Showing posts with label Photography. Show all posts
Showing posts with label Photography. Show all posts

WORDLESS WEDNESDAY : #27

As Salam
Malam BBQ night hari tu masa nak mengemas, kami nampak bulan penuh yang cantik...Memasing angkat fon & on camera.
Aku pun tak terkecuali untuk capture view ni.
This is what i got from my fon lens.
Lepas tu kucing kak ipar si Mochi tu duk main aci kejar pulak dengan cik T 🐁.
Cik T tu tak bergerak sebab kalau dia bergerak, Mochi laju je kejar & cengkam dia dengan tangan mochi yang comel tu. 😆

OOPSSSS!!! I DID IT AGAIN!!!

As Salam

Entah la..Dah beli yang lain, tetibe keluar pulak iklan yang lain yang lagi menarik. Kenapa la waktu nak beli yang sebelum ni tak keluar atau tak jumpa pulak yang ini??? Menyesal?? Ada la sikit. Tapi rasanya barang tu boleh diwarisi. Mujur la yang dibeli sebelum ni tak makan modal yang besar. Below RM20.00 je.😁
Kisahnya macam ni. Bila seorang Nieza tengok gadget yang lagi best dengan harga yang memang mampu milik,maka iman ni memang tergugat kome. Jenuh tepis tapi tetap jugak la nak grab peluang dan voucher yang diberikan waktu tu. Ini semua penangan SALE 6.6. Rege dari RM30.00-RM50.00 & ke atas terus jadi bawah RM30.00. Mau tak mengeletar jari aku ni nak tekan add to cart & check out terus.

Inilah gadget yang berjaya menggugat iman aku. Ya Allah..Seronok dia bukan kepalang sebab masa test memang senang betul nak connect. Lepas tu pencahayaan dia memang cantik. Magnetnya pun melekap dengan kuat. 😆
Sama-sama sebab bagi harga yang mampu dimiliki & berfungsi dengan baik. 😁
Inilah gadget terkini yang aku beli. 
Lagi advence dari gadget yang sebelum ni. Ini bukan selfie stick macam yang aku beli sebelum ni. Ini adalah shutter yang gantikan shutter dekat screen telefon. Aku kan memang suka benda-benda gini.😁
Ini yang diberikan dalam set yang aku beli.
Shutter , mirror , lighting , USB cable type C & ring magnetic.

Shutter guna battery bulat dan boleh ditanggalkan dari based tu, lighting adalah rechargable. Magnet ring pun dapat sekali. Warna silver dekat bulat shutter tu tempat letak lighting. Memang grip kuat. Cumanya aku kena pilih nak tampal ring untuk connect shutter dengan fon tu pada fon casing yang mana. Mujur la aku ada beberapa lagi stock casing fon. Jadi buat sementara waktu ni boleh la pilih mana-mana dulu. Connection antara shutter & fon macam biasa guna bluetooth. Senang sangat nak pairing & connect. Fungsi dekat shutter ada snap, zoom in, zoom out & tukar camera ke fungsi rear atau selfie. Lighting pun ada 3 mode warna.
Ini contoh gambar yang aku snap guna shutter & lighting.
No edited, no auto brightness. Memang terang benderang.

Kesimpulannya aku super suka dengan gadget yang terbaru ni. Lebih suka dari selfie stick yang sebelum ni. 😆. Hanya orang yang selalu atau pernah pegang DSLR je yang faham perasaan aku ni bile dapat shutter macam ni kome. Nak pegang DSLR rasanya macam tidak dah. DSLR yang sedia ada dekat rumah ni pun yang basic & dah lama tak dihidupkan. Nanti-nanti nak kena hidupkan dan bawak gi service jugak tu. Sayang. Nanti lain kali boleh guna kalau diperlukan.

Mujur la aku masih waras untuk tidak membeli telephoto extender kits untuk henfon yang baru ni. Kalau tak fikir panjang, memang menjeling la Hata tengok aku beli tu dekat official store VIVO. Dekat luar pun ada jual tapi rege dia lebih dari harga segram emas 916. Dekat 3 gram emas 916 jugak regenya kome.😆

Jangan marah ye. Udah kita suka, lepas tu dalam budget. Memang idak le teman lepaskan peluang ni. Apa pun aku SUKA!!!!!

