Showing posts with label UNBOXING. Show all posts
Showing posts with label UNBOXING. Show all posts

NEW OUTDOOR HANGER

As Salam

Aku tetibe dah rasa bosan dengan peNyidai baju dekat balkoni ni. Rendah satu hal Tak kukuh 1 hal. Udah 3 kali repair. Ini pun macam dah nak roboh. Geram aje. Hari tu pegi Giant ada jumpa offer penyidai tu RM89.90 je from actual price RM109.90. Udah Hata cakap tak perlu beli lagi. Pakai sampai roboh katanya. 😆

Hari tu lalu dekat tiktok outdoor hanger jenis pentagon tu. Nampak macam jimatkan space dekat balkoni ni. Dekat tiktok shop harga dalam RM25 & below. Tengok dengan shopeeaahhh RM22 je. Jadi aku terus check out. Hari Rabu dah sampai. Aku angkat kotak dari atas mailbox. Ringan aje kotaknya. Sementara menunggu hujan reda untuk pegi amik motor, aku ajak Hata tolong pasangkan. 

Seller ni betul-betul suruh customer berfikir sendiri cara nak pasang ye kome. Sekeping kertas instructions pun takde. Ate kome mana gayanya??? Tengok semula la gambar yang aku check out tu. Agak-agak je.Mujur la betul semuanya...Tapi habuk dia jangan cerita la kome. Ntah stock bila seller ni bagi dekat aku pun tak tahu la. 😆
Moh le kita sambung menyambung kome...
Keruh warna baby wipes aku masa lap setiap besi tu.
Test satu kali....

So far setakat guna semalam...Alhamdulillah masih berdiri teguh. 1 baris boleh letak max 5 hanger. So kalau waktu tu banyak kain dibasuh, boleh jemur at least 25 - 30 helai pakaian. Bahagian atas tu boleh la kalau nak jemur si kecik yang ada (inner piece)...

Yang ni kita tengok boleh bertahan berapa lama. Kalau sekejab jugak. Aku mintak balik duit aku pada Hata. Amik mintak EXTRA sebab nak beli yang aku tunjuk awal-awal dulu tu. 😆

Hanger ni kalau emergancy basuh baju malam nak pakai esoknya, boleh bawak masuk dalam rumah. Tak makan space banyak. Hanger sedia ada aku dah lipat. Tunggu masa je aku nak masukkan dalam tong roro dekat bawah kawsan rumah ni. Kawasan rumah aku ni ada 1 tong roro. Penduduk boleh buang barang dalam ni ( bukan sisa makanan) dan sampai satu masa, mereka akan kutip.

Masa aku baru pindah kan ada banyak barang di-unboxing-kan. Jadi banyak kotak dan plastic. Kami buang dalam tong roro ni la. Tak buang dekat bilik tong sampah tepi lift. Bagus jugak macam ni kan?

UNBOXING : JOY BOX COFFEE BY TEALIVE

As Salam
Tak ingat beli bile tapi yang pasti sebelum masuk bulan ramadan. Lepas tu letak dalam bilik tepi sliding door sampai ke hari semalam. Tengah nak alihkan kotak kasut raya baru perasan ada kotak yang masih belum di-unboxing. Stop kejab kerja rumah, kita unboxing joy box coffee dari tealive ni dulu.
Joy box ni ada 3 jenis. Joy box coffee, joy box coco & joy box milk tea.
Lepas tu dapat premium tumbler ni.

Masa mula-mula nampak ni memang aku mencari yang coffee je. Tak nak yang coco sebab tak nak yang terlalu manis. Jadi kita pilih la yang coffee sebab aku boleh dikategorikan sebagai "coffee lover" jugak. Masa aku beli dekat Giant harganya RM39.90 per box.
Joy box yang aku pilih...
Itu senarai jenis coffee yang aku dapat dalam kotak ni.
Total aku dapat 18 sachets...Banyak jugak tu.
Dapat dalam box macam ni.Ok jugak ni...
Ini design tumbler yang aku pilih. 
Of coz purple color. Aku pilih design yang simple je.

Ok..Dah boleh buat stock lepas ramadan nanti. Buat bekal bawak ke ofis pun boleh jugak ni. Aku kan dah ada tumbler Montigo Ace Bottle yang baru? 😁

Korang ada yang grab promo ni?

