Showing posts with label coffee lover. Show all posts
Showing posts with label coffee lover. Show all posts

ZUS X MAMEE MONSTER

As Salam

Hari tu terliur betul dengan koleksi ZUSS Coffee Chubee yang colabarate dengan mamee monster tu. Regenya dalam RM143.00. Aku memang rasa gatai tangan nak check out. Tapi bila fikir udah banyak dah tumbler dekat rumah ni. Tak usah le ditambah-tambah lagi. Tak termulutkan. 😆

Tapi aku cukup tertarik dengan combo yang ini. Rege memang rege mampu milik dan memang aku akan pakai berselang seli dengan yang lain. Kalau pergi kerja naik motor, aku memang pakai kasut. Jadi bila beli ni, memang confirm aku akan pakai.
Aku amik set ni. Airnya aku letak dalam tumbler yang aku bawak dari rumah.
Jadi takde la gambar air tu dalam entry ni. Rasa air ni biasa je kome. Rasa menyesal amik air ni pun ada sebab rasanya macam aiskrim soda vanila. Aku ni udah la anti sikit dengan aiskrim perisa vanila. Kalau aiskrim vanila dari mc Donald yang sundae letak coklat atau strawberry atau mc flurry oreo je aku layan. Yang special promo durian / manga aku makan. Yang lain memang aku tak makan aiskrim vanila ni. Ha lagi satu. Aiskrim magnum almond tu aku makan. 😁
Dapat pek macam ni untuk stokin yang aku bayar RM9.90.
Cara-cara nak bukak pun diajar ye kome.
Elok aje berlipat stokin tu ...
Inilah stokinnya. Pada aku cantik & cute...
Ofismate aku cakap nanti time nak pakai kena pakai skirt / seluar yang senteng sikit supaya nampak corak-corak dekat stokin tu. Dia nak suruh aku pakai skirt paras betis ke apa budak ni? 😆

Kain stokin ni biasa je. Tak tebal & tak nipis.Just nice. Ok la nak buat pakai dengan kasut. Korang buat apa hari ni?

BORONG HOT AMERICANO & CAPPUCCINO

As Salam

Bila dah tiba hari gaji memang kena berlagak macam orang kaya sekejab sebab duit yang masuk masih belum dimasukkan kedalam akaun lain yang sedang menunggu. 😁. Hari Jumaat lepas, Selepas 2 stesen dari stesen yang aku naik LRT, terus buka apps GIGI Coffee. Tengok ade offer murah jugak untuk hot americano & cappuccino. Maka aku grab dua-dua promo.
Hot Americano. Aku add on gula sikit. 
Payau tekak aku kalau minum terus. 😆
Yang ini aku minum waktu pagi.
Cappuccino ni aku minum waktu lunch.
Lepas habis memang aku teguk air masak aje la sampai ke 
pagi Sabtu sebelum sarapan.

Aku jarang beli combo gini. Sekali sekala je sebab kebanyakkan hari aku memang buat air sendiri je dekat ofis. 😁. Korang pulak macamana?

CARAMEL MACCHIATO & SOSEJ WRAP

As Salam

Hari tu aku ade redeem point dalam apps GIGI COFFEE. Dapat la RM7.00. Tapi syarat redeem kena belian lebih dari RM13.00. 1 pagi tu rasa malas nak buat air dekat ofis. Masa LRT sampai dekat stesen Pasar Seni, aku dapat duduk & start la order. 
Cold Caramel macchiato. RM6.00 lepas tolak redeem point RM7.00
Pagi tu terasa nak makan sosej wrap. Jadi masa masak chicken slice che mek, aku joinkan sekali sosej.


Jadinya pagi tu semua bawak bekal. Che mek makan dekat rumah chicken slice wrap, aku bawak sosej wrap, Hata & Ammar bawak sandwich scramble egg. Masa lunch aku tak lapar sangat. Jadi beli nasi separuh & amik daging masak lemak cili padi sikit.

Dah lama rasanya tak beli air caramel macchiato dekat GIGI Coffee. 😁. Sekarang kena kumpul point semula baru boleh beli air yang harga more than RM10.00 😁.

GIGI COFFEE RAYA SERIES

As Salam

Semalam masa dalam LRT tetibe terlintas dalam kepala yang aku dah lama tak click proceed order dekat GIGI Coffee Apps. Lepas belek-belek apps, tengok-tengok voucher 50% OFF untuk raya series masih belum ditebus lagi sedangkan aku dapat voucher ni dari bulan puasa hari tu lagi. Kalau tak silap. Jadi kita redeem la try rasa salah satu flavor yang ada. Aku amik ini :
Actual price RM14, lepas redeem voucher 50% off, aku hanya bayar RM7 jew.
Topping dia ada pistachio & cream kot ni...
Pada aku SEDAP!!!