MINI TRIPOD SELFIE STICK

As Salam

Itulah aku cakap bahaya duduk rumah sorang-sorang tanpa buat kerja. Sebab tak boleh buat. Kalau buat tempat operation tu akan rasa sakit. Jadi memang kena duk diam-diam macam orang dalam pantang. Kadang-kadang datang rasa bosan jugak sebab TIDAK DIBENARKAN buat kerja hatta masak simple-simple or jemur kain. Memang manja betul kali ni kome 😆.

Pagi tadi cerita beli phone landyard, petang ni nak cerita beli benda lain pulak..Aku memang suka gadget-gadget gini. Walaupun dah ada dalam cart, tapi masih belum check out sebab nak tunggu harga yang aku rasa berbaloi untuk dibeli. Of cos la tunggu waktu flash SALE sebab waktu tu harga memang macam menjunam sekali dengan free shipping.

Tak ingat jam berapa aku check out. Take time jugak seller nak shipped out. Semalam courier message bagitahu tentang parcel untuk lanyard dah sampai. Tengahari tu sekali lagi courier guy yang sama update parcel tripod ni pulak sampai. Tapi dalam system hanya update dah sampai dekat Klang je. Takpelah..Janji selamat sampai order aku dan bukan kena scam.😁
Inlah bendanya kome...Dapat beli dengan harga RM11.30 with free shipping.
Boleh jadi tripod tapi tak tinggi macam yang lain. But still OK.
Grip phone dia lembut je tak keras macam tripod
 yang sedia ada dekat rumah ni.

Yang bestnya, tripod ni dia boleh jadi macam external shutter untuk phone camera...Letak tripod ni dekat hujung phone, connectkan dengan fon secara bluetooth then boleh snap gambar macam kita pegang DSLR.
Ini contoh yang aku amik dari shopee...
Macam ni pun boleh.


Maksudnya kalau nak selfie tu tak perlu jari kita ni gigih nak klik snap button dekat screen / selected button dekat fon. Dengan tripod ni kita boleh snap macam ni je. 😆. Aku superrrr like ye gadget ni. Ok..Kira berbaloi la beli...Kan? Tak membazirkan? 😁

Oh ya...Pagi tadi dalam LRT suasana agak tegang sikit bile selepas beberapa stesen dari stesen LRT Taman Melati, LRT ni brake mengejut masa dah nak sampai stesen berikutnya. Memang terhuyung hayang jugak la badan aku ni. Mujur aku memang sentiasa berpaut pada pemegang. Dekat stesen mana aku tak ingat. Staff Rapid masuk dalam LRT kami. Then tetibe dengar macam suara seorang perempuan bercakap dengan nada marah. 

Rupanya dia bercakap dengan staff Rapid. Tak dengar sangat dia cakap apa. Tapi yang aku dengar macam dia cakap " Setiap hari ada je problem". Lepas tu aku nampak staff Rapid tu berjalan menuju kearah aku untuk ke koc depan sekali.

Kali kedua jadi masa dah nak sampai stesen Dato Keramat. Ini impak dia lagi kuat dari yang 1st. Lepas tu dekat stesen Dato Keramat pintu tak bukak. Again badan aku terhuyung hayang menahan dari tersembam. Mujur la mamat tepi aku ni memang sentiasa bersedia. Aku pun kaki takde la kepit benor. Memang dalam keadaan berjaga-jaga jugak. Tapi kalau dah momentum brake mengejut tu lagi kuat dari jarak kaki aku, memang melayang jugak rasanya 😆.
Sampai dekat stesen Ampang Park tangan rasa pedih..Sekali tengok tapak tangan....Nohhhhhh...Merah merghe kata orghe kelate.

Hari ni sampai ofis jam 8.20 pagi. Sempat beli kuih 3 ketul then buat air dekat ofis. Hari ni aku bawak bekal ke ofis sebab ada nasi putih lebih dekat rumah yang masih elok. Aku reheat then bau masih OK. Jadi lepas kids pergi sekolah, aku cepat-cepat masak. Breakfast chicken wrapped untuk kids masih diteruskan. Alhamamdulillah.

