Weekend lepas yang padat tapi puas hati. Hari Sabtu lepas weeding dekat Cyberjaya, kami terus shoot balik ke Perak. Bawak baju tidur & balik ke KL semula je..Jadi memang tak banyak la barang nak kena add on selepas ada beberapa lagi barang yang aku nak bagi pada kak yong.
Bergambar sebelum balik...
Sekeping with kak ipar & a.ipar..
Kebetulan betul ek kak ipar aku pun pakai baju kurung warna hijo jugak 😆
Kak ipar bagi goodie bag dari Korea..Hari tu mereka kesana
selama seminggu atas urusan kerja.Stokin untuk kids & Hata...
Aku punya dapat keychain & set chopstick sudu stainless steel tu..
Lepas tu dapat jugak kopi & teh kot..Aku pun belum try minum lagi..

Sampai kampung dah jam 5 petang sebab jammed boleh tahan jugak..
Aku memang sejenis yang suka ronda belakang rumah...
Jadi jumpa la tanaman kak yong ni...Sebiji aje yang adanya sebab
dah diambil hasil yang sebelum ni...
Lepas tu abang ipar ada petik buah manggis jugak untuk aku.
By 6 petang kak yong dah start masak simple-simple je...Aku pun beli ayam seekor & sayur sikit untuk masak sup..Rupanya kak yong dah masak sup kaki ayam..Jadi ayam yang aku beli tu kak yong buat ayam masak merah..Jadi la buat tambah-tambah lauk...
Jam 9 malam kak yang dan kak cik pun sampai. Lepas tu jam 9.30 malam anak sedara yang lain-lain pulak sampai..Memang meriah la rumah kak yong malam tu..Dengan anak sedara & cucu sedara yang masih-masing tengah aktif...Sedar-sedar bunyi menangis, sedar-sedar bunyi kerusi jatuh..Macam-macam bunyi ade 😆. Riuh rendah rumah macam hari raya.
Esoknya (Ahad) Jam 10.30 pagi kami dah gerak ke Kuala Dipang rumah kak cik
untuk makan tengahari...Sebelum tu singgah kubur arwah mak &
abah serta sedara yang lain jugak...Pokok bunga ni kak cik baru tanam..
Kak yong masih dalam planning nak tanam pokok apa pulak untuk mak..
Disebabkan pagi tu kak yong dah masak beberapa jenis lauk untuk dibawa ke rumah kak cik, jadi masa OTW tu aku ajak Hata singgah Econsave sebab nak beli buah & jajan sikit. Aku beli buah tembikai merah, tembikai susu & rock melon 😆..Licin semuanya ye kome...Lepas tu 1st batch anak sedara sampai bawak durian..Lepas tu macam tak cukup...Ehhhh..Abang ipar aku no.4 keluar rumah gi beli lagi durian kampung...Puas hati dapat makan durian tanpa limit 😁

Mengadap durian semuanya kecuali Hata sebab dia memang tak boleh
makan durian lebih-lebih..Nanti pening kepala...
Sedap ni kome...

Dapat jugak yang warna kuning macam ni...Memang lemak ber-cream 😆
Dalam jam 2.20 petang kami pun bergerak balik KL...Kak cik bekalkan rambutan 2 ikat, kak yong pulak bekalkan pisang emas 1 tandan..Tapi aku amik 2 sikat je..Jadi lah..Jangan tamak..Nanti membazir...Dari Kampar ke KL pun jammed boleh tahan jugak...Waze mintak kami exit Bukit Beruntung & ikut Pintasan Rawang..
Sebenarnya alik kiri Pintasan ni ade pokok-pokok yang sangat cantik...
Tapi bile aku nak amik gambar atau video, camera aku jadi tak fokus...
Blur walaupun aku dah tekan untuk fokus...Terus hati rasa tak sedap dan stop turn on camera 😁
Alhamdulillah by 5.30 petang kot kami dah sampai rumah....
Lepas maghrib keluar ke Giant Mini beli wrap, daging burger ayam ramly, tomato untuk buat chicken wrapped..Sambil-sambil Hata prepare menu tu, aku kopek sebiji-sebiji rambutan yang kak cik bagi...Letak dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk..Dapat 2 bekas ni kome..Banyak jugak...
Alhamdulillah seronok balik kampung kali ni walaupun sekejab...Aku dah set satu date untuk family dikampung datang rumah untuk house warming 😁










9 comments:
Nampak rambutan tu Niza. Masuk peti ais bila makan sedap sejuk2.
alhamdulillah... minggu lepas tu, balik Tronoh malam.. lepas balik kerja tu, siap2 terus gerak.. pelik, malam tu lansung tak jem.. hahaha
Memang betul-betul padat aktivitinya tu..
Bila dah siap kopek, lajulah habis rambutan tu nantikan..
Kopi maxim dari korea tu sedap. Seronok kan balik kampung jumpa ramai2 macam ni.
Seronoknya bertandang ke rumah adik beradik dan berkumpul ramai² gini. Kakak² gitulah kan, mesti ada buah tangan/bekal utk diberi.
Seronoknya beramai2 kenduri durian. Seronok dapat berkumpul ramai2 walaupun kejap.
sedap makan sejuk2, lepa tu confirm non stop..skrg akak dah x boleh makan banyak rambutan..confirm akan batuk
Seronoknya, kenduri adik-beradik. Rambutan sudah siap kopek simpan peti ais, memang nikmat bila makan. 😋
Ezna : betul tu sis...Ralit mkn time sejuk2 =D
Linda : Wahhh..Untungnya blk jln x jammed =D
Sha : Betul tu..Ralit mkn =)
Kak Notie : ye ke sis?? Ok nnt weekend baru bleh try =D
PH : Alhamdulillah...Selagi mereka masih ada =D
CIe : Iye...Alhamdulillah =D
SA : Betul tu sis..Sambil mengemas dapur pun sempat mkn =D
Tot : Alhamdulillah...Betul tu mmgralit mkn time sejuk2 =)
Post a Comment