Masa Ammar warded dekat KPJ Ampang aku ada beli jugak minuman berasaskan pistachio ni. Rasanya under ZUS coffee. Itu pun sedap jugak. Untuk raya series ni Gigi Coffee ada buat 3 jenis...
Yang G-Frappe tu nampak sedap jugak 😁


Korang dah try?

UNBOXING : JOY BOX COFFEE BY TEALIVE

As Salam
Tak ingat beli bile tapi yang pasti sebelum masuk bulan ramadan. Lepas tu letak dalam bilik tepi sliding door sampai ke hari semalam. Tengah nak alihkan kotak kasut raya baru perasan ada kotak yang masih belum di-unboxing. Stop kejab kerja rumah, kita unboxing joy box coffee dari tealive ni dulu.
Joy box ni ada 3 jenis. Joy box coffee, joy box coco & joy box milk tea.
Lepas tu dapat premium tumbler ni.

Masa mula-mula nampak ni memang aku mencari yang coffee je. Tak nak yang coco sebab tak nak yang terlalu manis. Jadi kita pilih la yang coffee sebab aku boleh dikategorikan sebagai "coffee lover" jugak. Masa aku beli dekat Giant harganya RM39.90 per box.
Joy box yang aku pilih...
Itu senarai jenis coffee yang aku dapat dalam kotak ni.
Total aku dapat 18 sachets...Banyak jugak tu.
Dapat dalam box macam ni.Ok jugak ni...
Ini design tumbler yang aku pilih. 
Of coz purple color. Aku pilih design yang simple je.

Ok..Dah boleh buat stock lepas ramadan nanti. Buat bekal bawak ke ofis pun boleh jugak ni. Aku kan dah ada tumbler Montigo Ace Bottle yang baru? 😁

Korang ada yang grab promo ni?

FROZEN GRAPE SLUSHIE FROM ZUS COFFEE

As Salam

Rasanya macam dah agak lama aku tak beli air dekat ZUS walaupun outlet tu hanya sepelaung je dari rumah. Memang boleh je order dari rumah then jalan kami tak sampai 10 minit untuk pick-up. Tapi disebabkan I AM NOT IN ZUS MOOD. Jadi idak la kita order apa-apa. Tapi aku order jugak sementara tunggu che mek habis kelas tuisyen. Aku order 1 jenis ye...order yang ini sebab terliur tengok warna purple tu...Lepas tu pulak kelmarin nampak Mummy Ayu ada beli. lagi la buat rasa tekak ni nak try jugek 😆..
Yummeehhhh...
Kongsi 3 orang....Selesai sebelum che mek habis kelas...
Ammar yang habiskan...Aku amik yang regular sweet. Ok je...
Masam grape tu ada la berasa. Not bad.
Dapat sticker & angpao ni jugak...
Lurve with the purple & lilac tu...
Sticker tu nanti yang tulisan cina tu aku mungkin akan bagi pada ofismate aku...
Yang gambar takde kaitan dengan CNY tu aku amik la 😆

Kelmarin 3 kali minum air manis. masa dekat ofis, masa makan dengan kids & air dari ZUS ni. Sampai rumah memang teguk air masak banyak-banyak la kome. Bahaya banyak sangat minum air manis dalam 1 hari. Biasa aku minum air manis sekali sehari tu 😆..Malam jarang aku minum air manis. Nak control diri sendiri yang rasa macam berat badan tak turun-turun..Maintain gitu je. 60kg atau 61kg. Aku target 60kg & below. Acaner tu?

Ini pun bila dah bawak bekal sarapan dekat ofis, waktu lunch aku jarang makan yang heavy sebab kenyangnya bawak sampai ke jam 1.30 petang. Lepas tu mula la perut berbunyi. Jadi memang kena makan nasi la balik rumah tu. Kalau aku tak bawak bekal, waktu lunch memang kena makan nasi. Tak tahan perut ni nak tunggu sampai jam 7 malam baru jumpa makanan berat 😁

Bersenam tu nampak sangat jauh betul perjalanannya..Aku tak pernah lagi gunakan fasiliti gym dekat rumah ni. Hata dah guna beberapa kali dah. Tengok la lepas raya nanti kita try ye. Mana tahu raya haji boleh pakai baju kebaya 😆

Korang dah start beli baju raya ke?

In Shaa Allah jam 10.30 pagi nanti kami akan mulakan perjalanan kami.