Korang suka tak gadget-gadget gini?
Gadget vlog pun makin popular sekarang. 😆

MENGISI MASA LAPANG DENGAN CHARGPT & GOOGLE Ai MODE.

As Salam 

Hari Sabtu yang lepas adalah hari sukan sekolah Ammar. Ammar tak terpilih untuk masuk apa-apa acara tapi 4 hari sebelum hari sukan, rumah sukan Ammar ada open 10 orang murid dari rumah sukan untuk masuk acara sukaneka. Jadi aku masukkan nama Ammar antara 10 orang tu. 

Jadi Hari Sabtu, aku hantar che mek ke Kem Kepimpinan anjuran sekolah dekat bangunan depan Rembayung lepas tu terus ke sekolah Ammar. Aku dah siap-siap bawak bekal chicken wrapped untuk Ammar, dim sum, air cuppucino,air masak & kipas purple gojoodoq aku yang besar tu.Ingatkan game awal, sekali dah hujung-hujung jam 12 tengahari baru start. Jarang betul kami stay dekat sekolah sampai habis acara. Tapi disebabkan dah letak nama Ammar, jadi kami tunggu aje la.
Rumah sukan Ammar dapat nombor 4...Aduhai...Tapi mujur la semua 40 peserta dapat medal ni. Gamenya adalah ikat belon dekat kaki & elak dari dipijak oleh rumah sukan yang lain. Peserta dari rumah sukan yang paling lama bertahan belon tak dapat dipijak oleh rumah sukan lain adalah pemenang.

Waktu ni ada jugak game bola tampar gergasi untuk parents. Kalau tak fikir ke jahitan yang masih belum dibuka, memang aku join dah sebab nampak macam best je mak-mak tu main hari tu. 😆

Sementara tunggu acara sukaneka, sepanjang duduk dekat khemah parents sambil tengok perlawanan olahraga, sukaneka tahap 1, aku jugak ralit bermain dengan chatgpt. Inilah hasilnya...
Gambar asal. Aku mintak chatgpt create gambar jadi cartoon anime yang cute.
Chatgpt bagi ini. Pada aku super cute. Terus aku buat gambar profile untuk Facebook, Instagram & whatsapp 😁💜
Gambar yang ini aku suruh chatgpt buat jadi cartoon...
Dapat yang macam ni. Nice jugak . Nampak ganaz je warnanya 💜
Amik gambar ini pulak.
Yang ini nampak macam sama dengan gambar posing yang diatas.
Mintak google Ai Mode tukar jadi cartoon cute...💜
Mintak tukar dari gambar nampak ganaz kepada yang cute sikit. 💜
Last sekali aku mintak edit gambar ni jadi gambar cartoon yang cute. 💜
Result dia buat aku melting habis ye kome. Super Lurve sangat ni.💜💜💜

Sebab gambar-gambar ni aku jadi ralit. Sampaikan edit bagi size kecik sikit supaya boleh fit untuk dijadikan wallpaper dekat henfon aku...Lepas edit here & there dekat photogrid, maka terhasillah wallpaper ini...
Lurve teruk dengan gambar ni. 😁

Jam 9 nanti aku akan panggil grab untuk ke KPJ Ampang Puteri. Berdebar-bedar kome sebab semalam dressing terbukak mungkin sebab aku banyak bergerak atau memang kain tampal tu gamnya udah tak kuat. Jadi aku letak cotton pad & tampal dengan 3 handyplast. Harap-harap time bukak nanti tak jadi apa-apa la. Risau jugak ni. Tengok kesan jahitan tu semalam memang aku ngeri. Padahal ada 5 jahitan je. Tetibe teringat ke K-Drama Ghost Doctor 😁.

Doakan semua urusan kita hari ini dipermudahkan ye kome. Amin.

