Showing posts with label KITCHEN TOOLS. Show all posts
Showing posts with label KITCHEN TOOLS. Show all posts

RESTRUCTURE SPICE RACK

As Salam

Ahad malam Isnin tetibe mata ni sakit aje tengok kabinet untuk spice aku dekat dapur tu. Jadi lepas dinner, aku start slowly mengemas, mengelap, asingkan, masukkan dalam bekas lain & refill mana-mana yang dah sikit. Aku ada beli mixed herb dari Rosyam Mart sebab mixed herb yang aku biasa guna tu takde stock dekat sana. Bila aku perati betul-betul, mixed herbs tu kasar-kasar aje semuanya. Jadi aku keluarkan blender & blend kering sampai ke tahap halus yang aku nak. Lepas tu masukkan dalam tupperware kedap udara & ada yang aku refill dalam bekas mixed herbs yang sedia ada. Stock lada putih & asam jawa pun aku refill jugak. 
Lapang sikit mata aku menengoknya kome. Kalau tak tu rasa serabut je. 😆
Ini dekat rak atas. Dekat tepi stove ada bekas garam, serbuk perasa, kunyit, cube ayam, cube ikan bilis & asam keping. Kiranya area ni adalah area yang tak selalu guna. Area tepi stove tu adalah area senang nak capai sebab selalu guna. Gitewww...
Stock Chicken tender.

Ahad pagi aku & Hata ke Rosyam Mart beli stock frozen boneless chicken breast. Jadi Ahad malam Isnin tu aku asingkan siap-siap masuk dalam bekas tupperware yang besar untuk chicken breast yang belum dipotong. Amik 1 bekas dan aku potong, marinate dan masukkan dalam tupperware yang kecik-kecik untuk sekali bakar. Jadi dari tupperware IKEA hijau transparents sampai bawah warna merah tu adalah chicken tender yang aku siap marinate untuk sekali masak.

Malam sebelum nak masak pagi esoknya aku amik sebekas dan akan letak dekat tempat peti sejuk yang biasa biar dia slowly defrost. Tupperware hijau fluorescent sampai merah bawah tu adalah chicken breast yang aku belum potong & belum marinate. Nanti dah habis stock yang dah marinate baru aku ulang proses yang sama. Stock telur sepapan pun aku dah beli. Nak beli stock wrap dekat Rosyam Mart takde pulak. Jadi semalam waktu lunch hour aku ke Village Grocery dalam Avenue K. 

Bila mood mengemas tu datang, semua rasa nak dikemas & dibuang. Nak bagi mata ni lapang. Sebab dah lama sakit masa dekat rumah lama. Alhamdulillah semalam 2 lagi order aku dah sampai. Completed semua 5 order. Dah boleh start enjin dah ni. 😁

Korang buat apa bile mood mengemas dapur datang menyeru?

UNBOXING : NESCAFE TEA SET AND OTHERS

As Salam

Punyalah lama tea set ni dalam simpanan aku..Sejak dari aku keje dekat ofis di Menara Citibank yang lama..Sekarang dah jadi UOB..Hari tu baru nak bukak untuk kali kedua..Kali pertama masa mula-mula dapat. Lepas tu aku seal kemas-kemas sebab waktu tu rasa sayang nak guna. Hari tu aku unboxing jugak dia letak diluar...Comey ade 2 cup tu..Macam minum air americano pekat...
Jug kaca tu Hata cakap cantik & nampak menarik 
kalau buat air panas waktu tetamu datang...
Aku cakap nanti kita dah ready terima tetamu, kita gunakan aje...
Sekarang aku tak nak simpan apa-apa dalam kotak dah...
Semua aku keluarkan...Biar guna sampai dah tak boleh guna lagi dah...
Aku dapat tea set ni sebab waktu tu nescafe ade buat campaign...
Kalau kumpul barcode dari plastic nescafe any flavor sampai cukup point, boleh la redeem...Aku pun redeem la..Ingatkan takde peluang dah nak dapat...
Tapi sebulan lepas tu parcel ni pun sampai 😁
Set ini pun lama jugak dah dibeli...
Beli dekat spotlight masa year end sale...
RM20 aje aku rasa 1 set ni...
Yang ini pun aku dah guna...
Yang ini dapat free bukan beli...
Beli sebab suka kedalaman mangkuk ni...
Boleh buat makan maggi..Sebelum ni kami makan maggi 
dalam mangkuk melamine kedai ECO je...
Mangkuk tu pun aku dah buang sebab dah terlalu lama digunakan...

