As Salam
Alhamdulillah hari Sabtu lepas kami berkesempatan untuk briskwalk lagi. Route yang sama je sebab cuaca pun masih nampak jerebunya. Kami pun takde la keluar awal sangat. Keluar dalam jam 8:00 pagi gitu. Lepas set workout - walking dekat jam terus la kami mulakan briskwalk kami.
Matahari pagi jam 8:00
Macam biasa..Sekeping sebelum mula briskwalk.
Aku baru perasan Hata potong misai dia macam misai P.Ramlee kome.
Aku ingat dia potong habis misai & lukit semula.
Rupanya memang dia trim gitu. 😆.
Tengah berjalan nampak pucuk daun ni merah sangat.
Mintak Hata berenti sekejab untuk aku amik gambar. Unik.

Pokok ni berbuah kome. Ini buah yang masih muda. kalau yang dah masak tu, merahnya sebiji macam buah cherry yang kita boleh ambil & makan. Tapi buah ini aku tak pasti boleh makan ke tidak. Yang pasti buah ni memang besar dari buah cherry yang biasa kita jumpa tu.
Sampai dekat area pasar pagi Taman Melati tu, aku ajak Hata singgah kedai runcit dekat sana sebab aku terasa nak beli sayur sikit untuk buat jemput-jemput sayur tu. Terliur pulak la kome. Jadi beli la serba sikit buat raso-raso. Lepas tu terus la pegi sarapan dekat Q Bistro.
Kopi o panas & kopi o ais.
Telur separuh masak, tosai & roti bakar (lambat sikit sampai jadi takde dalam frame)
Lepas sarapan, kami pun buat pusingan balik macam yang sebelum ni. Alhamdulillah dapat la briskwalk macam rekod dibawah...Kali ni aku rekod guna Zepp Apps dalam fon sebab dah beberapa kali jam aku ni GPS nya macam ada problem sikit. Lambat nak detect position dan bila dah detect, tetibe kang GPS positioning lost pulak.
Work out time tu jadi dekat 2 jam sebab masa breakfast dekat Q Bistro aku tak pause atau stop tracking.
Alhamdulillah dapat briskwalk lagi minggu lepas. Harapnya aku dapat buat aktiviti ni sampai minggu company trip dan sampai selepas company trip.
Jom kita briskwalk kome.






best betul dpt exercise! i rasa nak sambung balik main pickle ball laa..dh sgt lama tak gi main ni
ReplyDeleteAlhamdulillah. Setakat ni masih bersemangat ber-briskwalk. Dkt AEON AU2 tu ade lg ke court pickle ball tu sis?
DeleteKak SA sejak sibuk ni..turun naik opis kayangan ke mana2 floor...lebih dari 20 kali..kalau x kurus jugak x tau la
ReplyDeleteMinum air chia seed stp mlm & pagi sis. In SHaa Allah add on lg dgn turun naik tangga. Bleh kuyus ni =)
DeleteSeronok ad geng briswalk
ReplyDeleteAlhamdulillah. Linda pun dh pindah ni dh bleh ajak big bos briskwalk skali =)
Delete