Thursday, November 27, 2014

Christmas Decoration - 2014

As Salam

Asp er promised.. Aku dh siapkan deco utk christmas 2014 dkt opis... Thx a lot to other staff yg tlg menyelit jgk bg idea...kiki

Jom layan gambo... Simple je aku buat kali ni.. Otak hang nak memikir yg creative2..kiki
Chimney...
Closed up deco atas chimney..huhu 
Train to North Pole ..haha 
X-Mas tree with present replica ..
Sementara staff2 lain memenuhkn ruang x-mas tree ni,
kite penuhkn dulu dgn replika hadiah..huhu

Ok..Itu je deco aku utk tahun ini...
In Shaa Allah, Next year buat yg lain plk...

Aku pening jgk ni nak memikirkn barang ape yg aku nak beli utk exchange gift nnt...
Kawan2 yg ade idea.... Sila2 la share dkt sini ye..huhu


Opis korang ade deco jgk x?



End

Makanan Tambah Darah...

As Salam

Atas nasihat doktor yg mngatakan blood pressure aku berada di atas pagar.. Makanya kelmarin aku ajak Hata g mkn ini :
Kerang rebus - Uptown D'Sara..

Alhamdulillah...
Lepas makan almost 30 biji, badan rasa ok sikit...
Menakjubkn betul rasenye....


So to those yg low blood pressure, boleh la makan ini.. Agak2 x bleh telan ini, makan la sayur bayam ke.. Hati ayam ke...ape2 la (sila cari dlm tenet) mknn yg boleh tingkatkn tekanan darah kita.. Bahaya wooo..kalo low blood pressure ... Aku rase mcm nak menangis mase nak tumbang waktu tggu nasi lemak hari tu...




End

Khasiat Buah Delima..

As Salam

Sekarang ni aku rase mmg musim buah delima kot..kan?
Sebab nampak ramai je org jual dekat pasar malam...
Aku tak terkecuali jadi pembeli sebab dah lama rasenye x makan buah ni...
Tetibe terigt mase pregnant kan che mek dulu.. Azab betul rasanya mncari buah ini sebab waktu tu bkn musim dia...Sampai ke sudah aku x dpt mkn..Mcm tu jgk dgn air kelapa...X sempat nak mimum..udah che mek keluar dr oven..huhu

Ok..Semalam & mggu lepas aku dh mngadap buah ini..So skrg saje nak share khasiat yg kite boleh dapat dr buah delima nih..Byk khasiat dia sebenarnya..Cuma part nak minum just dia tu...Kita kena pandai cari jus minuman yg berkualiti..kan?

Merah...Sedap...Manis...Layan...

KHASIAT BUAH DELIMA


MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.


Buah delima bkn khusus utk ibu2 mngandung je...Kite yg biase2 ni pun boleh makan jgk..
Sementara ada musim, baik la kite makan sebaiknya..Nnt dh bkn musim, sila la minum jus - nya sahaja..huhu



Sumber - Tenet & FB
End

Wednesday, November 26, 2014

My Buah Hati...

As Salam

Rase mcm dh bbrp hari x cite ttg che mek..kiki

Rase rindu pulok nk cite ttg che mek yg sorng nih..huhu

Jom layan gambo ek...
hasil seni conteng dekat dinding...
Bile ditanya bile mase conteng??
Jawapan : " Masa ayah & ibu tidur..Sara lukis la.."
FINE!!!!!

Dah pandai main2 dgn mknn..
Ade je akai die.. 
Alhamdulillah...
Dah boleh diharap utk tolong beberapa perkara..
Contohnya spt gambar diatas...
Time ni aku mmg kesejukkan..
Thanks Anak..

Ok..Skrg dh jadi big gurl...
Skrg dh start kena bekalkn panties g school.. Kalo aku terlupa, nnt time amik membebel tny knp aku x letak panties dlm bag..kiki

Tapi skrg mcm garang semacam...Geram plk aku...Tapi biasenye kalo Hata dah nampak aku nak BERTUKAR...Cepat2 je Hata suh aku g buat keje lain...huhu


Ok..Itu je update ttg che mek... Alhamdulillah dah byk hasil kerja dkt school yg Qaisara bwk blk...Nnt kalo ade kederat & kalo free aku post dkt blog ye..huu





End

Tuesday, November 25, 2014

Tiada Cerita Untuk 3 Hari...