WORDLESS WEDNESDAY : #14

Zoom in Supermoon shot 25.03.2026

Dari dulu aku suka amik gambar bulan a.k.a supermoon. Bila dapat fon yang ada kemampuan untuk snap supermoon shot, aku rasa puas. Bila dapat zoom in & tengok texture bulan tu buat aku rasa macam wahhhhh..Macam ni rupanya permukaan bulan bila kita zoom in.

Bukan nak berbangga atau nak show off. Tapi aku nak bagitahu yang aku suka amik gambar bulan & tengok texture permukaan bulan tu. 😁

JOM GODEK FON

As Salam

Terima kasih pada yang bertanya...

Jawapan dia fon IOS / Android ada option ni...Aku rasa skrg majority smartphone dah ade function ni...Ini aku tunjuk mane nk cari function tu dlm fon android mcm aku...
Bukak camera...
Lepas tu swipe ke kanan utk pegi more option...
Dekat more option ni akan ada beberapa option lain...
Pilih long exposure...
Dari option long exposure tu..
Bleh pilih lagi option yang ada...
Pilih night graffiti...

Dah pilih option night  grafitti tu, cameraman / camerawomen kena berdiri tegak jgk gerak2...Yg tukang pegang bunga api on siap2 bunga api...Sama2 start pusing bunga api & tekan butang start. Kalau nk berenti, dua2 pun kena berenti serentak supaya pengakhiran dia cantik...

Haaaa..Gitu la teknik yg aku guna masa snap gmbr ni..Tapi kan ramai yg ckp camera portrait vivo ni byk mcm fake sebab muka licin semacam..Pada aku biorkan aje la..Bile lagi nk merasa muka licin mcm artis korea..kalau x nak effect tu bleh je ubah setting or take photo biasa...Pilihan ditangan masing2..Pilihan aku...Mane2 yg ok aku biarkan aje 😆

Jadi blk keje nanti boleh godek camera setting masing2 ye...In Shaa Allah aku rasa ada setting ni...Aku pun belum cukup explore lagi function camera dalam fon ni...Rasa seronok tiap kali jumpa function camera yang baru sbb kita bleh amik pelbagai jenis gambar ikut kehendak dan kesesuaian...

Kalau dah jumpa option nnt nnt komen dekat sini ye...

HARI MENG-EXPLORE SETTING CAMERA

As Salam
Aku bukan nak cerita tentang DSLR...Aku dah ade seketul dekat rumah tapi yg basic punya..Dah lama x pakai..Harap2 masih ok..😆

Ada beberapa ketika aku tetibe terasa nak menggodek camera telefon nih..Sebab biasa kan kita terus turn on camera, buat basic setting then snap snap & snap...Kali ni aku rasa nak menggodek sebab aku rase mcm ade beza finishing size gmbr yg aku snap...Kalau dr camera Hata, bila gambar tu masuk dlm blog & aku set ke extra larga, gmbr akan jadi size A..Tapi kalau dari fon aku, aku buat extra large, gambar akan jadi size B...Berbeza...Maka kita pun test la setiap size yg ada dalam fon camera nih...

Sebelum tu, korang perasan & ada baca sekali lalu tak tiap kali korang update phone version? Apa yg dieorg improve hasil dr update version? Aku kadang2 baca jgk apa yg system ni nk improve lepas update version. Kadang2 aku rasa ada perubahan..Kadang2 rase mcm sama je 😆 ..Ok..berbalik pada camera...Sini aku share perbezaan yg aku jmp dari 4 option photo size yg kita pilih dari setting camera aku ni...
1:1
Tapi view dkt screen fon mcm terhad la..Petak empat segi sama je 😁
Hasilnya...
1:1 photo size setting

4:3
OK sikit panjangnya...
4:3 photo size setting
Hasilnya....Kuyus je gmbr tu...

16:9
Ini setting yg biasa aku guna...
16:9 photo size setting
Hasilnya...Gmbr tinggi lebar gitu..

Full setting...Almost 1 screen fon view camera...
Full screen photo size setting 
Hasilnya...Wide sikit kot gmbr tu...

Berbezakan???