UNBOXING : KOTAK BERLABEL LAGI


Sehari dua lepas memang kerja aku & Hata unboxing kotak-kotak yang dibawak ke rumah ni dari rumah lama. Memang tak selesai lagi tugasan ni. Sabtu Ahad settled yang lain. Isnin Selasa unboxing lagi. Tapi tak sangka pulak masih ada yang perlu kami BUANG sebab rasa macam untuk apa disimpan lagi sedangkan kami dah tak perlukan atau tak gunakan pun. Jadi semakin banyakla bungkusan plastic hitam yang dibukak dan diisi dengan barang-barang yang akan kami buang...


Macam tak percaya..
Dah sorting dari rumah lama pun masih ada yang nak dibuang 
semasa di rumah baru...Tapi takpelah..Janji tak sakit mata kami 
melihat barang-barang tu.
Berjaya susun sikit-sikit tupperware collection. 
Memang NIAT nak guna semuanya..
Tak nak dah simpan-simpan. 
Alhamdulillah setakat ni memang ada yang kami dah guna...

Hari tu Hata rajin nak prepare breakfast untuk his little hero. Sekali jalan dengan bekal breakfast kami berdua. Hata buatkan sandwich telur + chicken slice & kentang rebus.
Aku makan masa breakfast..Kenyang yang amat 😍

Esok pagi In Shaa Allah nak keluar gi cari lauk sebab esok lepas maghrib aku ade buat majlis sikit..Nanti aku share sini ye..Doakan semuanya berjalan lancar ye..Amin..

UNBOXING : SHOE CABINET

As Salam

7hb hari tu kabinet kasut aku dah selamat sampai. Tapi hari Sabtu lepas baru ade masa nak unboxing. Jadi marilah kita bekerjasama memasangnya kome...
Macam biasa nak kena pham instructions dulu...\
Yang ini senang sikit nak paham sebab setiap papan ada labeling ABC..
Yang WAJIB buat sebelum mula..
Alhamdulillah dah siap...
Moh le letak dekat tepi dinding pintu masuk ni ha...
Setiap level dapat masuk 3 pasang kasut...
Kabinet ni ada 8 level.
Shelf rack pink tu aku sengaja letak untuk susun selipar harian...
Senang nak amik..Tak perlu bukak tutup pintu kabinet...Kasut sekolah, kasut kerja & kasut jalan ke letak dalam kabinet tu..Jadinya tiada kasut di lantai 😆

Selesai unboxing satu lagi perkara...Lepas tu Hata buat sarapan pulak...Aku start mengemas yang lain...Seronok plk rasa bila kasut dah makin sikit ni..Senang nak disimpan...😁

UNBOXING : NESCAFE TEA SET AND OTHERS

As Salam

Punyalah lama tea set ni dalam simpanan aku..Sejak dari aku keje dekat ofis di Menara Citibank yang lama..Sekarang dah jadi UOB..Hari tu baru nak bukak untuk kali kedua..Kali pertama masa mula-mula dapat. Lepas tu aku seal kemas-kemas sebab waktu tu rasa sayang nak guna. Hari tu aku unboxing jugak dia letak diluar...Comey ade 2 cup tu..Macam minum air americano pekat...
Jug kaca tu Hata cakap cantik & nampak menarik 
kalau buat air panas waktu tetamu datang...
Aku cakap nanti kita dah ready terima tetamu, kita gunakan aje...
Sekarang aku tak nak simpan apa-apa dalam kotak dah...
Semua aku keluarkan...Biar guna sampai dah tak boleh guna lagi dah...
Aku dapat tea set ni sebab waktu tu nescafe ade buat campaign...
Kalau kumpul barcode dari plastic nescafe any flavor sampai cukup point, boleh la redeem...Aku pun redeem la..Ingatkan takde peluang dah nak dapat...
Tapi sebulan lepas tu parcel ni pun sampai 😁
Set ini pun lama jugak dah dibeli...
Beli dekat spotlight masa year end sale...
RM20 aje aku rasa 1 set ni...
Yang ini pun aku dah guna...
Yang ini dapat free bukan beli...
Beli sebab suka kedalaman mangkuk ni...
Boleh buat makan maggi..Sebelum ni kami makan maggi 
dalam mangkuk melamine kedai ECO je...
Mangkuk tu pun aku dah buang sebab dah terlalu lama digunakan...