As Salam..

Tetibe je kerap sgt blog nih sunyi.huhu...

Ini pun update express direct dr tepon..

Reason pertama: kesihatan yg x menentu...
Reason kedua: Byk kerja yg menanti...
Reason ketiga: masa yg mncemburui aku...kiki

Xde cite yg brp best nk share...tp aku ttp jgk nk cite secara SUMMARY.. Kiki

Jumaat: MC sbb bdn yg tetibe rase rebah ke bumi..cpt2 kol Hata n mintak amik dkt LRT, bwk g klinik & htr blk rumah..Aku baring je smp la Hata & Che Mek blk...

Sabtu: x kemana sbb bdn aku mmg shaking kalo brdiri lama and x sedap bdn...

Ahad: Almost collapsed mase tgh tggu akak gerai bwh rumah ni bungkuskn nasi lemak... Smp je rumah, letak nasi bungkus terus terbaring depan TV dgn peluh memercik keluar bagai berlari setempat selama 10 minit... Baring je keje aku 3 hari brturut2 tu...Badan kena baring, mata trkebil2,otak ligat memikir - byk lg keje rumah yg kene siapkn.. STRESS sekejab...BEKU kejab mental sbb x bleh buat ape2..

Isnin...Gagahkn diri g keje...Agak2 x larat aku mmg MC je..Dr mnyusahkn bdk opis nk usung...Baik aku rehat dkt rumah je..kan??

Today(selase): Alhamdulillah.. Dpt siapkn deco Christmas yg super SIMPLE... Aku dh x bleh nk memikir sgt skrg nih...

Pikir jgn collapse dkt opis je...huhu

Nnt free aku update dkt blog ye..huhu

Ok...itu je ringkasan cite aku...Ringkas ke??? Kiki

Layankn aje...huhu

End

Saturday, November 22, 2014

Aku kecewa..

As Salam

Skrg aku amat kecewa dgn sesetengah agent jual rumah yg berbangsa sendiri...Bkn semua ye..SESETENGAH SAHAJA...

Baru2 ni aku & Hata cuba mncari rumah yg MAMPU MILIK...Tapi, tiap kali kol agent yg berbangsa sndiri, soalan yg ditanya, macamkn aku nak beli rumah utk anak kucing... Endah tak endah je layan.. Siap ada yg letak harga lebih tinggi dari yg di-value oleh pihak bank.. MOTIF?? Bila ditanya rumah tu ade buat any reno ke tidak..jawapan yg mnghampakan... BASIC HOUSE.. So, ape kes nak letak lebih dr yg di-value oleh bank?? X paham aku..

Bkn itu jer..
Ade jgk yg siap tanyo "Dah check dgn bank brp limit kelayakan pinjaman perumahan awak?".. Aku macam... Ape kes ni??? Aku bkn bangsa yg x ukur baju dkt body sndiri...Aku tahu tahap kemampuan kami dimana.. Bile ckp aku x ape2 commitment.. Terus senyap..pulak... Dan-dan tu ckp rumah tu dh djual..dan-dan tu ckp rumah tu ade tenant...Nnt bile kite dh arrange time dgn tenant utk tgk rumah, sy kol semula..Aku tggu smp 3 hari...jgn kata kol...Miskol or SMS pun NAN ADO... Mcmane la aku nk support bangsa sndiri kalo dh mlayan org gini???

Aku betul2 kecewa... Rase mcm lebih senang brurusan dgn cha ya.... Kap lam..kalu boleh mmg aku cuba elak...

To All house Agent yg berbangsa sndiri...tolong la layan customer anda dgn bradab... Jgn pandang buyer macam org yg mngemis mintak sedekah...aku yakin..stp buyer yg kol..x semuanya buat PRANK kol.. Dieorg kol sbb dieorg berminat n dieorg tahu tahap byrn monthly housing loan tu sndiri... X kan gaji monthly total 7K nak beli rumah rege rm200k pun kau rase die still x mampu??? Bank x lulus??... Pikir2 la sndiri utk majukn bangsa kita... Kalau gini la cara layanan korang...aku x rase bangsa kite akan maju...


