As Salam
Semalam adalah hari yang tak dapat dilupakan. Saje planning nak ber-hi-tea dekat hotel sempena hari lahir aku. Aku tak nak makan western atau apa. Saja nak merasa hi-tea. Jadi Hata tanya customer yang sewa costume Deadpool Hata dulu. Dia Manager dekat St.Giles hotel Mid Valley tu. Lepas tu dia pun booking slot untuk kami. Jadinya semalam jam 10.30 pagi kot kami keluar dari rumah. Memang tak breakfast sebab kononnya nak simpan ruang. 😆
Jam 11 pagi sampai Mid Valley. Dapat pulak parking yang dekat betul dengan pintu masuk St.Giles hotel walaupun parking kami adalah dekat P2. Hi-Tea start jam 12 tengahari. Jadi kami round-round dulu dalam Padini, AEON, JD Sport. Jalan-jalan saja memang tak beli apa pun waktu tu. Jam 12 tengahari kami naik lift ke level 9 St.Giles hotel. Sampai-sampai dekat depan entrance, sebut nama Hata then kami pun diiring ke meja yang telah dibooking.
Sampai-sampai tu aku dah jeling dah menu makanan yang disediakan. Aku baru perasan yang semalam adalah hari bapa jugak. Jadi aku cakap dengan Hata. Kita tukar la dari hari bapa ke harijadi saya. 😆. Sini aku share apa menu yang mereka sediakan semalam.
Meja kami dekat bahagian luar dewan hujung sikit.
Tapi masih senang nak pegi amik makanan.
Alhamdulillah ada rezeki nak celebrate birthday dekat waktu hi-tea.
Sekeping sebelum pegi amik makanan.
Sekeping with Hata.
My amanah 💜
Karipap ni nampak sedap tapi aku tak amik sebab dah kenyang.
Fried vege. Aku amik brokoli celup tepung.
Fishcake pedas. Not bad bila makan dengan sos cili thai.
Rasa macam makan dekat Aroi Thai 😁
Sotong. Sedap makan dengan tartar sauce.
Nasi seafood butter ni OK je. Aku amik nasi sesudu,udang ,sotong & clams

Sebelum balik Ammar makan mee kari ni semangkuk. Ammar cakap sedap.
Ini ikan. Ikan apa aku tak sure. Ok je rasa dia.
Beef wellington yang masih belum diusik. Menu ni memang sedap kome.
Nampak macam giant bread.
Raw salmon. Not bad jugak rasanya ni kome. 1st time aku makan.
Burger.Aku tak amik sebab portion dia besar sdikit dari mini
burger dekat Lot 10 hari tu.
Sedap. Slice shicken.
Coleslow ni ngam dengan tekak aku.
Chicken cube dengan capsicum. Not bad bila makan dengan thousand island.
Pada aku rasa macaroni ni macam rasa kerabu macaroni 😆
Port fevret. Rojak buah sebab kuah rojak dia sedap & pekat.
3 jenis keropok. Aku amik untuk buat kudap-kudap sementara tunggu makanan hadam.
Masa kami tengah makan, ada seorang clown datang. Dia wish happy father's day pada Hata dan buatkan belon bentuk heart & pistol untuk Ammar & che mek. Waktu ni ramai chinese & indian yang datang makan. Family melayu boleh kira dengan jari. 😁. Sini aku share apa yang aku makan. Alhamdulillah kenyang sangat kami semalam sampai ke lepas maghrib baru dinner masak kari telur rebus request by Ammar.
Dalam mangkuk tu bubur jagung & sago. Sedao.
Bread pudding tu sedap kome. Hata sampai makan 3 kali.
Main course aku. Semua sedap & berasa.
Sebelah kepah tu adalah lasagnia. Sedap jugak tu.Aku amik serba sikit je sebab tahu ruang dalam perut ni tak besar sangat. Nak rasa banyak jenis, kena amik serba sikit.
Rojak buah aku amik semangkuk.
ABC ni OK je. Cuma tak cukup sifat sebab takde susu.
Sepanjang tempoh makan, aku langsung tak amik air manis. Hanya minum air suam yang tersedia diatas meja. Cuma masa nak amik keropok ni lepas habis makan main course, aku nampak ade coffee ice. Jadi aku amik separuh gelas kecik ni. Memang kaw kome. SEDAP.
Mee kari Ammar. Licin Ammar makan kome.
Deko dekat tepi main dishes.
Kami duk dalam ni dalam sejam setengah. Lepas rasa makanan dah hadam & boleh berjalan dengan tenang, baru la kami bergerak balik. Actually clown tadi ade buat mini game untuk bapa. Tapi Hata malu nak join. Ada photo booth jugak. Tak sempat nak pegi bergambar dekat sana sebab. Ingatkan masa nak gerak balik tu nak jugak la bergambar. Sekali tengok depan photo booth tu mereka buat mini game. Jadi dah ramai la orang dekat sana & kami pun batalkan niat untuk bergambar.
Sebelum balik kami jumpa person yang sewa costume Deadpool Hata dan kami pun terus la gerak. Singgah guardian untuk beli stock redoxon dan panadol. Sampai rumah jam 2.10 petang. Aku cakap dengan Hata aku mengantuk sangat ni sebab makan terlalu banyak. Jadi aku lelap sekejab sampai jam 3.30 petang.
Terima kasih pada PIC St.Giles hotel sebab bagi slot hi-tea pada kami. Tak sangka tercapai hasrat nak ber hi-tea dekat hotel sempena bithday aku tahun ni. Bulan depan birthday Ammar pulak. Kita tunggu la awe ni request nak makan apa pulak untuk birthday dia. 😁
Nak kena cari hadiah birthday Amamr la pulak ni.😀
































0 comments:
Post a Comment