Operasi mengemas masih diteruskan sehingga ke hari ni...Mesti guard bawah ni pening tengok aku & Hata sebab selang beberapa hari je mesti turun dengan wagon yang penuh dengan kotak-kotak yang dah berlipat-lipat sedia untuk dibuang dalam Roro...


Nak buat macamana...Selagi tak selesai mengemas, selagi itu la otak ni penat fikir nak mengemas je..Dan selagi itu la aku akan cerita tentang unboxing ni.😁

JIKA TIDAK HARI INI, MUNGKIN MINGGU DEPAN

 As Salam

Begitulah situasinya antara aku dan Hata...Hari tu nak masak nasi, plan nak guna periuk nasi yang comey muat 3 pot tu...Sekali entah kemana pulak la kami letak penutup periuk tu sampai tak jumpa-jumpa lagi...Lepas tu masak la guna periuk besar yang muat 10 pot lebih kot...

Nahhhh norkiahhhhhh!!!!...Air / wap masa nasi tu meriah betul menyembur ke lantai dan kitchen kabinet aku...Jenuh jugak memikir macamana nak selesaikan issue ni? Dulu masa dekat rumah lama aku lapik kain je bawah periuk ni...Tapi tetap la rasa tak best sebab wap tu kadang-kadang macam terlampau melawan tokey...

Jadinya hari tu aku berdua dengan Hata je ke Giant Setapak...Niat asal nak beli lauk basah untuk stock minggu lepas...TETIBE kaki kami melencong ke area electric...TETIBE tengok area rice cooker....TETIBE terberkenan dengan rice cooker yang ini...Mula-mula tengok jugak perbezaan harga dekat Shopeeahhh...Beza hanya dalam RM18 termasuk shipping kalau beli online...Kalau beli online nak kena tunggu pulak..Kami nak cari solution ASAP sebab rasanya dalam minggu tu memang akan kerap memasak...
Kami amik rice cooker jenis macam ni dari brand TEFAL...
Waktu ni Giant ada bagi diskaun...Ok jugak la diskaun ni sebab tak jauh sangat beza dengan harga dekat online...
Periuknya gini...Bulat macam belanga...
Dah try test masak nasi 3 pot...
Alhamdulillah takde wap yang melampau keluar dari rice cooker ni...
Hanya kena alert dengan wap yang keluar dari corong atas cover tu je...
So far kiri kanan cover takde wap yang mengalir keluar...
Ini pilihan yang ada untuk memasak...
Aku mesti la pilih white rice...
Lepas masukkan periuk, tutup..Lepas tu tekan button white rice & 
biarkan aje nasi tu masak macam rice cooker lain...
Menu express kami sekeluarga...
2 ketul ekor ikan siakap masak sweet sour, ayam goreng & chicken popcorn korea tu che mek beli dekat cafe ofis Hata waktu mereka lunch.
Semua ni Hata yang masak sebab aku ade kerja lain yang nak diselesaikan...

Semoga usaha kami nak elak dari lantai berkecak dipermudahkan...Besar jugak modal nak beli rice cooker ni kome...Tapi pejam mata sekejab sebab dah penat nak fikir solusi lain...


Rice cooker korang ade jadi macam aku punya tak???
Ke sebab jenis beras?
Alhamdulillah esok cuti lagi selepas sehari bekerja hari ni...
Kemana kome esok?

UNBOXING : SIMPLUS MULTIFUNCTIIONAL EGG COOKER

As Salam

Aku plan nak mulakan semula rutin breakfast yang telah aku tinggalkan sekian lama sejak-sejak dapat kunci rumah rasanya...Hari tu terasa nak beli egg cooker supaya senang aku nak masak telur rebus tanpa perlu aku on dapur gas. Maksudnya masuk dalam maker lepas tu tinggalkan dan tunggu masak sendiri je...