Sekian luahan hati buyer yg kecewa dgn sikap agent yg berbangsa sndiri...



End

Tuesday, November 18, 2014

Eagle Ranch Resort - Port Dickson

As Salam

Penuh lagi activity hari minggu kami kali ini..

This time aku follow company Hata ke Eagle Ranch Resort - Port Dickson
Ada team building + ape ntah activity dieorg..kiki

Pkol 8am gerak dari KL setelah pick-up 3 org opismate Hata.. Full terus seat blkg kete..hoho

Sampai sana pkol 10am... Alhamdulillah ada sarapan ringan yg disediakan utk kami. Dapat la lapik perut.. Udah le pagi tu x sempat nk sarapan & x sempat pun nk beli apa2 makanan utk bekalan...Memasing kelam kabut...huhu..

Jom layan gambo sambil bercerita ye...
Tak banyak gambo yang sempat aku snap...
Tapi, jadi la utk reff korang2 yg terasa nak pergi..kiki
Ala-ala cerita bergambar gitu..hoho
Che mek yang ketiduran sebaik kereta bergerak membelah highway..hoho 
Sampai sudahhh....
Kami ikut highway PLUS exit ke Seremban then just follow signboard menuju ke Port Dickson..
Tol pertama RM7.70, tol kedua RM3.20- Ikut jenis kenderaan..
Then straight sajo smp jmp road mcm map dkt bawah ni:
Korang akan jmp pantai Teluk Kemang dulu... Then depan lagi baru la jmp tempat ni...
Dioerg ade letak sebijik band wagon dekat simpang jalan...

Lepas je sarapan, around 10.30am gitu, Hata & others staff kena mulakan activity dieorg.. Macam training pun ade.. Mcm talk & grouping pun ade...huhu

Pkol 11am, aku bawak che mek g kolam... Mujur la Hata parking kete dkt depan recep. sajo... So sgt senang nak bukak tutup pintu keta amik barang...kiki... Moh kite melawat kawasan kolam dieorg...
Dekat blkg tu ada kuda...
So kalo nak ride, kena bg kupon yg pihak resort dh sediakan..
Korang akan dibawa 2 pusingan...
Aku ajak che mek..Tapi che mek req nak poney plk...
Ape che mek igt ini Zoo kah???haha... 
Sebelah kiri gamba ini, (Lupe plk nak snap gambo) ada kolam utk org dewasa..
Pondok sebelah kiri : Kaunter tulis nama dalam buku sebelum korang & ahli keluarga terjun kolam...
Yang sebelah kanan tu mcm jacuzi gitu...huu 
Che mek yang ceria main air walaupun matahari x berapa nak terik time nih...
Memula je nak berpelampung..
Lepas, bg pada aku suruh pegang..
Layankan sajo....huhu 
Lepas mandi lepak je dekat luar bilik meeting Hata utk tggu dieorg siap..
Time ni tak dapat bilik lg sebab mmg dah full occupied...
 
Pkol 1pm dapat makan...
Perghhhh... Lauk ayam masak lomak cili api ni memang menyengat tau..
Sedap sangat....Aku sampai 2 kali meratah ayam saje ...
Opismate Hata pun cakap lauk ni sedap..huhu 
Map sekitar kawasan...
Bilik kami!!!!
BW4 - Band wagon....
Gambar pertama - Alhamri baju..
Gambar kedua - paham2 sendiri..
Gambar ketiga atas : Atas 1 lg ruang macam tempat yg boleh dibuat tempat tidur...
Tapi korang kene pilih band wagon yang tingkat atas...Tingkat bawah x sure ade ke idak..
Tingkat bilik yg berlangsirkan moooo..huhu..

Aku & Che mek just lepas bilik sajo smp ke pkol 5pm... Pkol 6pm baru settled activity Hata & baru la aku & che mek keluar bilik... Kelaparan pulak rasenya...haha.. Bawak che mek mandi sekali lagi...

