As Salam
Hari Selasa aku bagitahu Hata yang aku nak selesaikan "hutang" alteration baju annual dinner dia. Jadi aku tak nak dinner dekat luar untuk jimat masa dan tenaga. Jadinya sampai rumah aku terus goreng telur letak kicap. Lepas tu ada sup tulang dan goreng telur dadar je untuk dinner.
Aku goreng telur tu terus masuk dalam pinggan nasi je.
Anak-anak tak nak makan lagi waktu ni. Jadi ada lauk gulai lemak ayam dalam kuali yang tidak dihidangkan sebab Ammar tak nak makan lagi. Kenyang makan apa tak tau la waktu balik sekolah tu.
Alhamdulillah aku berjaya pendekkan kaki seluar, pendekkan lengan baju & add on kain dekat body baju Hata. Ini nanti aku cerita dekat entry lain ye. Semalam kelas Ammar dapat cuti penggiliran sebab nak bagi laluan pada exam matriks student darjah 4. Jadi Ammar ikut Hata ke ofis.Dekat rumah takde orang. Che mek kena pegi sekolah sebab this week dia exam. Aku pulak memang tak harap la Ammar tinggal sensorang dekat rumah untuk tempoh yang lama.
Semalam jerebu teruk betul dekat KL ni kome. RIsau aku tengok. Mujur la Ammar cuti. Lepas tu dengar radio bagitahu memang dah macam 1 Malaysia IPU dah cecah IPU tidak sihat. Aku sempat la snap gambar masa dekat SPE suasana jerebu pagi semalam.
Tebal betul jerebu ni. Dah ada beberapa sekolah yang "dicutikan".

Menara 118 tu pun dah tak nampak dah.
Aku zoom camera pun nampak samar-samar jugak.
Semalam pegi kerja aku tak pakai mask. Lupa nak pakai sebab dekat rumah tu waktu nak pergi kerja baru selak langsir dekat sliding door. Waktu selak memang tak tengok luar la sebab waktu tu memang dah get ready nak keluar rumah je.
Korang yang naik motor kena pakai mask kome. Risau jugak kan. Aku ni naik LRT & jalan kaki sikit je dari LRT ke ofis. Lepas tu dah tak keluar ofis dah sampai la waktu balik. Jadi aku rasa aku kurang la terdedah dengan jerebu ni. Tapi rasanya kena kalau masih macam ni keadaannya sampai esok dan hari berikutnya..Aku memang kena pakai mask la kot kan.
Area korang macamana?



simple tapi sedappp.. saya pun nak buat sup harini. dan yang paling risau IPU makin naik.
ReplyDeleteNice.betul tu.Pagi ni pun nmpk masih tebal jerebunya.
DeleteKL Sentral pun sama teruk...tapi nak baut camne kan..kita ni berkerja..office akak lagi plak no WFH...itu yang redah aje la..x sihat kita MC...sekolah kat Johor pun semuanya cuti tapi PDPR la....
ReplyDeletehari sekolah anak2 sy tutup. Mujur Hata dpt WFA.
DeletePagi ni lagi teruk nampaknya masa hantar Adik ke sekolah tu. Tapi dah cerah sikit nampak juga cahaya matahari.
ReplyDeleteIye sis.pagi ni pun nmpk masih tebal jerebunya.
DeleteKemarin saya masak telur dadar dan kecap. Kasih keju mozza dalam telur supaya savoury. Makan juga dengan tomat 😄. Itu saja dah sukaaa sangat.
ReplyDeleteWahhh...Menarik menu ni =D
DeleteSedapnya sup tulang. Lipis ni jerebu juga. Cuma tak la teruk.
ReplyDeleteBetul. Daging dia lembut empuk. KL ni x tau nk ckp la jerebunya =D
Deletejerebu hari ni mcm kurang sikit berbanding semlm dan hari2 sblmnya...tp bacaan masih above 100 laaa (td tgk kat control panel baby T)
ReplyDelete