Showing posts with label CHOCOLATE. Show all posts
Showing posts with label CHOCOLATE. Show all posts

CADBURY CELEBRATION PACK

As Salam

Masa singgah sekejab dalam NINSO Kipmall hari tu, aku ada nampak celebration pack ni dekat rak coklat. Nampak menarik & nak tahu apa isi dalam kotak tu, jadi aku beli la 3 kotak ikut warna yang ada. Rasa macam excited pulak nak beli sebab.

Balik rumah baru la kita unboxing kotaknya... Dalam setiap kotak ada 5 items ni. Pada aku semuanya sedap. 😁. Mungkin boleh buat gift pada kawan-kawan yang terdekat. Boleh jugak jadi idea untuk aku bagi gift pada kawan-kawan masa birthday aku tahun depan. Harapnya Allah panjangkanlah umur aku sampai tahun depan. 😁
Pada aku packaging dia cantik. 😁
Items dalam pack ni pada aku semuanya menarik & sedap untuk dimakan.
Tapi lepas tu kena minum air banyak sebab coklat kan manissss...
Semua items sama dalam ketiga-tiga kotak yang aku beli tu.

Ini kalau nak buat goodie bag masa hari raya untuk bagi pada anak-anak sedara & cucu-cucu sedara yang dah berderet dekat kampung ok jugak ni kan? Tak payah fikir nak letak apa , berapa items & nak cari plastic bag. Bagi aje sekotak ni terus dengan duit raya. Settled. 😁

Korang pernah try beli ni?

GIGI COFFEE RAYA SERIES

As Salam

Semalam masa dalam LRT tetibe terlintas dalam kepala yang aku dah lama tak click proceed order dekat GIGI Coffee Apps. Lepas belek-belek apps, tengok-tengok voucher 50% OFF untuk raya series masih belum ditebus lagi sedangkan aku dapat voucher ni dari bulan puasa hari tu lagi. Kalau tak silap. Jadi kita redeem la try rasa salah satu flavor yang ada. Aku amik ini :
Actual price RM14, lepas redeem voucher 50% off, aku hanya bayar RM7 jew.
Topping dia ada pistachio & cream kot ni...
Pada aku SEDAP!!!

Masa Ammar warded dekat KPJ Ampang aku ada beli jugak minuman berasaskan pistachio ni. Rasanya under ZUS coffee. Itu pun sedap jugak. Untuk raya series ni Gigi Coffee ada buat 3 jenis...
Yang G-Frappe tu nampak sedap jugak 😁


Korang dah try?

AL SULTAN PUNYA CERITA

As Salam

Lepas berbuka, masa dekat kaunter bayaran, pihak kedai ada letak rak penuh dengan kunafa. Che mek tetibe je jadi kanak-kanak riang bila nampak coklat ni. Beriya mintak kami belikan. Nak merasa katanya. Padahal kak ipar aku pernah je bagi kami merasa pelbagai jenis kunafa ni. Kali ni nak rasa yang ini pulak katanya. Bukan murah ye kome. RM35 ni.
Inilah coklat yang che mek nak sangat tu...
Aku makan 1 cube kecik tu je. 
Patah dua gini dah nampak meleleh pistachio tu...
Closed up sikit tapi terang bebenor pulak pencahayaannya kome.

Che mek & Ammar approved coklat kunafa ni. AKu dah pandang Hata dah. Aku cakap tak boleh makan selalu. Manis. Nanti gigi rosak . Lepas tu kids gelak. 😆