MAXIM COFFEE

As Salam

Sejak-sejak aku jumpa semula tumble ZUS selepas berpindah ni, datang pulak rajin nak buat 3 in 1 siap-siap dari rumah. Tapi buat tak penuh tumbler. Buat 3/4 je. Sebab semenjak 2 ni, OTW ke LRT rasa dahaga pulak. Padahal pagi-pagi kan tak panas sangat. Jadi pagi tadi aku rasa masih sempat untuk buat 2 sachets air kopi yang kak ipar bagi hari tu.

Demonyo tulih Korea. Kitenya orang PAYROCK..Ate mana nak paham kome. Jadi aku agak-agak je. Yang ada gambar cawan tu adalah KOPI.
2 sachets untuk 1 tumbler ZUS.
Serbuknya lebih kurang macam serbuk nescafe 3 in 1. Tapi coffee-nya bentuk macam flakes - chili flakes. Letak air panas senang je nak larut. Bau coffee-ny not so strong tapi tetap berasa. Aku buat bawak ke ofis. Sementara tunggu LRT sampai sempat la minum seteguk dua.
Gini la rupanya air tu kome...
Baru teringat nak snap bila dah nak habis pun air ni jam 10.30 pagi tadi.
Biasanya aku memang akan cuba habiskan air bergula yang aku buat sebelum jam 11.30 pagi. Melainkan aku dah kenyang sangat. Itu baru bawak sampai ke lunch hour 😆

Korang pulak macamana? Minum secawan kopi / non-coffee dekat ofis berapa lama nak habiskan?

1ST TRIAL MANGO LIME G-FRAPPE

As Salam

Hujung tahun hari tu gi redeem point yang ada dalam GIGI Coffee apps. Adalah dalam 1k++...Redeem 1k dapat RM10. VOucher tu akan expired 27/1/26 ni. Jadinya hari tu risau lupa nak guna, aku try la beli air ni pulak...Asyik kopi aje kan..Kita try la menu lain pulak...
Macam biasa order dalam LRT bila dah sampai stesen Masjid Jamek..
By time sampai dekat stesen Ampang Park, air ni dah ready to collect dah.
Ok ok je rasanya..Bukan dari fresh mango la...
Rasa macam dari kordial je 😆
Actual price RM15, aku redeem voucher RM10 jadi aku bayar lagi RM5 je.


Ok..Dah rasa yang ini..No repeat..Kita fokus on their coffee aje la...Korang dah try minuman non coffee dari GIGI coffee ni?

MANEH KEBENOR KOME

As Salam

Sebelum balik ke KB hari tu kan kami ada ke AEON AU2...Masa tengah jalan-jalan area coffee, aku nampak ade kotak ni under promo..Hanya RM9.90 per box..Normal price is RM12.90 kalau tak silap aku...Jadi marilah kita cuba sebab biasanya kalau ke Tealive, aku hanya amik Bang Bang Fresh Milk , Coco Smoothie with cookies & milk tea che mek..

Masa beli ni che mek amik matcha, aku amik caramel macchiato & Hata amik ape ntah la aku tak ingat...Pagi semalam aku try la buat sebab aku dah bawak ofis 1  kotak...
1 kotak ada 6 sachets..
Menarik jugak packging dia...
Semalam jalan jammed sebab area ofis aku ni 
adalah effected area ASEAN 2025...
Jadi akak food truck takde..Maka terpaksa la beli pau dekat myNews..
Apa pun air Caramel Macchiato ni manih leting kome...
Aku lebih suka Caramel Macchiato yang dijual di GIGI Coffee / ZUS Coffee / Kenangan Coffee / Aik Cheong atau yang lain-lain..Tapi kalau sekali sekala nak layan air ni dari Tealive ni pun ok je...

Korang dah try ke?

Hari ini ingat nak ajak Hata ke pasar Chow Kit...Tapi lupa dekat KL tu banyak jalan ditutup...Kalau nak gi Pasar Selayang pun takut MRR2 jammed...Aduhaiii..Mana lagi la nak cari lauk fresh selain dari Rosyam Mart???

NASKAN COFFEE - GUA MUSANG

As Salam

Sebelah hotel kami ade kedai kopi nama Naskan Coffee . Kedai kopi ni memang famous dekat Kelantan..Dekat area rumah hata dekat Kota Bharu tu pun dah ada beberapa cawangan dah...Lepas dinner, kami singgah la kedai ni..Harga tu harga standard kedai kopi la kome...

