As Salam
Ni cerita throwback kisah anak-anak kami yang pertama kali berdikari balik rumah sendiri selepas van hantar sampai ke pintu lobby lift. Ammar pulak Hata dah ajar untuk bawak sendiri bag sekolah agama dari sekolah kebangsaan ke SRA. Hari pertama persekolahan anak-anak aku OK..Che mek jam sekian-sekian sampai rumah dah kol bagitahu dia dah sampai rumah dengan selamat.
Hari Isnin jam 6.20 petang aku & Hata sampai rumah. Kami naik motor untuk minggu ni sebab memang confirm jammed kalau naik kereta. Even ikut SPE pun sama naik jammednya dkt Brickfield tu. Dekat lift Hata dah tanya aku Ammar dah sampai rumah ke belum ye??? Aku jawab rasa macam belum lagi ni Kak Ju mesti akan hantar yang lain dulu sebab rumah kak Ju area rumah kami je. Lepas tu Hata boleh pulak suruh aku naik dulu dia nak tunggu Ammar sampai. Aku jawab tak payah tunggu..Biar Ammar cuba naik sendiri di hari pertama ni.
Hata pun setuju dan naik ke rumah sama-sama..Sampai rumah tekan loceng tapi pintu tak bukak..Rupanya che mek tidur...Lepas letak bag semua, Hata masih lagi tak boleh duduk diam..Hata cakap dia nak turun tunggu Ammar..Aku ni tarik nafas panjang sikit dan jawab...In Shaa Allah Ammar OK aje tu...Kak Ju tak kol cakap apa-apa means takde apa-apa la tu.
10 minit lepas tu kami dengar bunyi loceng rumah berbunyi..Hata dulu ke depan pintu dan bukakkan pintu untuk Ammar...Dua-dua tersenyum lebar...Lega la hati Hata bila tengok little hero dia berjaya naik ke rumah sendiri dan selamat.
Ni macam first time la aku tengok Hata gundah gulana tunggu anaknya balik ke rumah. Aduhai..Age faktor mungkin. Ni si cucu sedara pulak nak datang rumah kami...Masa kak ipar kol Hata, dia pun menyelit...
Cucu Sedara : " Nak cakap dengan tok chik"
Kak Ipar : "Aduhai..Ni cucu nok kecek ni"
Cucu Sedara : " Tok Chik..Saya nak mandi kolam"..
Hata : " Datang la rumah tok chik"..
Lepas tu ketawa besar la si Hata ni dengan gelagat cucu sedara kami - anak kepada anak sedara Hata. Gini la bila dah 11 tahun takde anak kecik..layan cucu sedara pun hati dah rasa seronok. Kan? Aku Ok je sebab dekat kampung pun ade ade 14 orang cucu sedara. In Shaa Allah bulan February nanti dapat dapat sorang cucu sedara. Kau rasa?
Semoga hubungan kekeluargaan ni akan terpelihara hingga hujung nyawa...Amin
4 comments:
Akak pun cucu saudara lagi lah berderet. Cucu saudara dah kahwin 2 orang tapi takde rezeki lagi kalau tak dah dapat cicit akak. huhuhuhu dah tuanya aku.
belah suami ramai gak ada cucu sedara. hahabila mereka panggil wan, rasa cam adoi tua dah aku. haha. belah saya , saya anak sulung
Risau seorang bapa bila anak belum sampai rumah.
Comel je, nak datang rumah tok chik, mandi kolam. 😁
Kalau akak pun sama risau..anak buah sorang tu manja kededek, kuat cembeng..hari2 akak tanya ibu dia..ok x dia sekolah..ye la akak dan arwah mak jaga diorang dari kecik masa dalam pantang kan...dah masuk darjah 1sekejap aje masa berlalu...
Post a Comment