Operasi mengemas masih diteruskan sehingga ke hari ni...Mesti guard bawah ni pening tengok aku & Hata sebab selang beberapa hari je mesti turun dengan wagon yang penuh dengan kotak-kotak yang dah berlipat-lipat sedia untuk dibuang dalam Roro...


Nak buat macamana...Selagi tak selesai mengemas, selagi itu la otak ni penat fikir nak mengemas je..Dan selagi itu la aku akan cerita tentang unboxing ni.😁

NAMPAK MACAM KOSONG JE...

As Salam

Sebenarnya aku & Hata memang dah planning nak letak something dekat dinding antara pintu bilik master bedroom dengan bilik menjahit ni...Aku pun beli la bahan walaupun masih belum cukup sebab tengah tunggu budget...Sementara menunggu Double Rod langsir aku sampai, aku tak start lagi la menjahit langsir sebab kalau dah start confirm bersepah jugak rumah ni sebab kain langsir kan lebar-lebar...Nak bentang segala bagai memerlukan ruang yang luas dan lapang...

Jadi pada 1 January 2025, walaupun dah 4 berlalu, takpe lah ek...Bagi mengurangkan kotak-kotak yang masih belum di-unboxing, maka sambil-sambil mengerjakan barang-barang dekat dapur, aku ajak Hata kerjakan dinding ni...
Inilah kawasan yang aku & Hata plan nak letak sesuatu tu...
Sebelah kanan tu kotak almari baju Ammar...
Masih belum boleh dipasang sebab dalam bilik Ammar masih banyak kotak-kotak dari rumah lama yang perlu dikeluarkan terlebih dulu...
I NEED MORE CUTI 😁
Mula-mul unboxing dulu meja ni...
Aku ingatkan besar & padan la size dia...
Sekali bila dah siap...Alahai..Comey jugak..Sabar aje lah...
Kami pasang wall sticker ni...
Sticker ni aku beli online je..Susah jugak nak tampal ni kome...
Salah tampal memang stress tengok kejadiannya..
Dah siap tampal...
Tu meja comey tu...Dapat la letak pasu bunga pilhan aku...
nanti dah cukup budget kita beli wall fluted pulak letak 
disebelah kiri dan kanan wall sticker ni...
Dah siap lagi lepas add on barang-barang lain...

Petang Khamis, dalam jam 3.30 petang rasanya aku & Hata keluar berdua ke Ninso...Aku beli batu warna warni tu untuk jadi pemberat pasu bunga tu..Lepas tu beli lapik drawer kitchen kabinet & kitchen spray. Lepas tu kami ke rumah lama sekejab. Pukul 5.30 petang dah ada dirumah semula...Waktu ni Ammar ajak kami mandi kolam...Ok la...Pukul 6 petang kami turun ke kolam...Yang mandi hanya Ammar & che mek je...Hata temankan gitu-gitu je..Aku tak mandi sebab terasa penat...Selain dari pasang wall sticker ni, aku mengerjakan dapur jugak..
Seronok la Ammar...Lepas ni tak perlu ajak ibu ayah 
ke Hotel untuk mandi kolam 😆
Malam tu aku & Hata tak tahu nak makan apa..
Sebelah pagi hata dah masak nasi goreng ayam...Jadi aku tan nak makan nasi lagi.Jadinya lepas maghrib kami berjalan keluar dari rumah menuju ke Family Mart...Aku, Ammar & Che mek beli oden...Hata beli shawarma..
On the way balik singgah Giant mini anak-anak beli roti..
Lepas tu singgah pulak Petron beli karipap...

Begitulah aktiviti hari pertama di tahun 2026 kami..Memang takde berjalan kemana-mana pun...Aku lenguh buat label herbs & spice dekat bekas-bekas yang baru..bekas-bekas yang lama semua aku buang...Bunga lawang, kayu manis aku masih amik lagi..Tapi macam jintan manis, jintan putih aku buang sebab macam dah ada bau lain...

Nanti aku share labeling yang aku dah buat ye...Aku tulis guna tangan dekat masking tape aje kome....Malas la nak beriya-iya sangat...Banyak lagi kotak-kotak lain yang menunggu untuk dikemaskan...

Korang buat apa hari tahun baru hari tu?

UNBOXING : SIMPLUS MULTIFUNCTIIONAL EGG COOKER

As Salam

Aku plan nak mulakan semula rutin breakfast yang telah aku tinggalkan sekian lama sejak-sejak dapat kunci rumah rasanya...Hari tu terasa nak beli egg cooker supaya senang aku nak masak telur rebus tanpa perlu aku on dapur gas. Maksudnya masuk dalam maker lepas tu tinggalkan dan tunggu masak sendiri je...

