ActivityTimeCuti

DESPICABLE ME 3

12:03 PM

As Salam

Hari Sabtu hari tu xtau ape angin Hata, planning nk bawak anak2 gi tgk wayang la pulak..Aku dah plan nk menjahit..huhu

Makanya, bile DISPONSOR ni..jarang ditolak tawarannya..haha
Makanya, pkol 10 pagi kami dah sampai dekat TGV Keramat Au2 Mall.. Bile smp dekat kaunter tiket..Rupe2nya movie start pkol 11.45 pagi...Agak2 nk buat ape sementara tggu movie start? Meh layan...

Masuk dalam AU2 Keramat Mall...
Pinjam transport ni supaya Ammar tak bosan melayan tempoh penantian..Gitu...
Sewa ni macam biase..
Baby kena age 2 years..Tinggi mesti kurang dr 90cm (kalo x silap)
Parents kena tinggalkan IC/ lesen memandu 
Lepas pinjam..
Sepakat dengan Hata kite breakfast merangkap lunch terus...
Jadi kami makan makanan yg heavy...
Aku amik sizzling mee sebab rase kenyang lg makan kaya ball tu..Anak2 aku bagi makan nasi ayam...Hata amik nasi campur...Kami makan dengan tenteram sebab masa byk lg kan?huhu

Lepas Habis makan, jam baru pkol 11 pagi...So kami jenjalan cuci mata dekat AEON..Aku jenjalan, Hata bwk anak2 main dekat Molly Fantasy...Pkol 11.30pagi kami gerak ke TGV... 
Sekeping...
Mood bergambo tengah ON..Bergambo sekali mahu..huhu 
Posing sebelah spiderman...
Nak posing sebelah venom xdok...Ekek
Kenangan...huhu

Mujur la sepanjang movie, Ammar tak beronar langsung..Layan je tgk movie sambil makan pop corn...Setengah jam lagi cite nk abih, Ammar lena diulit sejuk aircond atas riba aku...

So far pada aku cerita dia ok jer...

Cerita bagaimana kuatnya semangat sesorg utk tidak kembali jadi seperti "DIA" yg dulu bile fikirkan ttg anak2.. Sedangkan minion2 tu ajak GRU utk jadi jahat semula lepas GRU & wife kena buang kerja dr AVL sebab tak dapat tangkap badboy tu... 

GRU hanya keluarkan perangai dia yg lama lepas adik dia DRU bagi mcm2...Tapi lepas tengok anak2, GRU jadi fikir 2X...Last2 dia return blk berlian tu...

Moral of the story..
Walau kite kehilangan harta/jawatan..Jangan sesekali terfikir utk pilh jalan singkat yg kesan buruknya adalah sepanjang hidup..Lebih baik bersusah utk sesuatu kebaikan yang kesannya sgt besar pada org sekeliling... Sebab tu org cakap bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian..

Mcm si badboy tu..Senang2 je dia nak ambik berlian tu..Tapi kesan bile dia kena tangkap?

Fikir2-kan ye...

Ok...
Blk dari movie, che mek request nak makan pisang cheese...Layankan...
Pisang cheese & Pisang cheese coklat..

Lepas makan, semua kena dengar cakap...TIDUR!!!!!

Utk makan malam, Hata beli sup tulang..Aku dekat rumah masak nasi & goreng telur dadar...Lepas tu aku pun start menjahit...Mencabar betul menjahit kali ni..Smp hari ni x siap lagi..ekekek






End

Info

CARA MENGATASI MASALAH KUTU DI KEPALA

2:26 PM

As Salam

Aku terpanggil nak share ttg issue diatas sebab perkara dah terjadi pada che mek...Kesian tgk anak tergaru2 kepala mcm STRESS sangat...Aku pun sakit mata & sakit kepala fikir cara nak mengatasinya...

Sebelum tu, meh aku share dulu salasilah cik kutu kepala ni ye...

Apa / Siapa itu Kutu kepala?