Kedai ni bukan jual kopi semata ye kome..Kedai ni jual makanan jugak..Ade chicken chop, cake macam-macam jenis, nasi pun ade...
Kami beli 2 air ni...Chocolate Mocha & Matcha Latte..
Tekak aku masih craving dengan cake...
Jadi aku beli 1 slice cake dieorg rege tak ingat tapi bawah RM15 per slice...
Aku amik cake batik indulgence ni...SEDAP 

Sementara nak tunggu air aku siap, aku tengok-tengok jugak la cake diaorang...memang banyak pilihan ye kome...Lebih dari 7 jenis...Terus aku cakap dengan Hata masa OTW balik KL nak singgah sini nak bungkus beberapa jenis cake sebab aku nak try...

Kedai ni bukak seawal jam 7 pagi sebab dieorg ada sediakan menu untuk breakfast jugak...Tapi apakan daya masa dah sampai Gua Musang tu hati aku tetibe je takde rasa nak tapau cake ni sebab hati aku rasa nak cepat sampai rumah..Ntah la..Tetibe je perasaan tu datang...Mungkin sebab aku tak nak bazir masa & tak nak mengadap jammed kot 😁

Jadinya tak jadi la tapau..Tak pe lah..Next time balik KB ade rezeki kami singgah la..Aku memang teringin nak rasa cake-cake yang ada dekat Naskan Coffee ni sebab nampak sedap...

Apa pun aku bersyukur sebab semalam perjalanan kami smooth je...Gerak jam 6.30 pagi, jam 1 ke 1.30 petang dah sampai KL..Kami singgah rumah baru sekejab sebab nak tengok progress...Alhamdulillah konkrit dekat table top dah mengeras & lantai pun dah sama rata...


Korang dah pernah rasa ke kopi naskan ni?


GIGI COFFEE - CHOCO AVOCADO

As Salam

Jumaat masa LRT dah sampai dekat stesen KLCC aku gatai pi bukak apps GIGI COFFEE..Sekali tengok ade promo lagi kome...Terus la order & tunggu dalam 2 minit dekat outlet GIGI COFFEE - MRT Ampang Park tu sebab ramai jugak beli order online. Mungkin sebab tengah dapat harga promo...
Cuaca mendung je hari Jumaat tu...
Hari tu aku naik motor dengan Hata ikut SPE ke LRT KL Sentral
Dapat beli air Avocado Chocolate...
Actual price RM12...Waktu beli dapat harga RM7.90
Rasa avocado choclate kali ni biasa je...Bukan smoothie..
Hari tu aku beli avocado mango..Sedap sebab kalau tak silap aku smoothie..
Dapat lagi sticker avocado...
Nak tampal mana ni? Dekat helmet? 😆


Kan bagus buat selalu promo rege bawah RM10 ni?😀

BOS DAH BALIK OFFICE

As Salam

Hari ini adalah hari terakhir promo GIGI Coffee - Bos Is Out Of Town Offer...Kali ni aku order air lain pulak sebab last day kan...
Dah nak sampai dekat stesen KLCC baru aku siap order...
Mujur la waktu sampai dekat Outlet tu, air aku dah siap 😁
Yeay!!!!!
Dapat lagi cup TOm & Jerry ni...
SIMPAN...Sampai rasa nak buang 😁

Kali ni aku try amik cappuccino pulak..Pahit sikit but ok la...Air ni takde option untuk sejuk / panas...Yang ada hanya panas je...Jadi sampai ofis, tuang dalam coffee thermal dan letak ais batu seketul dua...Selesai...

Minggu lepas & hari ni aje la dapat beli ni...Esok lusa tak sure lagi sebab harga dah back to normal range RM10-RM13 kan...Masa promo RM6.90 je...Bleh la beli...

Ok...Jom fikir nak dinner apa pulak malam ni...

GIGI COFFEE - CAFFE LATTE

As Salam

Semalam redeem lagi promo GIGI COFFEE  .Kali ni aku amik Caffe Latte pulak...
Semalam dapat paper cup tom & jerry ni...
Cute pulak aku tengok...

Jadi sampai office, transfer air ke coffee thermal Tyeso lepas tu bilas-bilas paper cup ni dengan air dan keringkan...Aku nak simpan sebab ntah bila lagi nak beli kopi under promo cheese tom & jerry ni...Under promo tom & jerry ni kalau tak silap aku ada 3 flavor je...Aku pernah beli flavor creamy chocolate...Memang pekat kome...Amik pulak promo yang buy 1 free 1 tu...Memang aku bawak balik 1 cup sebab tak dapat nak habiskan...Kaw giler chocolatye dia kome...

Hari ni kemana kita?