Jadi aku pun survey la egg cooker dekat shopee...Nak beli yang takde brand langsung risau pulak bila main dengan barang letrik ni...Nak beli yang advance sangat risau membazir pulak sebab fikir nak masak telur aje pun 😆...Jadi aku beli la brand SIMPLUS ni...Isnin malam selasa jam 11 malam aku test masak telur rebus kome...
Inilah egg cooker-nya...
Comey aje bekas ni kome...Tapi muat masuk 4 biji telur...
Aku beli masa 12.12 hari tu..Dapat la below RM40
As simple as ABC..
Basuh telur, letak dekat tapak, masukkan air separas telur, 
pilih jenis masakan yang korang nak...
Nak soft boiled egg, hard boiled egg, tea egg & ada lagi 4 pilihan lain...
Aku pilih hard boiled egg...Option L3

Mula-mula aku rasa aku salah pilih option..Idak bergerak proses masaknya kome..Lepas tu aku mintak tolong Hata tengok semula manual...Lepas Hata godek-godek, tengok suhu dekat screen makin naik sampai 100 LED (tak nampak dalam gambar sebab lupa nak snap..LED akan bernyala ditengah-tengah antara timer & function )..Lepas suhu dah sampai 100, cooker akan auto stop dan tunjuk angka 12...Lepas habis bilangan angka 12 secara menurun sampai ke 0, egg cooker ni akan berbunyi menandakan telur sudah masak...

Lepas dah bunyi tu cepat-cepat pegi tengok & keluarkan telur dari cooker ni...Lepas dah kupas kulit telur ni kami belah dua nak tengok menjadi ke idak???
Alhamdulillah...Menjadi kome...
Next time boleh masak yang soft boil egg & pilihan lain pulak...
Jenis telur yang boleh dimasak...

Ok..Lepas ni senang la nak prepare telur rebus aku...Bangun pagi sebelum, mandi masak telur ni dalam cooker then tinggalkan je...By the time aku dah selesai semua, telur rebus aku pun dah masak & aku bawak ke ofis...

Proses masak ni aku rasa dalam 20 minit kot..Aku pun terlupa nak tengok masa sebab kalut ke benda lain masa proses ni...But ok la kan? Sempat je nak masak sementara aku bersiap nak pergi kerja tu..Tak payah risau kena jenguk dapur gas dah. 😀

UNBOXING : JUG DARI PENGKALAN KUBOR

As Salam

Actually jug ni dah lama sangat rasanya aku beli..Zamanzaman tengah kemaruk tiap kali balik KB lama sikit mesti nak ke Pengkalan Kubor..Sejak-sejak MIL & arwah FIL tak larat jalan jaun je kami tak kesini...Kalau tidak, tiap kali balik lama, mesti set 1 date untuk kesini...Gerak jam 7.30 pagi, singgah makan nasi ayam serati, by time 10pagi gerai-gerak dekat Pengkalan Kubor tu pun dah bukak..Arwah FIL suka sangat beli biji gajus bakar...Kami akan makan yang simple-simple dekat sana & berjalan sampai dekat tengahari baru balik...On the balik, kalau lapar singgah tapau makanan pulak 😁..

Itu lah kenangan kan? Aku pun sejak-sejak arwah mak tak boleh jalan, kalau kakak-kakak ajak berkelah, aku tolak...Sebab rasa tak seronok nak bergembira tanpa mak dan abah...Kecuali masa family day dekat Telur Senangin dulu..Itu pun  planning asal memang nak bawak mak..Tapi mak berkeras tak nak ikut..Jadi abang ipar offer diri untuk jaga arwah mak & mak su tolong mandikan dan tukarkan pampers mak..

Ok..Kembali kepada cerita jug ni..Jug aku yang lama-lama tak bertukar tu semua aku dah buang...Jadi aku guna juga ni untuk buat air panas....Teh O atau kopi O...
Aku pilih warna pink sebab waktu tu ada 2 warna je...
Pink & biru...Aku tengok design warna pink lagi comey...
Jadi kita pilih la warna pink...
Dari mula beli sampai ke hari digunakan jug ni duk dalam plastick...
Mujur masih dalam keadaan baik...
Bertahan lama jugak panas air dalam jug ni...
Untuk jug ni, aku hanya perlu masukkn 2 senduk biasa gula...
Memang ngam-ngam je rasa gulanya...