Jadi aku pun survey la egg cooker dekat shopee...Nak beli yang takde brand langsung risau pulak bila main dengan barang letrik ni...Nak beli yang advance sangat risau membazir pulak sebab fikir nak masak telur aje pun 😆...Jadi aku beli la brand SIMPLUS ni...Isnin malam selasa jam 11 malam aku test masak telur rebus kome...
Inilah egg cooker-nya...
Comey aje bekas ni kome...Tapi muat masuk 4 biji telur...
Aku beli masa 12.12 hari tu..Dapat la below RM40
As simple as ABC..
Basuh telur, letak dekat tapak, masukkan air separas telur, 
pilih jenis masakan yang korang nak...
Nak soft boiled egg, hard boiled egg, tea egg & ada lagi 4 pilihan lain...
Aku pilih hard boiled egg...Option L3

Mula-mula aku rasa aku salah pilih option..Idak bergerak proses masaknya kome..Lepas tu aku mintak tolong Hata tengok semula manual...Lepas Hata godek-godek, tengok suhu dekat screen makin naik sampai 100 LED (tak nampak dalam gambar sebab lupa nak snap..LED akan bernyala ditengah-tengah antara timer & function )..Lepas suhu dah sampai 100, cooker akan auto stop dan tunjuk angka 12...Lepas habis bilangan angka 12 secara menurun sampai ke 0, egg cooker ni akan berbunyi menandakan telur sudah masak...

Lepas dah bunyi tu cepat-cepat pegi tengok & keluarkan telur dari cooker ni...Lepas dah kupas kulit telur ni kami belah dua nak tengok menjadi ke idak???
Alhamdulillah...Menjadi kome...
Next time boleh masak yang soft boil egg & pilihan lain pulak...
Jenis telur yang boleh dimasak...

Ok..Lepas ni senang la nak prepare telur rebus aku...Bangun pagi sebelum, mandi masak telur ni dalam cooker then tinggalkan je...By the time aku dah selesai semua, telur rebus aku pun dah masak & aku bawak ke ofis...

Proses masak ni aku rasa dalam 20 minit kot..Aku pun terlupa nak tengok masa sebab kalut ke benda lain masa proses ni...But ok la kan? Sempat je nak masak sementara aku bersiap nak pergi kerja tu..Tak payah risau kena jenguk dapur gas dah. 😀

UNBOXING : JUG DARI PENGKALAN KUBOR

As Salam

Actually jug ni dah lama sangat rasanya aku beli..Zamanzaman tengah kemaruk tiap kali balik KB lama sikit mesti nak ke Pengkalan Kubor..Sejak-sejak MIL & arwah FIL tak larat jalan jaun je kami tak kesini...Kalau tidak, tiap kali balik lama, mesti set 1 date untuk kesini...Gerak jam 7.30 pagi, singgah makan nasi ayam serati, by time 10pagi gerai-gerak dekat Pengkalan Kubor tu pun dah bukak..Arwah FIL suka sangat beli biji gajus bakar...Kami akan makan yang simple-simple dekat sana & berjalan sampai dekat tengahari baru balik...On the balik, kalau lapar singgah tapau makanan pulak 😁..

Itu lah kenangan kan? Aku pun sejak-sejak arwah mak tak boleh jalan, kalau kakak-kakak ajak berkelah, aku tolak...Sebab rasa tak seronok nak bergembira tanpa mak dan abah...Kecuali masa family day dekat Telur Senangin dulu..Itu pun  planning asal memang nak bawak mak..Tapi mak berkeras tak nak ikut..Jadi abang ipar offer diri untuk jaga arwah mak & mak su tolong mandikan dan tukarkan pampers mak..

Ok..Kembali kepada cerita jug ni..Jug aku yang lama-lama tak bertukar tu semua aku dah buang...Jadi aku guna juga ni untuk buat air panas....Teh O atau kopi O...
Aku pilih warna pink sebab waktu tu ada 2 warna je...
Pink & biru...Aku tengok design warna pink lagi comey...
Jadi kita pilih la warna pink...
Dari mula beli sampai ke hari digunakan jug ni duk dalam plastick...
Mujur masih dalam keadaan baik...
Bertahan lama jugak panas air dalam jug ni...
Untuk jug ni, aku hanya perlu masukkn 2 senduk biasa gula...
Memang ngam-ngam je rasa gulanya...

Banyak banrang-barang dalam kotak yang aku suruh Hata unboxing & guna semuanya...Sebab aku dah tak nak simpan dah...Sebab hari tu kan banyak jugak aku buang pinggan mangkuk yang lama-lama...Bila lagi la dapat pegi Pengkalan Kubor ni kan???

Esok dah masuk tahun baru 2026 kome...Penat tahun 2025 pun belum habis lagi 😁