Pukul 7 pagi tadi Hata ajak aku brisk walk 1 round dekat taman sebelah...Lepas tu pegi breakfast & tapau food untuk kids...Kejab lagi nak jumpa kak ipar & family sebenarnya esok dia ada ajak lunch dekat rumah dia..Tapi macam tak dapat nak pegi sebab kan kami kena pegi wedding invitation dekat Shah Alam..Takut balik lambat & jalan jammed...

Jadi kami set la jumpa hari ni..Kebetulan abang ipar takde apa-apa program...

Esok In Shaa Allah jam 11.15 pagi kami akan gerak ke Shah Alam..Aku pakai baju kurung biasa je...Janji dengan budak ofis sampai dekat majlis jam 12 tengahari sebab pengantin masuk dewan jam 12.30 tengahari...Doakan perjalanan kami tak jammed ye kome..Jauh jugak dari Wangsa Melawati nak ke Shah Alam tu 😁


Esok nak pakai baju mane ek?

AKHIRNYA - KAU MILIKKU

As Salam

Hari Rabu, aku hampir-hampir je nak viral kan ZUS COFFEE dekat Taman Melawati tu...Sebab janji diCAPATI & rasa hampir kena scam with their wrong info...Sabar aje lah...Aku almost give up ye...Sebabnya aku nak beli tumbler ZUS yang purple plum sunset tu tapi kan dah lama tak stock up...Boleh baca cerita aku sebelum ini. Jadi semalam mase lepas selesai check mata dekat klinik prof Muhaya tu, Hata message aku untuk tengok apps ZUS Coffee dekat outlet Taman Melawati ade tak keluar tumbler tu untuk jualan sebab semalam takde dalam apps lagi seperti yang outlet tu janjikan..Bila tengok ada, terus la aku beli & buat self pick up option..Siapa yang pick up? Hata la....Hata cakap dia boleh pegi pick up sebab mata dah tak silau sangat macam masa mula-mula kena titik ubat..Tapi masa balik Hata memang kena amik grab.
Gigih screenshot order number ni then bagi pada Hata..
Alhamdulillah....Akhirnyaaaaa...
That's is my stage name..😁
Sebab majority cosplayer memang akan ada stage name...
(ehhhh..Cerita tentang cosplay pulakkkk...)
Masa amik aku dekat LRT, Hata bawak sekali tumbler ni untuk 
aku unboxing dalam kereta aje kome...Excited kebenor...😆
Mereka asingkan cup & lid
500ml - 17oz...
Aku plan nak guna tumbler ni waktu dalam kereta...
Tak perlu la Hata bawak balik tumbler dia yang besar tu ke rumah every friday...
Hata guna tumbler hitam dia every weekday dekat ofis...
Kalau outstation pulak kadang-kadang bawak...Kadang-kadang tak bawak...
Oh My Fevret colorrrr....💜💜💜
Purple lover je yang paham perasaan aku waktu tengok warna tumbler ni 😆
Untuk masukkan straw...Penutup lubang straw tu 
getah plastic yang rasa macam kukuh.
Aku dah beli straw ZUS dekat shopee..
In Shaa Allah next week sampai...
Ruang untuk minum air panas pun ok je pada aku..

Dalam tumbler ni ada 1 kertas yang ada QR code...Bukak apps ZUS COFFEE korang, lepas tu scan QR code pada kertas tadi...
Simple step & the QR Code..
Tak silap aku ini macam cara Starbucks kan?
Bawak tumbler starbucks masa beli air & dapat diskaun..
Benefits
System akan keluarkan option tumbler tu untuk kita pilih...
Ni aku pilih option pick up...Kalau pilih option delivery, 
takde la pilihan tumbler ni...

Kira untung jugak la kan? 10% off pun kalau beli sokmo berbaloi la cover balik cost beli tumbler ni...😆..Aku beli tumbler ni bukan semata untuk dapatkan diskaun 10% tu...Tapi untuk kegunaan sendiri jugak selain dari minum kopi...

Hari ni aku nak try beli kopi dekat ZUS & pilih option pick up & click tumbler..Aku nak tengok macam dieorang buat air then letak dalam tumbler baru ni 😆..

My tumbler collection is building up...😆
Actually aku memang ade berkenan dengan tumbler dari 1 brand ni...Mereka dah stock up..Tapi bila takde promo harganya diluar jangkaan pulak..Mungkin sebab keluaran dari their original brand...Jadi aku fikir kita letak dalam wishlist aje la dulu...Nanti duit dah berkepuk atau "tabung viral" dah ditanda sepenuhnya baru la kita fikir balik nak check out ke idak tumbler tu 😁



Esok kemana kome?