Malamnya resort sediakan BBQ...Staff resort bakar membakar, kami makan sajo...kiki
 
Bergambar kenangan b4 gi penuhkn perut dengan SEAFOOD..hoho

Pkol 10.30pm gitu semua pun dah kekenyangan..Memasing pun penat & masa utk berehat...

Esoknya ( Ahad ) pkol 7.30am, kami dh gerak ke cafe utk breakfast.. Pkol 8.30am balik bilik & lepak smp pkol 10.30am.. Then bawak lagi che mek gi mandi kolam... 
Lagi 10 minit nak balik baru dapat friend...haha
Pkol 11.45am aku dh bawak che mek naik bilik utk siap2 kemas barang & check out.. 
Good bye Eagle Ranch Resort..huhu 
Bilik yang best..huhu

Dari 5 bintang, aku bagi 4 bintang.. Lagi 1 bintang tu dieorg kena rebut dengan aku dari segi variasi menu makanan... Kalau boleh adakan jgk makanan yg kanak2 mcm che mek boleh makan..Sebab sometime, staff2 yg datang bawak family yg ada anak kecik...Tak semua antara kanak2 tu yg boleh makan mcm yang kita2 dewasa ni makan...huhu

Ape pun tempat ni mmg sesuai utk team building... Byk activity boleh dijalankan...huhu


Ok..itu je cite aku sabtu sampai ahad...huhu




End

Ahmad Tea London Lagi...

As Salam

Usihhhhh....Dah nampak mak labah2 nak buat sarang la dalam blog nih..hoho..

Dah 4 hari x update blog...Kebizian & ketidaksihatan melanda, makanya nak update blog pun tergendala..

Moh kite start cite dengan cerita breakfast pg tadi..huhu

Pagi tadi breakfast sorang2 sebab ade staff yg belum smp opis... Tgk mihun macam sedap, then terus grab & bayar...Then terus cari tempat utk makan...

Saat mihun tu cecah je lidah, terus rase mcm semacam..Tapi aku teruskan kunyahan & suapan demi suapan..Tapi, at the end mmg x boleh blah...Terus stop makan & naik opis...

Makanya, bile naik opis dengan perasaan yang hampa ++ perut masih berteriakmintak dipenuhkan..Harus la aku kelam kabut mncari makanan lain..hoho

Makanya...
Dapat la aku minum & makan makanan ini..
Ahmad Tea London..
Biskut petak bergula cap Ping Pong
Biskut Jacob - Original
Biskut Bijan cap Ping Pong jugak..

Selesai 2 kali refill air & 4 packs biskut2 tersebut..Baru la terasa berisi perut aku...huhu

Gambar ketaq sebab menahan kelaparan..huhu

Mane la tak lapo..Malam tadi dinner teringin nak makan spaghetti bolognise dkt pizza hut...Kena la Hata layankan..huhu


Ape menu breakfast korang plk???




End

Saturday, November 15, 2014

Teaser...

As Salam
Alhamdulillah slmt smp ke destinasi tepat jam 10am tadi..
We are here till tmrrw..huhu




End

Thursday, November 13, 2014

Sambal Udang Petai...

As Salam

Kelmarin my opismate bawak petai dari kebunnya...Merasa la kami petai dari kebun...huhu

Plannya kelmarin tu jgk nk masak..Tapi udah le tahap kemalasan kongker 100%, makanya lepak la petai tu sekejab dalam peti sejulk..

Makanya...Semalam, paksa diri masak jgk..Tetibe plk dr opis duk tengiang-ngiang bau sambal petai udang..hoho
Sambal udang petai

Aku pilih udang yg kecik..Konon2 nak tukar rase mcm rase yg biase makcik2 jual nasi lemak masak...haha

Alhamdulillah...Menjadi masakan semalam... Bunyi mcm dah lama x masak aje kan???haha
Tambahan lauk ini hanya telur mata kerbau... Itu pun request dari Hata..igt nak masak sayur jgk..Tapi both of us not in sayur mood..boleh?

