DISCHARGE DARI WARD RM1500

As Salam

Semalam dalam jam 3:00 petang Hata update aku yang kereta kami telah berjaya disiapkan ikut time frame tapi kena add on lagi RM100.00 sebab cover tangki air dah bocor dan ada 1 lagi item nak kena tukar. Mekanik dapat tahu punca bila dah siap pasang semua komponen dan masa mekanik hidupkan enjin untuk test. Dia ada dengar bunyi berdesing dekat area cover tangki air tu. Ke bahagian mana ntah la. Tapi ada la dia tunjuk resit dan explain semalam.

Jadi aku mintak dengan bos balik awal sejam (4:30 petang) sebab nak kejar masa amik kereta. Bengkel tu memang tutup jam 6:00 petang kalau tak silap aku. Jadi Hata amik aku dekat LRT KL Sentral jam 5:15 petang. Dari KL Sentral ke bengkel memang jammed sikit lepas tu masa sampai dekat jalan Genting Klang hujan lebat yang teramat sangat. Masa sampai dekat bengkel jam 6:00 petang Hujan masih lebat dan suasana macam jam 7:30 malam. Mekanik bagitahu dia dah tolong basuh & vacuum kereta kami.😁

Lepas buat bayaran, kami pun gerak balik rumah untuk amik che mek dan rasa macam nak naik rumah dulu je sebab jalan jammed berdooh kome. Udah rasa macam nak balik Kelantan waktu musim perayaan dan masa tu dah nak dekat waktu maghrib. Lepas maghrib kami ke M3 Mall sebab Hata nak beli topi dan kemeja hitam. Hata takde kemeja hitam. Kami dinner dekat Texas Chicken je.
Seseronok kita naik kereta orang, kereta sendiri jugak la yang paling selesa walaupun kereta lama. Tak gitu kome? 😁

Lega hati bila kereta dah berjaya dibaiki dan berfungsi dengan baik semula. Nak kena menabung semula la nampak gayanya ni kome. 😆. Bulan 12 nanti dah la nak berkampung dekat area KLCC untuk event Comic Fiesta. Terus teringat dekat menu bento salmon grill dekat Cold Storage dalam KLCC tu. 😁

Korang dah ada planning ke untuk cuti sekolah bulan 12 nanti?

15 comments:

  1. Alhamdulilah setel dah kereta dibaiki ye. Memang btul la kan buruk² kereta kita tetap la kereta sndri lagi best kan 😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.Betul tu sis.Kereta sendiri jgk yg kita selesa =D

      Delete
  2. Alhamdulillah setel dah bab kereta tu. Semoga baik² aje

    ReplyDelete
  3. Kereta ni memang perlu ada tabung kecemasan untuk sakit pening dia.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah settle sudah..walau hantarannya kena RM1500..tetap la rasa beratnya kos tu kan...xpe la nanti ada rezeki lain insyaallah..yeayy..kereta dah elok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. bertabah aje la.Harapnya nnt adalah apa2 berita gembira =)

      Delete
  5. Kalau jalan Genting Klang macam pernah lalu je bas balik Uni kat Terengganu dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh...Dulu2 bas express blk ganu ikut sini ye sis?

      Delete
  6. Waaah kak Nieza ada event cosplay lagi Desember?? Tgl berapa? Saya dari tgl 18 Desember - 4 January berlibur ke Malaysia dengan suami dan anak2. Nanti di KL pun stay di dekat KLCC sana. Bisa lihat event sekalian 😄. Sebenarnya tak ada ITIN pun, sajaaaa nak libur Christmas dan new year di Malaysia. Dah lama juga tak merasakan tahun baru di KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada Fanny. The biggest cosplay event called Comic Fiesta at KLCC from 19/12 - 20/12 ( Sabtu & Ahad). Sy mgkn akan stay di traders hotel dari hari Sabtu smp isnin. nanti sy PM Fanny ya. Maybe we can meet there sambil sy cosplay... =D

      Delete
  7. Makan modai juga tu bila itu ini kena tukar.

    ReplyDelete
  8. syukur keta nieza dh setel repair! memang apa2 yg melibatkan repair2 keta ni akan mkn kos...my old honda city, bln ni nak kena renew insurance laaa...tunggu dpt gaji bln ni

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.