Banyak banrang-barang dalam kotak yang aku suruh Hata unboxing & guna semuanya...Sebab aku dah tak nak simpan dah...Sebab hari tu kan banyak jugak aku buang pinggan mangkuk yang lama-lama...Bila lagi la dapat pegi Pengkalan Kubor ni kan???

Esok dah masuk tahun baru 2026 kome...Penat tahun 2025 pun belum habis lagi 😁

UNBOXING : DRAWER DARI TIKTOK

As Salam

Barang dah lama beli sekali dengan rak tudung sebelum ni. Hari tu baru nak unboxing sebab aku nak asingkan stoking Hata dengan singlet & pakaian kecik yang lain..Senang asingkan siap-siap..nanti takdelah susah nak cari & takdelah mencari aku sangat waktu nak cari semua barang-barang tu...😆

Drawer yang ini besar sikit dari drawer tudung yang sebelum ni dan ade warna macaron yang aku pilih...Nama drawer ni warna macaron...Cover setiap drawer ade 3 warna..
Inilah drawer yang aku beli dari tiktok tu..Ini size besar sikit...
Disebabkan dah ada pengalaman pasang drawer ni, jadi aku pasang sendiri je...1st drawer tu je tersilap pasang..So mintak Hata bukakkan semula sebab bila dah locked, susah nak bukak..Kena guna kederat yang banyak..Aku dah takde kederat dah...Jadi kita guna la kederat Hata...
Boleh tahan jugak la drawer ni...
Apa aku letak?
1st raw aku letak singlet Hata, 2nd drawer aku letak stokin yang lain-lain aku punya barang..Aku dah letak inner tudung dekat drawer tu...Drawer yang lain-lain,aku belum isi lagi...Nanti la kita fikir nak isi apa asal takde yang 
letak diluar sampai nampak serabut 😁

Aku harap dengan adanya drawer ni, barang-barang aku akan lebih tersusun dan teratur tak macam dulu..Cacamarba 😀

UNBOXING : SOFA DAN DINING TABLE


Selepas berhempas pulas clearkan beberapa boxes yang ada dalam rumah ni...Termasuk Hata dah berjaya tolak masuk kabinet TV yang lama ke dalam bilik menjahit, akhirnya kami berjaya jugak clearkan area TV untuk "unboxing" sofa dah yang sampai terlebih dulu masa renovation baru bermula...
Sofa 3 dan 2 seater dah sedia untuk diduduki...
Actually sofa kami ni warna dark blue...Tapi bile dalam gambar 
nampak jadi warna dark grey pulak...😁
Yeay!!! Dah boleh duduk...
Abaikan langsir tu ye...Aku tengah dalam proses nak menjahit langsir ni...
Aku tengah curi-curi tenaga nak menjahit selepas waktu kerja...
Dining table pun dah sedia untuk berkhidmat untuk kami sekeluarga makan..
No more makan bersila...
Ammar tu dia saje je nak interprem sebab dia baru lepas makan...

Ok selesai dah part susun atur sofa dan dining table...Sekarang fokus nak unboxing mana-mana barang yang dibeli dan unboxing semua storage box yang ada...Storage box yang ada costume memang tak usik dah...Tapi kena unboxing storage box yang mungkin ada la perkakas dapur, alat menjahit aku jugak...


Tak sabar nak jahit langsir cepat-cepat...ya Allah tolong la bagi aku masa untuk siapkan menjahit langsir rumah ni...Amin