Che mek pulak aku masakkan bubur nasi sajokk..Che mek dekat rumah, kalau ditanya nak makan ape, memang jwpannya NASIK AIR .. Letak la kentang or carrot..Tapi mesti kena bgtau apa kebaikannya kentang tu pada tubuh badan kita... Sama jgk kalau masukkan carrot..Kena bgtau jgk.. Ok la kan?? dari xmo makan sayur langsung...Parah la nnt..hoho


Ok..Jom pikior menu makan malam plk..huhu





End


MAMEE Chef : SPICY CHICKEN & SHIITAKE FLAVOUR

As Salam

Hari ini lunch time ke KLCC sekejab mncari durian crepe..hoho

Actually ade misi lain yg perlu dilaksanakan..Tapi misi aku x brjaya sbb x jmp yg berkenan...
Pkol 1.30pm blk opis naik LRT...Sekali hujannnn daaaa...Mujur la bawak payung..
Smp lobi terus cafe opis beli ini :
Sedap kah????
Sebelum di siram dengan air panas...

Tinggalkan utk seminit 2... Then dah boleh makan...

Sedap...Terasa & terbau shiitake mushroom-nya..

Alhamdulillah...Dapat jgk alas perut...kiki
Dapat makan durian crepe lagi...Ini wantan goreng sedang menanti..hoho



Ape menu lunch korang???



End

Ahmad Tea London

As salam

Cuaca dekat luar opis sekarang mcm baru reda dari hujan yang lebat..

So, salah satu cara terbaik nak panaskan badan is dgn minum minuman yang panas...panas...huhu

Terus terlintas dekat kepala nak try ini :
Peach & Passion Fruit..

Sedap..
Bau peach mmg ade...



Layan...





End

Wednesday, November 12, 2014

Bila IBU pakai Lipstic..

As Salam

Soalan : Kenapa Ibu pakai Lipstic?
Aku    : Sebab ibu nak g keje..

Soalan : Kenapa ibu pegi kerja kena pakai lipstic?
Aku    : Sebab, baru nampak cantik.. (jawapan apakah itu??)

Soalan : Qaisara tak pakai lipstic pun..
Aku   : Qaisara gi school, tak boleh pakai lipstic..

Soalan : Ibu, ibu ade tak yang kaler-kaler tu? Yang letak dekat pipi tu? Macam teacher Mira
            (merujuk pada teacher dekat school )
            ( Memaksudkan set alat make up yang berbagai warna)
Aku    : Tak de.. Kenapa?
Jawapan : Qaisara nak yang macam teacher Mira tu..Boleh letak dekat pipi..dekat mata..
Aku    : TERDIAM and pandang Hata...


Ok..Itu conversation antara aku & che mek seminggu yang lepas... Means, lepas bday celebration dekat taska..Teacher menyolek si Qaisara selepas dapat permission dari aku...

Aihhhh...Ibu kamu ni, jangan kan set make up..Nak nampak berus eye shadow / berus blusher pun mmg TAKKAN JUMPA...Ini kan pulak kamu request nak set make up yang berkaler-kaler...haha




Perlukah diturun permintaan ini atau cari alternatif lain???

Kawan2 ade idea tak??




End

Kisah Jiran Sebelah Rumah..

As Salam

Hahaha...Jarang bebeno rasenye aku bercerita ttg jiran sebelah menyebelah rumah aku ni kan???
Camno nak bercerita kalau jarang bertemu muka..ye dak???haha

Xde...Ini aku nak story ttg kejadian yg berlaku dkt rumah aku last 2 days ago rasenye...

Aku masuk 1 lift dgn sorg ibu & anak kecil yg berusia dalam lingkungan 2 tahun kot..

Bile keluar dr lift, ibu & anak ni pun keluar la sekali dgn kami...Tapi 1 mende yg buat aku terkejut ..hampir2 terkejut ber@*.. adalah, bile tgk tin2 ARAK bergelimpangan dekat sebelah rumah aku yg berhadapan dgn tingkap bilik rumah aku..

