As Salam
Jam 3:30 petang Hata start masak. Aku start mengadap costume aku pulak sambil tengok cite nangnak. Sini hujan lebat jugak waktu tu. Planningnya kalau lepas Asar tu tak hujan, aku & Hata nak briskwalk sebab pagi Ahad tu kami tak briskwalk. Aku malas nak pegi sebab Sabtu malam Ahad aku tido jam 1 pagi. Hata pulak keluar jumpa kawan dia yang nak sewa costume polis bukit kepong sampai jam 3:00 pagi. Lepas tu Hata call aku bagitahu kunci rumah tertinggal dalam paperbag yang ada costume tu. Aduhai. Sudah jam 3:00 pagi aku kena bangun tido untuk bukak pintu rumah.
Homemade nasi lemak telur rebus & paru goreng.
Paru ni pun Hata jumpa dalam freezer. jadi aku suruh Hata goreng untuk tambah lauk.
Jemput tengok semua. 😀
Cadangnya nak masak ayam goreng. Tapi bila dah ada paru ni, kita reserve la ayam tu untuk esoknya (Isnin) untuk Ammar makan waktu balik sekolah. Isnin, Rabu, Khamis & Jumaat Ammar tak perlu datang SRA sebab ada exam Safawi. Hanya murid yang terlibat je ustazah suruh datang. Yang lain study dekat rumah. Giliran Ammar hari Selasa.
Alhamdulillah kenyang la kami sekeluarga hari minggu hari tu. Aku pun dapat siapkan mana yang sempat seluar the mummy yang baru. Aku korbankan legging aku.
Stock kain belacu memang selalu aje ada dekat rumah sebab kadang-kadang bila aku nak jahit lining untuk totebag, aku memang guna kain belacu ni sebagai liningnya. Aku jahit guna tangan aje kain belacu ni mengelilingi legging ni.
Menjadi ke idak seluar baru the mummy ni kome? Nanti dah sipa aku update sini ye. Renyah kejenya kome. 😆
Dinner apa kita malam ni kome?




Sedapnya paru goreng tu.
ReplyDeleteAkak kalau makan paru goreng, beli kat kedai. Tak pernah masak sendiri 😄
Suka betul tengok orang pandai menjahit nilah. Macam-macam boleh buat.
Sy lebih suka masak sendiri sis.Dpt byk.Hahaha..SY jahit yg biasa2 aje ni sis =D
DeleteNampak pun tau sedap nasi lemak tu (psst: ada typo dekat tajuk tu Nieza:D)
ReplyDeleteTak sabar pulak nak tengok hasil kreativiti Nieza kali ni
Thx sis.Dh betulkn dh. Sy pun berdebar2 nk siapkn ni =D
DeleteSedapnya nasi lemak homemade. Weekend macam nak masak nasi lemak kalau rajin.
ReplyDeleteKena buat ni cie.Add on lauk lain lg ngam =D
DeleteBoleh terliur nampak paru goreng tu. Lama tak makan. Nak suruh masak sis tak reti pulak masaknya.
ReplyDeletesuka nasilemak lauk paru
ReplyDelete