As Salam
Ahad malam Isnin tetibe mata ni sakit aje tengok kabinet untuk spice aku dekat dapur tu. Jadi lepas dinner, aku start slowly mengemas, mengelap, asingkan, masukkan dalam bekas lain & refill mana-mana yang dah sikit. Aku ada beli mixed herb dari Rosyam Mart sebab mixed herb yang aku biasa guna tu takde stock dekat sana. Bila aku perati betul-betul, mixed herbs tu kasar-kasar aje semuanya. Jadi aku keluarkan blender & blend kering sampai ke tahap halus yang aku nak. Lepas tu masukkan dalam tupperware kedap udara & ada yang aku refill dalam bekas mixed herbs yang sedia ada. Stock lada putih & asam jawa pun aku refill jugak.
Lapang sikit mata aku menengoknya kome. Kalau tak tu rasa serabut je. 😆
Ini dekat rak atas. Dekat tepi stove ada bekas garam, serbuk perasa, kunyit, cube ayam, cube ikan bilis & asam keping. Kiranya area ni adalah area yang tak selalu guna. Area tepi stove tu adalah area senang nak capai sebab selalu guna. Gitewww...
Stock Chicken tender.
Ahad pagi aku & Hata ke Rosyam Mart beli stock frozen boneless chicken breast. Jadi Ahad malam Isnin tu aku asingkan siap-siap masuk dalam bekas tupperware yang besar untuk chicken breast yang belum dipotong. Amik 1 bekas dan aku potong, marinate dan masukkan dalam tupperware yang kecik-kecik untuk sekali bakar. Jadi dari tupperware IKEA hijau transparents sampai bawah warna merah tu adalah chicken tender yang aku siap marinate untuk sekali masak.
Malam sebelum nak masak pagi esoknya aku amik sebekas dan akan letak dekat tempat peti sejuk yang biasa biar dia slowly defrost. Tupperware hijau fluorescent sampai merah bawah tu adalah chicken breast yang aku belum potong & belum marinate. Nanti dah habis stock yang dah marinate baru aku ulang proses yang sama. Stock telur sepapan pun aku dah beli. Nak beli stock wrap dekat Rosyam Mart takde pulak. Jadi semalam waktu lunch hour aku ke Village Grocery dalam Avenue K.
Bila mood mengemas tu datang, semua rasa nak dikemas & dibuang. Nak bagi mata ni lapang. Sebab dah lama sakit masa dekat rumah lama. Alhamdulillah semalam 2 lagi order aku dah sampai. Completed semua 5 order. Dah boleh start enjin dah ni. 😁
Korang buat apa bile mood mengemas dapur datang menyeru?



0 comments:
Post a Comment