UNBOXING : NESCAFE TEA SET AND OTHERS

As Salam

Punyalah lama tea set ni dalam simpanan aku..Sejak dari aku keje dekat ofis di Menara Citibank yang lama..Sekarang dah jadi UOB..Hari tu baru nak bukak untuk kali kedua..Kali pertama masa mula-mula dapat. Lepas tu aku seal kemas-kemas sebab waktu tu rasa sayang nak guna. Hari tu aku unboxing jugak dia letak diluar...Comey ade 2 cup tu..Macam minum air americano pekat...
Jug kaca tu Hata cakap cantik & nampak menarik 
kalau buat air panas waktu tetamu datang...
Aku cakap nanti kita dah ready terima tetamu, kita gunakan aje...
Sekarang aku tak nak simpan apa-apa dalam kotak dah...
Semua aku keluarkan...Biar guna sampai dah tak boleh guna lagi dah...
Aku dapat tea set ni sebab waktu tu nescafe ade buat campaign...
Kalau kumpul barcode dari plastic nescafe any flavor sampai cukup point, boleh la redeem...Aku pun redeem la..Ingatkan takde peluang dah nak dapat...
Tapi sebulan lepas tu parcel ni pun sampai 😁
Set ini pun lama jugak dah dibeli...
Beli dekat spotlight masa year end sale...
RM20 aje aku rasa 1 set ni...
Yang ini pun aku dah guna...
Yang ini dapat free bukan beli...
Beli sebab suka kedalaman mangkuk ni...
Boleh buat makan maggi..Sebelum ni kami makan maggi 
dalam mangkuk melamine kedai ECO je...
Mangkuk tu pun aku dah buang sebab dah terlalu lama digunakan...

Operasi mengemas masih diteruskan sehingga ke hari ni...Mesti guard bawah ni pening tengok aku & Hata sebab selang beberapa hari je mesti turun dengan wagon yang penuh dengan kotak-kotak yang dah berlipat-lipat sedia untuk dibuang dalam Roro...


Nak buat macamana...Selagi tak selesai mengemas, selagi itu la otak ni penat fikir nak mengemas je..Dan selagi itu la aku akan cerita tentang unboxing ni.😁

13 comments:

  1. Seronok..semua boleh diguna dah sekarang

    ReplyDelete
  2. Setuju bab unboxing semua benda. Yang tak pakai, sedekah kalau masih baik. Kalau tak elok, boleh let go. Semua barang dalam rumah, guna. Cantik, nescafe tea set.

    ReplyDelete
  3. Cie pindah rumah sendiri dulu gitu la unboxing hadiah kahwin selepas 8-9 tahun simpan. Guna je semua.

    ReplyDelete
  4. Uncle suka dinner set hijau tu... graphic... uncle tak suka bunga2

    ReplyDelete
  5. cantik tea set tu...lama nk unboxing ye..

    ReplyDelete
  6. Mmg cantik set teko dgn mug tu.. betul jgn simpan guna je sampai tak leh guna.. saya pun dah smpai level tu dah.. sbb serabut mcm byk jer brg yg disimpan dari digunakan huhuu

    ReplyDelete
  7. Ada juga barang brand Luminarc ni.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya set Nescafe tu.. Bila pindah-pindah ini, selagi tak selesai memang tak senang hati kan..

    ReplyDelete
  9. Limited edition tu tea set nescafe. Tapi cute lah bila buat minum petang.

    ReplyDelete
  10. Akak jugak yang x kemas lagi store kat rumah tu...sabo jer la...

    ReplyDelete
  11. Menarik set teko Nescafe tu, first time tengok. Biasa depa promosi cawan sahaja. Ada dua cawan Nescafe dapat dari promosi.

    ReplyDelete
  12. Linda : Betul tu...=D

    Tot : Betul tu..=)

    Cie : betul tu..Dah rumah sndiri ni mmg sy niat nka guna je semuanya =)

    Uncle : Nice...

    Mama Tisya : Betul tu..Simpan sgt =D

    TT : Ok..Sy baru masuk geng TT =D

    Ezna : Ade sis...=)

    Sha : Betul tu =D

    Notie : Comey aje cawannya sis =)

    SA : Nnt tggu cuti Panjang bleh start kemas sis...=)

    Faizal R : Iye..Tapi ni dah dkt 10 tahun rasenya =D

    ReplyDelete
  13. senang nak buang brg2 kalau ada roro, set nescafe tu cute sungguh!

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.