Mau aku x bising??? Kalau se-tin 2 aku x kesah..Ini dah la kau hadap air tu 1 carton...Lepas tu kau sepah2kn hampir 1 dozen.. Membebel terus aku dekat Hata...Ini rase mcm dh over the limit...Selama ni kau ber-karaoke ke berhuha..huha..aku boleh adapt lagi.. Kalau dah smp bekas kau minum pun kau nk lempo smp ke rumah aku..Mmg nak makan semburan dragon ball..haha

At the same time aku membebel, tetibe ade 1 suara lelaki dr tingkap rumah bercakap sesuatu pd wanita tadi.. ( Bahasa yg aku sndiri x paham )Wanita tu pun tgk tempat tin2 bergelimpangan tu... Aku terus masuk rumah..Tapi mulut duk membebel lagi..Haha

Malam lepas maghrib kami nak keluar rumah, tengok2 dah siap dibersihkan dah..Siap masuk dlm kotak lagi.. 1 tin pun x tercicir..

Haaaaa...Pada aku kau nak minum ke kau nak mabuk ke..itu kau punya pasal...Tapi sila HORMAT jiran sekeliling kau.. Islam ke..bukan Islam ke..HORMAT TETAP HORMAT..Kan??



Hidup berjiran ni sometime ko kene ikut mcm peribahasa ni..

Masuk kandang kambing, mengembek..
Masuk kandang rimau, mengaum..
Kalau kau masuk kandang rimau tapi kau mengembek...
Memang kena NGAP la jawabnya...haha





End

Back Dated Story : Bday Qaisara..

As Salam

Huhu..Baru hari ini rase segar sikit utk update cite ttg bday che mek dkt taska hujung bln lepas..kiki

Layan gambo ek..
Che mek & kawan2..
Event start pkol 4.30pm.
So sementara tu che mek lepak2 la dgn kengkawan dulu..huhu
Che mek dgn kek..
Disolek oleh teacher...adoiii
Bergambo dgn IBU & Friend..
Ayah xde dalam pic ni sebab ayah sgt PEMALU & just
jadi photographer sajok..kiki
Sesi potong kek..
Malam sebelum event, siap g pasar malam mncari dress frozen nih..
Melayang RM50..
Kose aku nak beli yg ori aihhh..
Bukan che mek pakai selalu pun..haha
Dapat bday card dr friend & teacher..huhu

Lepas semua dh kenyang,
sesi bagi goodie bag pd kawan2 pulak...
Isi goodie bag utk kawan2... 
Isi goodie bag utk teacher...

Ok la kan dari xde..hohoho

Alhamdulillah owner sponsor makanan..Ada bihun goreng, nugget & hotdog..Air sirap jgk...huhu


Ok..Selesai sudah cerita bday celebration utk che mek..
Naik kering dompet aku..ahah
X pe..Aku x kesah..Janji anak aku dpt rase mcm kawan2 lain yg celebrate dkt taska..kan??
Next year dh kena celebrate dkt taska lain plk...huhu




End

Tuesday, November 11, 2014

Vivo Pizza - The Curve

As Salam

Hari ini dan semalam badan aku still rase shaking-shaking walaupun x berapa ketara..Tapi risau tu tetap ade.. Cerita itu nanti aku story ye...The truth is still samar2..huhu

Just nak cite, hari tu g the curve sebab konon2 nak amik angin malam..Bila angin dah masuk perut harus la kelaparan kan?kiki

So, kiteorg try la makan dekat sini : VIVO PIZZA - The Curve
Bawak che mek g tgk air dulu...
( Macam kan x pernah tgk..haha) 
Moh kite tgk menu yang ada.... 
Salah satu menu yg kami order... 
Choco Brownie Mallows 
Mashroom soup with crunchy garlic bread.. 
Italian Deluxe...
Jom makan!!!!
Sedap jgk pizza ni..nipis tapi x garing sangat..huhu
Rege pun xde la mahal sangat...
Service die pun ok..huhu



So x mustahil utk aku dtg sini lagi kot..kiki



Korang dh try??



End

Friday, November 07, 2014

Low Blood Pressure

As Salam

Dah 3 hari x menghupdate blog..Kesian blog..Kesunyian nak dgr bunyi keyboard keletung keletang aku menaip..hoho

Actuallty since monday, badan aku x berapa nak segar sgt...Rase ting tong sikit tertambah dgn ada 1 rasa sakit...X bleh nak cite byk sbb aku pun x sure penyakit ape...