UNBOXING : ALMARI BAJU CHE MEK

As Salam

Semalam aktiviti meng-unboxing diteruskn dengan kita pasang almari baju che mek pulak...Tak susah pun sebab tak banyak part..Simple almari je...jadi memang cepat aje siapnya...Aku beli yang 4 pintu...Sekali datang 2 pcs almari...Jadi bila dah pasang dua-dua tu, letak sebelah menyebelah, dapat la 4 pintu...
Untuk breakfast Hata masakkan mee goreng basah...
Inilah dia almari baju che mek yang baru...
Alhamdulillah bila masuk dua-dua ni dalam bilik che mek, masih ada ruang untuk solat..Aku risau penuh je bilik che mek ni sampai takde ruang untuk solat..Sebab bilik ni macam kecik sikit pada aku...Tapi nampaknya idak la kecik sangat sebab masih ada ruang untuk letak meja study...
Dalam almari tu macam ni...
Untuk rak tu, kita boleh adjust nak berapa tingkat...
Buat masa ni aku suruh che mek kekalkan macam ni supaya che mek boleh gantung & susun baju harian dia..No more sumbat dalam bakul ye..No more bakul in this room..Everything you must lipat & susun in this almari 😆
Lepas dah unboxing macam biasa kena la buang kotak-kotak ni...
Syukur sangat ada wagon ni..Senang nak bawak turun sampah-sampah yang tak boleh dibuang dibilik sampah sebelah lift tu...Dekat bawah ada satu bekas RORO..Jadi penduduk sini boleh buang sampah macam kotak-kotak yang tak terlalu besar dekat sana..

Alhamdulillah selesai dah part almari baju che mek...Hari ni nak settle unboxing yang lain pulak...Aku rasa cuti kali ni memang packed giler dengan hal-hal rumah..Tapi aku suka sebab ada banyak masa untuk spend pada hal-hal ni..Cepat sini nampak luas lantai rumah ni 😆

UNBOXING : MEJA SOLEK COMEY

As Salam

Allahuakbar..Sekejab je rasa cuti kali ni sebab hari ni dah hari Khamis...Hanya berbaki 4 hari je cuti sebelum start kerja semula...Why so fast????

Hari Selasa lepas Zohor kami ke KPJ Ampang Puteri untuk follow up check up Ammar dengan Dr. Wan Usamah...Masa sampai Hata drop aku & anak-anak then Hata cari parking...Aku ke tingkat 3 bilik 13A..Masa register, Ammar turn nombor 4...Lepas hampir sejam menunggu, baru lah tiba giliran Ammar...Alhamdulillah Doctor check usus Ammar dah ok..Tak perlukan medication & dah boleh discharge from check up.

Lepas tu kami terus ke pasaraya TF sebab Hata nak pegi HINODE shop nak beli bekas isi perfume sekali dengan lilin tu..Boleh tahan jugak harga dia..Tapi iye la..Mengikut peredaran masa...Lepas beli tu kami masuk dalam TF beli barang dapur sikit...Hata cakap nak beli pak mat western untuk dinner dan sarapan pagi tadi Hata masak menu lain pulak.
Alhamdulillah...Kenyang kami 4 beranak malam tadi...
kami masih makan bersila sebab masih ade beberapa kotak yang belum di-unboxing area dinning table tu...Tak pe...Slowly kita kasi clear ok..
Sementara Hata buat preparation untuk dinner,
Aku sorang-sorang dalam bilik master bedroom 
mengerjakan meja solek kami ni...
Aku pasang sorang-sorang aje kome...Gigih betul..
Ade part yang aku tak paham, aku tinggalkan sekejab...
Lepas dah paham / dah jumpa jenis papan baru aku buat semula...
Pening tengok skru-skru ni...😆
Gigih asingkan skru-skru ni lepas tu kira cukup ke idak???
Alhamdulillah ada beberapa jenis skru yang seller bagi extra dalam 1 ke 2 pcs...
Slowly we build it up...
Dah berjaya pasang 3 laci yang comey-comey ni...
Akhirnya....
Comey sangat meja solek ni kome...

Jam 11 lebih jugak baru dapat siapkan...Selepas ada berenti makan & solat...
Lepas tu aku stuck dekat roller cermin tu..Asyik tak masuk je..Bila Hata check rupanya aku yang salah skru...Sku terbalik..jadi Hata la yang tolong fixed kan issue ni..Aku pulak bukak 1 lagi box untuk almari che mek..yang ini nanti aku cerita...

Malam tu jugak aku transfer barang-barang make up aku & Hata punya pomade semua ke meja solek comey ni...Alhamdulillah dah muat semuanya...Seronok tengok walaupun comey...😆...Banggsa dengan diri sendiri sebab berjaya pasang meja solek ni dengan bantuan Hata hanya dalam 15% je...

Mesti korang pelik kenapa langsir aku diluar bilik kan??? Memang kami terpaksa gantung langsir dari rumah lama sebab Hata masih tak sempat nak pasang rod dan aku pun tak sempat lagi nak jahit langsir...In Shaa Allah aku akan try jahit langsir within this week.