Jan 21, 2026

MAXIM COFFEE

As Salam

Sejak-sejak aku jumpa semula tumble ZUS selepas berpindah ni, datang pulak rajin nak buat 3 in 1 siap-siap dari rumah. Tapi buat tak penuh tumbler. Buat 3/4 je. Sebab semenjak 2 ni, OTW ke LRT rasa dahaga pulak. Padahal pagi-pagi kan tak panas sangat. Jadi pagi tadi aku rasa masih sempat untuk buat 2 sachets air kopi yang kak ipar bagi hari tu.

Demonyo tulih Korea. Kitenya orang PAYROCK..Ate mana nak paham kome. Jadi aku agak-agak je. Yang ada gambar cawan tu adalah KOPI.
2 sachets untuk 1 tumbler ZUS.
Serbuknya lebih kurang macam serbuk nescafe 3 in 1. Tapi coffee-nya bentuk macam flakes - chili flakes. Letak air panas senang je nak larut. Bau coffee-ny not so strong tapi tetap berasa. Aku buat bawak ke ofis. Sementara tunggu LRT sampai sempat la minum seteguk dua.
Gini la rupanya air tu kome...
Baru teringat nak snap bila dah nak habis pun air ni jam 10.30 pagi tadi.
Biasanya aku memang akan cuba habiskan air bergula yang aku buat sebelum jam 11.30 pagi. Melainkan aku dah kenyang sangat. Itu baru bawak sampai ke lunch hour 😆

Korang pulak macamana? Minum secawan kopi / non-coffee dekat ofis berapa lama nak habiskan?

2 comments:

Warisan Petani said...

Pagi2 minum susu uht kotak perasa kopi.

Suria Amanda said...

kat opis akak ni ada sekotak coffee maxim ni tapi packaging kaler merah..x tau la sedap ke tak x pernah cuba..mcam x luak je coffee tu