Makanya, semalam aku dah x tertahan lagi...Lepas je amik che mek terus ajak Hata g klinik...Rupa2nya " Low Blood Pressure ".. Now wonder la kekadang aku ada rase mcm nak melayang sikit.. Tapi still boleh imbangkn diri.. Semalam mmg x tertahan. Blk je dr AEON Wangsa Maju, terus kene baring dekat seat blkg. Smp rumah, terus je selesaikan apa yang patut & Zzzzzz.. Sedar2 bunyi alarm pkol 5.50am td sajok..

1st time aku kene Low Blood Pressure nih.. Xtau la kena & macam mane bleh kena...

Setelah bertanya & tgk tenet... Maka MILO & HOLICKS adalah minuman yang terbaik untuk si pengidap LOW BLOOD PRESSURE.. But skrg..I'm NOT IN MILO/ HORLICKS MOOD.. So camner tuh??

Jom aku share sikit ttg LOW BLOOD PRESSURE :

What are low blood pressure signs and symptoms?

If low blood pressure is the normal state for a patient, then there will be no symptoms. However, if low blood pressure is symptomatic, then the patient may feel the following:
  • Lightheaded and dizzy
  • Unsteadiness as blood flow to the brain is decreased
  • Blurring of vision
  • Weakness
  • Confusion
  • Nausea
Blood pressure is the force exerted by circulating blood on the walls of blood vessels. It constitutes one of the critically important signs of life or vital signs which include heart beat, breathing, and temperature. Blood pressure is generated by the heart pumping blood into the arteries modified by the response of the arteries to the flow of blood.
An individual's blood pressure is expressed as systolic/diastolic blood pressure, for example, 120/80. The systolic blood pressure (the top number) represents the pressure in the arteries as the muscle of the heart contracts and pumps blood into them. The diastolic blood pressure (the bottom number) represents the pressure in the arteries as the muscle of the heart relaxes following its.
Ehsan : Google

Sampai sekarang sometimes aku rase bdn aku ni mcm shaking2 sikit.. Ting tong sikit.... Rase nak baring je..hoho

Harap2 weekend ni dh boleh ok...Kalo x ok jgk mmg kena serah diri pd doktor semula..


Kwan2...Doa2kn aku cepat sembuh ye..Kesian plk dkt Hata sebab kena jaga che mek sensorang..hoho




End

Tuesday, November 04, 2014

Keyword....

As salam

Terkojut den bile tgk keyword utk today..

Desperate bebeno si keyword searcher nih...haha

Lepas ni mmg kena guna ayat2 yg sopan sikit la..Kalo tidak mcm2 makna org boleh tafsirkan.. betul ke idak?
KISAH AKSI TERLARANG???

Aku rase aku hanya sebut ayat tu time cite ttg che mek sajo!!!..
X dok la pulok sebut / cerita tentang perkara dalam selimut.. Ape kes la dieorg nih..
Ade lg 1 keyword tu... Ape kes la boleh keluar gambo x senonoh bile die search image dgn gunakan keyword itu??? Maksud aku lain...Tapi yang keluar gamba & maksud lain...Aihhhh..

Jenuh aku memikirkannya...
Udah mcm blog 18SX pulak rasanya blog aku nih...Haihhhh..

Lepas ni mmg kena berhati2 la dalam menaip sesuatu ayat / perkataan.. Nnt x pasal2 jadi double meaning plk..





End

Audio Cable..

As Salam

Semalam baru berkesempatan mengetest cable AV Audio nih..Dah lama Hata mencari...Ketemu jugak dekat GIANT..huhu

Ape fungsinya???
Packagingnyaaaaa...
Fungsinya adalah supaya sound dalam gadget korang Handfon / sebagainya, boleh didengari 1 kereta... X payah dah nak pening2 Hata duk terteleng2 kepala nk dengar butir lirik lagu..haha..

Gadget ni dh lama ada dkt pasaran..Aku & Hata je baru terkedek2 nak guna...hoho

So far pakai ok jgk...Cuma bile tgk gadget tu..Dieorg jadi mcm bisu plk...hahha





End