Jadi lepas tengok perbezaan ni, maka aku rasa lain kali aku pilih size 16:9  atau 1:1 la kot...Baru la syiok sikit bila up dekat blog...kan?😁

Camera korang setting mcmane?
Fon skrg ni macam2 setting dia kan?
Ni belum lagi sentuh bab quality finishing gambar yg kita nak...
Aku pun baru explore sikit2 je walaupun dah masuk 3 bulan guna fon ni...

Hata cakap aku ni sejenis yg suka beli fon yg setting camera & composition object tu  hanya aku je yg tau nk setup mcmane..Kalo x ikut apa yg aku nak, aku akan cakap hasil gmbr x cantik  / tak ikut ape yg aku cakap😆

Begitu la aku...
Mmg nk hasilkn gmbr yg cantik itu sakit, lama & susah...Tapi hasilnya kita boleh nilai sendiri...Tapi kalo nak cepat & kelam kabut, aku pun main snap je..Janji ade kenangan...Sama mcm masa aku belajar DSLR dulu....Lebih baik kita setting camera tu lama / nmpk rumit supaya gambar kita sudah tersedia cantik dari click capture button yang pertama dari kita snap semberono tapi hasil gambar tu kita kena edit semula dgn bersusah payah..Gitew..Kenapa level2 aku ni kalo nk amik gmbr kena turn on grid? Supaya aku tau posisi gambar tu dekat kotak mana yg jadikn gmbr kita nmpk ok..Ade gunanya grid line tu kome...Tambah2 utk aku yg biasa2 ni 😆Ini bukan aku yg pandai2 cakap...Ini mmg ada dalam terms photography...Dalam magazine camera digital pun ade bgtau..Magazine ni byk ajar aku jgk..Tapi bile dapat camera..Semua dah x igt...😆

Ini aku plan nk belajar basic posing yg elok tiap kali nk amik gmbr..Sebab masa dekat HCMC hari tu, bukan aje bos aku ajar mcmane nk posing..Ade sorg ofismate ni pun ajar mcmane nk pose supaya gmbr kita tu nmpk menarik..Gitewwww...

Sebenarnya skrg ni aku dah OTW blk KB...My FIL is not feeling well dah 2 mggu. Kami plan nk blk KB on 29/1/25 ni smp 1/2/25 tapi hati Hata rase mcm x bleh tunggu..Jadi kami decided utk blk hari ni..Kami gerak dinihari td..Doakan perjalanan kami selamat pergi, selamat smp & slmt blk ye kome...Aku faham apa yg Hata rase sebab aku dah melaluinya...

Playing With Shutter...

As Salam

Entry : Dah pandai dahhhh!!!

Ahad..Malam...

Tetibe aku terjumpe semula camera shutter yg aku beli b4 raye hari tu.. KECEWA bile hp aku mcm x support aje dgn shutter tu...Makanya aku biar dia relax-relax dlm bag...

Tetibe Hata amik & test dkt gadget yg aku dpt mase bday lepas...EH?? Menjadi la pulak!!!...hoho

Dan-dan tu jgk la si che mek ni beraksi mcm2 dgn shutter tu...
Macam-macam posing yg die buat...
Nampak tak bende putih dalam bulatan tu???
Itu la shutter yg aku citekan tadi...
Penuh gadget aku dgn gambo posing si che mek ni....haha

Kata orang bapak borek anak rintik..
Memang dah tak dapat nak dinafikan lagi che mek mcm mmg suka dgn photography..
Terlupa plk aku...Mase preggy dulu pernah g Seminar SONY ..hoho
Layankan aje la...As long as amik snap gambo yg merepek-repek..kiki




End

2nd Trial : Monopod

As Salam

Entry : saje try..

Smlm mase dlm kete otw amik che mek, Hata offer nak belanja dinner..OK..aku terima offernye dgn bwk kami mkn dkt tmpt pebret..Johnnys..huhu

Sementara tggu order smp, moh le kite try MONOPOD..aku mmg senantiasa bwk dlm beg sebab stick ni xde la berat mane pun..huu

Aku puas hati dgn budget Stick Monopod ni..nmpk luas je gambar dlm 1 frame kan?huhu

Tapi sempat snap 1 gambo je..lepas tu udah berderu plk customer dtg nk mkn dlm restoran..aku ni malu2 kucing sikit bile org dah ramai..hoho

Harap2 dpt guna sabtu ni..huhu



Ade tak sesapa yang dah guna monopod stick ni?



