Showing posts with label Hotel. Show all posts
Showing posts with label Hotel. Show all posts

FROM FATHER'S DAY TO MY BIRTHDAY

As Salam

Semalam adalah hari yang tak dapat dilupakan. Saje planning nak ber-hi-tea dekat hotel sempena hari lahir aku. Aku tak nak makan western atau apa. Saja nak merasa hi-tea. Jadi Hata tanya customer yang sewa costume Deadpool Hata dulu. Dia Manager dekat St.Giles hotel Mid Valley tu. Lepas tu dia pun booking slot untuk kami. Jadinya semalam jam 10.30 pagi kot kami keluar dari rumah. Memang tak breakfast sebab kononnya nak simpan ruang. 😆

Jam 11 pagi sampai Mid Valley. Dapat pulak parking yang dekat betul dengan pintu masuk St.Giles hotel walaupun parking kami adalah dekat P2. Hi-Tea start jam 12 tengahari. Jadi kami round-round dulu dalam Padini, AEON, JD Sport. Jalan-jalan saja memang tak beli apa pun waktu tu. Jam 12 tengahari kami naik lift ke level 9 St.Giles hotel. Sampai-sampai dekat depan entrance, sebut nama Hata then kami pun diiring ke meja yang telah dibooking.

Sampai-sampai tu aku dah jeling dah menu makanan yang disediakan. Aku baru perasan yang semalam adalah hari bapa jugak. Jadi aku cakap dengan Hata. Kita tukar la dari hari bapa ke harijadi saya. 😆. Sini aku share apa menu yang mereka sediakan semalam.
Meja kami dekat bahagian luar dewan hujung sikit.
Tapi masih senang nak pegi amik makanan.
Alhamdulillah ada rezeki nak celebrate birthday dekat waktu hi-tea. 
Sekeping sebelum pegi amik makanan.
Sekeping with Hata.
My amanah 💜
Karipap ni nampak sedap tapi aku tak amik sebab dah kenyang.
Fried vege. Aku amik brokoli celup tepung.
Fishcake pedas. Not bad bila makan dengan sos cili thai
Rasa macam makan dekat Aroi Thai 😁
Sotong. Sedap makan dengan tartar sauce.
Nasi seafood butter ni OK je. Aku amik nasi sesudu,udang ,sotong & clams
Sebelum balik Ammar makan mee kari ni semangkuk. Ammar cakap sedap.
Ini ikan. Ikan apa aku tak sure. Ok je rasa dia.
Beef wellington yang masih belum diusik. Menu ni memang sedap kome.
Nampak macam giant bread.
Raw salmon. Not bad jugak rasanya ni kome. 1st time aku makan.
Burger.Aku tak amik sebab portion dia besar sdikit dari mini 
burger dekat Lot 10 hari tu. 
Sedap. Slice shicken.
Coleslow ni ngam dengan tekak aku.
Chicken cube dengan capsicum. Not bad bila makan dengan thousand island.
Pada aku rasa macaroni ni macam rasa kerabu macaroni 😆
Port fevret. Rojak buah sebab kuah rojak dia sedap & pekat.
3 jenis keropok. Aku amik untuk buat kudap-kudap sementara tunggu makanan hadam.

Masa kami tengah makan, ada seorang clown datang. Dia wish happy father's day pada Hata dan buatkan belon bentuk heart & pistol untuk Ammar & che mek. Waktu ni ramai chinese & indian yang datang makan. Family melayu boleh kira dengan jari. 😁. Sini aku share apa yang aku makan. Alhamdulillah kenyang sangat kami semalam sampai ke lepas maghrib baru dinner masak kari telur rebus request by Ammar.
Dalam mangkuk tu bubur jagung & sago. Sedao. 
Bread pudding tu sedap kome. Hata sampai makan 3 kali.
Main course aku. Semua sedap & berasa.
Sebelah kepah tu adalah lasagnia. Sedap jugak tu.Aku amik serba sikit je sebab tahu ruang dalam perut ni tak besar sangat. Nak rasa banyak jenis, kena amik serba sikit.
Rojak buah aku amik semangkuk.
ABC ni OK je. Cuma tak cukup sifat sebab takde susu.
Sepanjang tempoh makan, aku langsung tak amik air manis. Hanya minum air suam yang tersedia diatas meja. Cuma masa nak amik keropok ni lepas habis makan main course, aku nampak ade coffee ice. Jadi aku amik separuh gelas kecik ni. Memang kaw kome. SEDAP.
Mee kari Ammar. Licin Ammar makan kome.
Deko dekat tepi main dishes.

Kami duk dalam ni dalam sejam setengah. Lepas rasa makanan dah hadam & boleh berjalan dengan tenang, baru la kami bergerak balik. Actually clown tadi ade buat mini game untuk bapa. Tapi Hata malu nak join. Ada photo booth jugak. Tak sempat nak pegi bergambar dekat sana sebab. Ingatkan masa nak gerak balik tu nak jugak la bergambar. Sekali tengok depan photo booth tu mereka buat mini game. Jadi dah ramai la orang dekat sana & kami pun batalkan niat untuk bergambar. 