Saiznya kecik je dalam 2-4mm…Kutu ni tidak bersayap ye..Dia merayap-rayap sambil hisap darah pada kulit kepala mangsa. Kutu ni port BERTELUR dia adalah dekat pangkal rambut (dekat dengan kulit kepala) dan akan menetas dalam tempoh 7-10 hari. Bila dah menetas si anak kutu akan mula menghisap darah sampai la dewasa (9-12 hari)… Kutu dewasa boleh hidup dekat kepala si mangsa hingga 4 minggu sebelum mati.

Kalau kutu betina, mereka boleh hasilkan 6 biji telur SETIAP HARI selama 30 HARI.. (30 X 6 = 180 biji telur) Boleh bayangkan tak betapa meriahnya mereka membiakkan diri?? Telur kutu boleh bertahan selama 3 hari yang mana mereka hanya akan menetas pada suhu kulit kepala..Suhu lain si telur tak boleh menetas. 

Walaupun kutu ni tidak bersayap..Tapi mereka ni boleh dikategorikan sebagai pelari pecut untuk spesis mereka sebab ia boleh merangkak dengan kelajuan 23cm SEMINIT…Sebab itu kita kena sikat keseluruhan rambut kalau tiba masa menjalankan misi pencarian..Sebab masa kita sikat kepala sebelah kanan, kutu ni merangkak pecut ke kepala sebelah kiri..Macam main peek-a-boo..

Kutu kepala ini bukan macam kutu badan…Jadi binatang peliharaan macam kucing dan anjing bukanlah pembawa kepada kutu jenis ni.. Kutu ini jugak bukan pembawa kepada apa-apa penyakit.

Punca jangkitan KUTU :
  • Menggunakan skaf / sarung kepala, sikat atau berus rambut dan tuala mereka yang telah dijangkiti. 
  • Apabila rambut si pembawa menyentuh rambut si mangsa (biasa berlaku time tidur)

Tanda-tanda kepala dijangkiti KUTU : 
  • Rasa gatal di kepala. Rasa macam ada benda bergerak-gerak melawat kawasan dekat kepala pun iya jgk.
  • Tanda-tanda merah yang terdapat pada permukaan kepala, leher maupun belakang telinga.
  • Terdapat bengkak di belakang telinga.
  • Terdapat telur kutu kecil-kecil di rambut, bersinar seperti kelemumur tapi susah nak dibuang sebab telur tu melekat dekat rambut.

Cara Menghilangkan / Menghapuskan KUTU :

1. Sikat rambut ketika basah
Gunakan sikat kutu khas. Ia mempunyai gigi sikat yang lebih rapat daripada sikat biasa. Basuh rambut menggunakan syampu dan sapukan perapi rambut. Gunakan sikat biasa untuk meleraikan kekusutan rambut. Apabila rambut telah terlerai, gunakan sikat kutu, bermula dari kulit kepala ke hujung rambut. Kutu akan terselit pada celah-celah gigi sikat yang rapat. Singkirkan kutu pada sikat dengan mengetuk-ngetuknya pada permukaan keras atau dengan mengalirkan air pada gigi sikat. Pastikan kutu-kutu yang tersingkir daripada celah gigi sikat segera dibunuh.

Ulang pada setiap bahagian kepala dan rambut supaya tiada kawasan yang tertinggal. Bilas rambut daripada perapi dan ulang proses menyikat rambut dengan sikat kutu semasa rambut basah. Ulang proses ini pada hari ke-5, 9 dan 13 supaya kutu-kutu yang menetas dapat dibuang sebelum ia dewasa dan mula bertelur.

2. Ubat losyen atau penyembur
Ubatan seperti losyen dan penyembur hanya boleh digunakan apabila terdapat kutu yang hidup di kepala. Masa yang diambil dan bagaimana untuk menggunakannya bergantung kepada produk. Rawatan harus dilakukan sekurang-kurangnya berselang 7 hari bagi membunuh kutu-kutu yang baru menetas kerana kebanyakan ubatan ini tidak membunuh telur.

Aku recommend liquid gel macam gambar dekat atas ni sebab product ni langsung TIDAK MEMEDIHKAN KULIT KEPALA . Bertindak macam minyak rambut je...Mula-mula kita letak liquid ni dekat rambut dan urut pelan-pelan sampai rata 1 kepala..Biarkan dalam 30 minit . Dalam masa yang sama, kita sikat rambut dengan sikat kutu so that kutu-kutu yang dah pedih mata tu tak boleh lari pecut 23cm seminit dan tersangkut dekat gigi sikat. 