End

Monopod..

As Salam

Entry : Plaza Lowyat

Pkol 11am kami gerak dari rumah direct ke plaza Lowyat. Plan nk update software my Sony. Tp x dpt sbb technician xde..Kene pegi next week sabtu. Then berjalan kejab dlm Lowyat tu mncari ini:
Monopod

Alhamdulillah..tercapai jgk hasrat nk beli mende ni..boleh la berselfie bersama keluarga..haha
Actually monopod ni ade byk jenis yg lain..aku beli jenis yg paling MURAH..haha..boleh guna utk compact camera & handphone..

Aku dh try smlm..tp xde la gmbr official..Ini contoh yg amik amik dr google :
Ini contoh fmly & self selfie..huhu

Ini rupe monopd itu...
Cermin blkg camera tu adalah ADD ON accessory..
kene ADD ON pitih la kalo nak..kiki
Aku blom beli lagi..ade pitih lebih boleh la kot...huhu


To those yg suke berselfie nak nmpk keliling..boleh la try guna monopod ni..x mahal mane pun..melainkn kalo beli yg bagus terus..huhu




End

TEASER - NEW

As Salam

entry : ganti

Hari Jumaat yg lepas Hata telah hilangkan gadget aku...sayang wehhh..baru setahun lebih pakai...
Hata said hilang time kemas2 nk blk dr annual dinnernya hari tu..

So aku berharap sgt yg hata dpt ganti kan semula...yg sama pun xpa janji ade...

Then smlm kami ke Plaza Low Yat sbb aku nk cari USB cable android aku tu..(hilang ntah kemana yg sedia ada..ahah)..then hata plk bli hard disk..murah gile hard disk skrg nie kan??? 500GB baru rm170..dulu makan more than 300++..

So kata org sambil menyelam minum air..hata ajak aku survey2 gadget yg dh dihilangkannya hari tu..eheh

Alhamdulillah rezeki Allah swt bagi pd kami...

Dapat la aku gantian yg baru ini...kiki
Suka!!!!!!sangatttt!!!!huhu

Nnt2 kalo free aku update lg yer...ehehe


Still dlm proses suai kenal dgn gadget nie...huhu


end

BROGA HILL - 3

As Salam

entry : lagi dari part 2

Lps matahari totally terbit..aku turun ke bukit pertama...
Time nie ade budak cramp..smp meleleh2 air mato tahan sakit...kesian..tp aku nk tolong pun x dpt sbb x pandai..haha

So layan lagi gambo yer...

with sunrise... 
with the staff yg follow...bukit pertama
sengih lps dpt mkn sandwich 2 keping roti sorang..huhu
main panjat2 batu la pulok...kiki 
ready...jom posing smp pening..haha
budget...
my Bata sport shoes...eheh
turun dari batu...
Nk turun bwh dh..posing dulu seround..eheh
kene turun ikot ni..
curam gile dowhh..
tetibe aku mcm berfikir...
Ya Allah...
Mcm nie ke jalan yg aku lalu & daki dinihari td???
Gile danger..haha 
ini la jalannya...udah mcm 80 darjah dah...
Alhamdulillah...
Smp jgk ke bawah... 
Posing lagi..haha 
Around pkol 9++am kami dh smp kaki bukit...
Time nie tgh lepak kat sebelah kedai yg jual mknn & air...
Sementara tggu group lain turun so kami lepak sini dulu
lepaskan penat..haha

bergambo kenangan di kaki Bukit Broga...
Nk amik gambo awal2 dinihari td x nmpk...siang2 nie aje la baru nmpk nyer


B4 gerak ke bas..aku & 1 of the staff sempat singgah kat auntie juah t'shirt BROGA HILL..die jual murah je RM15 sehelai...Bayar la rege sehelai..jadila kan?? buat kenang-kenangan..eheh


Ok...
Sambung entry lain plk...
Gambo berkubang di SUNGAI TEKALA...huhu


end