Sebelum balik kami jumpa person yang sewa costume Deadpool Hata dan kami pun terus la gerak. Singgah guardian untuk beli stock redoxon dan panadol. Sampai rumah jam 2.10 petang. Aku cakap dengan Hata aku mengantuk sangat ni sebab makan terlalu banyak. Jadi aku lelap sekejab sampai jam 3.30 petang.

Terima kasih pada PIC St.Giles hotel sebab bagi slot hi-tea pada kami. Tak sangka tercapai hasrat nak ber hi-tea dekat hotel sempena bithday aku tahun ni. Bulan depan birthday Ammar pulak. Kita tunggu la awe ni request nak makan apa pulak untuk birthday dia. 😁

Nak kena cari hadiah birthday Amamr la pulak ni.😀

HOTEL MUTIARA - GUA MUSANG, KELANTAN

As Salam

Alhamdulillah semalam kami selamat sampai dekat Hotel Mutiara - Gua Musang...Walaupun banyak kereta dekat jalanraya tapi trafik masih terkawal means kereta sentiasa bergerak tanpa jammed walaupun hujan dari KL lagi & di sesetengah kawasan OTW ke Gua Musang...

Sebelum aku start cerita tentang hotel ni, aku nak bagitahu yang aku MC semalam..Semua gara-gara terlucutnya kotak bed frame yang sampai pagi Khamis..Khamis malam jumaat lepas balik dari tengok progress kitchen kabinet, test air-cond & tengok sofa serta meja makan yang sampai pada hari yang sama, aku & Hata try la masukkan kotak bed frame yang beratnya 34kg...Masa nak masuk rumah tu tetibe tangan aku terlucut dari kotak yang buatkan aku terjatuh secara mengiring..Udah dari bahu bawak ke pangkal peha aku rasa kejung..

Malam tu apa lagi..Makan pain killer, muscle relaxation & tampal hot patch lah...Esoknya (Jumaat) belakang alik kiri aku masih rasa sengal & lenguh-lenguh...Tidur pun tak selesa mengiring ke kiri..jadi ke klinik la aku pagi tu...
Hotel ni memang betul-betul dekat simpang empat Gua Musang tu...
Hotel ni ade 3 jenis...Studio, 1 room & 2 rooms..
Kami amik yang jenis studio je... RM140/nite
Studio kami level 4...Hotel / service apartment ni ada 6 tingkat...
Masuk studio ni, alik kiri ade rak gantung baju tapi aku 
lupa nak amik gambar...Lepas tu kita akan nampak sinki & table top...
Bilik air dia luas jugak...
Water heater...
Tetibe Hata cakap nak letak dekat master bedroom..
Aku geleng kepala je...
Lagi hebat dari hotel sebab peti sejuk besar, ade microwave lagi 😆
Iron board & iron pun ada..
Katil kami...
1 single, 1 queen...
TV rack...
Hebat ye ade netflix 😁
View dari bilik kami...

Hotel ni sangat convenience ye kome sebab alik kanan hotel ni ade pasaraya econsave, alik kiri ada Naskan Coffee..Belakang bangunan ni ada beberapa kedai makan, ade kedai ECO, Big Farmasi, kedais kasut...Seberang jalan simpang 4 tu ade macam-macam kedai lagi...Bank pun ada...Senang sangat kalau nak cari barang-barang asas...

Lepas self-check in sebab studio ni macam ade owner & bukan under hotel Mutiara..Jadi dia bagi instructions untuk amik kunci dekat mail box...Lepas letak bag semua, kami pegi la jalan-jalan sampai ke belakang hotel ni...Kami makan dekat kedai ni...
Kami amik menu ni sebab memasing pun lapar...
Telur dadar, paprik ayam & kerabu perut (takde dalam gambar)

Pada tekak aku semua menu sedap kecuali tomyam daging tu..Lain sikit rasa dia..Rasa lite sikit...Tapi kerabu perut tu memang sedap..Portion pun banyak...Lepas makan kami balik bilik untuk berehat..Memasing dah penat..Pinggang aku pun belum ok sepenuhnya...

Tapi OTW ke bilik studio tu kami ade singgah 1 kedai ni..Kedai apa?Nanti aku cerita...Waktu aku post entry ni, kami dah dalam perjalanan ke Kota Bharu..Doakan perjalanan kami selamat pegi, selamat sampai & selamat pulang semula ke KL ye..Amin..


Korang buat apa hari ni?

IFTAR AT ST.GILES BOULEVARD - MID VALLEY

As Salam

Sebelum balik KB meh la kita update iftar bersama bos & ofismate ye...Hari Rabu tu kami gerak dr ofis jam 5pm sebab nk tunggu asar dekat ofis..Lepas semua dah siap kami pun gerak..Alhamdulillah perjalanan hanya makan masa dlm 30 minit. Kami naik kereta ofismate kami ber 5. Smp je parking kami jalan2 kejab dlm mid valley tu..Pkol 5.45pm naik level 9 utk ke hall selera bonda...Pada aku strategik jugak susunan meja makan & tempat ambil makanan..