Kalau kawan aku dulu, mak dia guna ridset je....Suruh si anak tutup mata, si emak sembur ridset 1 kepala..Lepas tu balut kepala dengan tuala / shower cap dalam setengah jam...Lepas tu mmg bleh nmpk hasilnya...Then shampoo la kepala macam biasa...

3. Cuka dan minyak
Telur kutu melekat kuat pada rambut. Untuk menghilangkan gam yang melekatkannya pada rambut, celup sikat kutu dalam cuka suam sebelum menggunakannya. Boleh juga menyapu cuka terus kepada kepala dan gunakan kutu untuk menyikat rambut. Kemudian biarkan selama lebih kurang 45 minit sebelum dicuci.

Sebagai alternatif, gunakan minyak seperti minyak zaitun atau kelapa dan biarkan 1 jam atau semalaman dengan memakai penutup kepala seperti shower cap atau balutan tuala kecil. Boleh juga tambahkan bawang putih yang ditumbuk hancur ke dalam minyak yang dimasak untuk lebih efektif. Ulang beberapa kali seminggu untuk memastikan tiada kutu dan telur yang tertinggal.
Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan anak-anak daripada berkongsi peralatan rambut seperti sikat atau berus rambut bersama rakan-rakan.

4.  Gunakan Sabun Buku
Korang pernah tengok sabun buku kan?
Sabun Fab Buku
Dulu zaman aku kecik, memang gunakan sabun ini utk basuh kain.. Namun, sabun ni bukan sekadar mampu menanggalkan kotoran pada baju, malah sabun ni jugak mampu untuk menhalau / menghapuskan KUTU.

Caranya korang kena buat sabun ni sebagaikan shampoo kepala..Bila dah shampoo, balut kepala yang masih bershampoo dengan tuala / shower cap dalam 30 minit. Lepas tu basuh bersih. Biasanya kutu akan mati / lari keluar dari kepala mangsa.

5. Gunakan Hair Straighten

Cara ini pun boleh diguna pakai jugak untuk mematikan telur kutu... Kalau dapat dengar bunyi letup-letup telur kutu tu, boleh jadi muka mcm PUAS gila..Matilah kau!!!..Gitu perasaannya... 


Cara Menghindari Jangkitan Kutu :
  • Hindarkan diri dari si pembawa..
  • Hindari dari menggunakan barangan yang digunakan oleh si pembawa..
  • Elakkan berlaga kepala dengan si pembawa - contoh selfie pipi ke pipi bagi yg free hair..
  • Sentiasa memeriksa kepala dengan sikat rambut menggunakan sikat kutu.

Ok...Rasenya penerangan dekat atas dah cukup utk kita berhati-hati dalam menangani serangan KUTU kepala ni..

Kalau kena dekat budak2, mereka boleh kehilangan selera makan jgk tau..


So..kepada parents yg anak2 mereka menjadi mangsa / si pembawa... Tolong lah ambil tindakan yang serius...

Jangan sebab nila setitik..Rosak susu sebelanga...



End

Sewing Project

Sewing Project : Kid's Ruffle Top

10:30 AM

As Salam

Alhamdulillah..Sempat jgk jahitkan ruffle top buat che mek pakai masa majlis makan2 hari ahad lepas...Plan nak jahit baju sendiri..Tapi kesian plk dekat che mek...Nnt mesti tny baju Qaisara ibu jahit x?..huhu..Walaupun aku ni tailor amatur..Tapi che mek suke je pakai baju yg aku jahit..Redha je anak aku ni..huhu

Alhamdulillah...Dalam masa 2 / 3 jam kot aku dapat siapkan sehelai baju ruffle utk che mek...Itu pun banyakkkkkk sgt iklan dari both of them...huhu

Cotton Ruffle Top

Che mek suka je pakai baju ni...huhu..
Aku pun suka jgk tgk che mek pakai baju ni..huhu





Terasa nk jahit banyak2 baju fesyen ini...Huhu




End

Like us on Facebook