UNBOXING : KOTAK BERLABEL LAGI


Sehari dua lepas memang kerja aku & Hata unboxing kotak-kotak yang dibawak ke rumah ni dari rumah lama. Memang tak selesai lagi tugasan ni. Sabtu Ahad settled yang lain. Isnin Selasa unboxing lagi. Tapi tak sangka pulak masih ada yang perlu kami BUANG sebab rasa macam untuk apa disimpan lagi sedangkan kami dah tak perlukan atau tak gunakan pun. Jadi semakin banyakla bungkusan plastic hitam yang dibukak dan diisi dengan barang-barang yang akan kami buang...


Macam tak percaya..
Dah sorting dari rumah lama pun masih ada yang nak dibuang 
semasa di rumah baru...Tapi takpelah..Janji tak sakit mata kami 
melihat barang-barang tu.
Berjaya susun sikit-sikit tupperware collection
Memang NIAT nak guna semuanya..
Tak nak dah simpan-simpan. 
Alhamdulillah setakat ni memang ada yang kami dah guna...

Hari tu Hata rajin nak prepare breakfast untuk his little hero. Sekali jalan dengan bekal breakfast kami berdua. Hata buatkan sandwich telur + chicken slice & kentang rebus.
Aku makan masa breakfast..Kenyang yang amat 😍

Esok pagi In Shaa Allah nak keluar gi cari lauk sebab esok lepas maghrib aku ade buat majlis sikit..Nanti aku share sini ye..Doakan semuanya berjalan lancar ye..Amin..

4 comments:

  1. Mesti akan ada lebihan barang yang x perlu simpan kan...selalunya memang macma tu..tapi kalau x guna elok buang la..xde semak mata ye tak..tudia koleksi tupperware dia...

    ReplyDelete
  2. MZ doakan majlis nieza berjln lancar.aamiin

    ReplyDelete
  3. Cie dah lama tak membeli tupperware. Pakai mana yang ada je.

    ReplyDelete
  4. SA : Betul tu sis..Ade je =D

    MZ : Amin..Thx sis =D

    Cie : Sama la..Sy pun skrg ni dlm proses PAKAI SEMUA =D

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.