Pintu masuk ade meja sikit...Alik kiri 1 ruang utk makanan mcm pasta, rojak,ABC, desset, pastry, cut fruits, fresh fruit yg belum berkopek, sup, nasi & lauk2 sikit..Masuk dlm hall hanya ada meja makan & pentas kecik je...Pegi ke pool sebelah sana hall mkn ade gulai, nasi, kambing golek, goreng2 celup tepung, goreng pisang, goreng cempedak, sup, lauk2 dalam kuali cedok sendiri.

Pkol 6pm kami keluar semula dr Hall utk pegi teman ofismate nk mencari kasut raya..Kami ke TOMAZ..Pergi ber 5...Sorg yang planning nk beli to tiap kali pilih design yg dia berkenan, size xde la, warna dipilih xde stock la..Alih2 dia x jadi beli tapi yang sorang lg pulak beli sepasang sbb dia ade berkenan dgn design kasut tu...Lepas membeli kami blk semula ke hall & start pilih2 makanan..
Mid Valley Center Court ade deco ni...
Terasa tersangat "acik-acik" aku waktu ni ye...😆
Ni waktu nk turun semula pegi TOMAZ...
Mirror selfie sekeping ...
Kambing golek...
Makan share2..CUuma pada aku mgkn sebab kambing ni dipotong agak tebal jadi x berapa senang nk mkn...Portion jadi besar tu satu suapan 😆
Aku amik 4 pcs je...
Goreng2 & sayur sikit...
Sotong dia x sedap sbb mcm terlalu kering..
conet ayam sedap, chicken tender ok...
Cempedak goreng superb sebab isi dia besar 😁
Ni semua kami mkn kongsi ber3 ye kome...
Bukan portion aku sorang...
Satay amik 2 cucuk sorang...
Sedap sebab both daging ayam & lembu lembut, berasa...
Sesudu setiap jenis nk buat raso2...
Sepinggan ni utk aku sorg...
Semua sedap...
Percayalah bahawasanya waktu iftar ni aku x amik nasi langsung...
Semua sebab nk merasa makanan yang banyak sgt pilihan...
Ini pun x sempat nk amik ABC 😆
Udang besar jgk...Masak lomak cili padi...
Amik 2 ekor sorg..
Siput sedut semangkuk kecik...
Aku igtkan sikit je..
Sekali start makan mcm lama plk nk habis..
Banyak jgk walau sesenduk je ye...
Fresh fruits & cut fruits...
Kongsi 3 org jgk
Aku amik 1 small slice cheese cake...Sedap kome 😆
Dessert pastry & fruits lagi...
Tapi ini bukan share...Ini pinggan ofismate aku...
Gmbr berjoget sikit sebab nak cepat...
Nak gi tempat kambing golek 😆
Pastry lagi...
Sama jgk bukan aku punya 😁
Dieorg ckp semua sedap kecuali pastry croissant yg ade slice strawberry tu...
Takde rasa sgt... 
Semeja dah nak penuh dah ni kome...
1 group sebelum bergerak ke pool untuk bergambar
Selfie kelam kabut & selfie risau terterjun dalam kolam 😆
Sekeping lagi...
Belakang kami tu pool 1.2mtr
Bos mintak staff hotel tolong snap gmbr kami.
Lepas bos gerak, aku hulur fon dekat despatch ofis...
Ini namanya pose tunjuk kasut 😆
Posing nak cari pasal 😆
Bagus la Baju kurung ni sbb buatkan aku nampak kuyus cikit 😆
Pose bagi angin masuk keTi@k 😆
Pose ape ni? ROck the World 😂
Pose tido kekenyangan 😆

Lepas bergambar kami masuk semula dalam hall nk bg makanan turun ke perut rehat kejab...Actually sambil2 ni kami dihiburkan dengan nyayian dari artis ani mayuni, kelly ape ntah namanya, AC Mizal, Siti Saerah ye nama kakak CTDK? Lepas tu Joey Rahman pun ade bg gift bag..Tapi aku malas nk ke depan amik...Sempat jgk la jumpa mamat yg sewa costume Hata..Dia floor manager buffet sini...

Dalam pkol 9pm kamu keluar dr tempat buffet...Memasing bawak haluan masing2 dan aku dengan sorg lagi ofismate lepak dekat sofa lobby sementara aku tunggu Hata smp & sorang lg tunggu partner dia smp...Tengok2 partner dia sampai dulu...10 minit lepas tu Hata pun sampai. Dr Mid Valley kami terus balik rumah je.. Lepas makan ubat batuk terus Zzzz....


Alhamdulillah hari ni bos bagi Malay staff balik pkol 3.30pm.
Hari ni dah kena kemas bag utk bwk blk KB...
Korang yg balik kampung tu balik bila?