. Pernah makan tapi x pernah makan yang BC punya..eh nak cuba la nanti

    ReplyDelete
  4. Selalu nampak dekat Aeon, kuih bulan ni. Lagi pun minggu ni, Mid Autumn Festival, merujuk kepada kalendar kuda. 😁 Nanti la nak try beli, sebab tak pernah rasa.

    ReplyDelete
  5. i tak reti mkn mooncake ni...zmn2 bujang time keje UOB dulu2, byk dpt mooncake tp i bagi org la sbb i tak mkn

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.