Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

PREMIERE MOVIE : MASTER OF THE UNIVERSE - SUNWAY PYRAMID

As Salam

Hari Rabu yang lepas, Hata amik aku dekat ofis jam 5.30 petang. By 6.10 dah sampai depan Sunway Pyramid. Hata parking dekat Jockey area sebab nak senang tarik wagon ke tempat persalinan. Masa sampai kami terus ke tapak event. Jauh jugak dari TGV. Kena turun kebawah. TGV level atas sekali.. Lepas tu ke TGV untuk mintak permission dari TGV staff berikan kami changing room. Mujur la ada staff ni baik bagi kami 1 changing room untuk aku & Hata suit up.

6.40 petang, Hata & Ammar amik costume dekat kereta, aku & che mek beli makanan. Che mek beli subway, aku beli KFC Barrel. Nak cepat. Mujur la cepat je order kami siap. Jumpa Hata dekat eskolator then sama-sama naik ke TGV untuk ke changing room, solat & suit up. By 7.45pm kami baru keluar dari changing room & ke tapak event. Kali ni sama macam dekat Lot 10. Hanya aku, Hata & AMmar je yang cosplay πŸ˜†
Skeletor, He-Man & Orko
Lagi..Kali ni banyak jugak gambar yang kami dapat dari organizer yang invite kami & kawan-kawan cosplay yang datang .
Serius aku suka tengok Ammar as ORKO 😁
Ini dari henfon kawan cosplay...Ade sorang tu cosplay as prince Adam sebelum tranform jadi He-ManπŸ˜†
Pose la sikit.
Dengan kawan cosplay yang datang.
I loike...πŸ˜†
With kawan cosplay & event organizer ( Lelaki sebelah Orko )
Dalam jam 8.15 malam kami naik semula ke TGV. Movie start jam 8.30 malam.
Sekeping sekeluarga πŸ’œ
Kami dapat IMAX hall...Tapi seat 3 dari depan. 
Memang besar la screen dia kome.
Sebelum movie start...
Waktu ni aku mintak Hata letak spek mata dekat aku. 
Fans belakang tu cakap...
" So cute la skeletor pakai spek mata nak tengok movie"
Lepas tu Hata jawab...
" Skeletor tak nampak " πŸ˜†

Pada aku cerita ni layan sebab ada kelakar. Skeletor tu kelakar jugak ye kome. Ammar pun ketawa waktu tengok cerita ni. Takde scene yang tak senonoh. Semua OK je pada aku. Lepas movie kami minggle-minggle dekat luar ni sekejab lepas tu Yazmin Aziz ni datang nak bergambar.
Kecik molek aje orangnya kome...😁

Lepas layan beberapa lagi pengunjung yang nak bergambar, kami pun ke changing room untuk suit down..Balik rumah, jam 1.30 pagi baru aku dapat tido. Esoknya (Khamis) jam 7.30 pagi baru keluar rumah ke ofis.

Thanks to the organizer TGV cinemas, master movie & Sony Pictures sebab post tentang kami 😁. Banyak jugak page lain yang share tentang movie ni & ada gambar kami. 😁

Alhamdulillah selesai dah cosplay cerita Master Of The Universe. Sesiapa yang lahir tahun 80an sebelum atau selepas & ada yang layan cerita ni boleh la kot pegi tengok. Cerita dia OK je. Yang pasti ada part kelakar & Hata cakap almost semua character dalam kartun, ada dalam movie ni.

Hata cakap nanti boleh upgrade sikit costume skeletor ni. Tapi aku cakap nanti fikir dulu.😁

WEDDING AT BIZMILLA EVENT HALL - SHAFTSBURY PUTRAJAYA

As Salam

Hari Ahad jam 8.40 pagi kami sekeluarga dah selamat sampai ke event hall. Pagi tu kak ipar ada sediakan nasi lemak, kopi o panas & teh tarik untuk ahli keluarga bersarapan. Majlis ni adalah majlis akad nikah sekali dengan sanding. Takde 2 kali majlis. 1 time shot je. Dalam jam 9.30 pagi emcee announced ketibaan tok kadi dan Hata bergegas keluar dari dewan untuk join perarakan masuk tok kadi, pengantin lelaki, ahli keluarga pengantin lelaki, pengantin perempuan & adik beradik pengantin perempuan. Waktu ni la aku ni tetibe je kena panggil untuk duduk dibarisan hadapan kerusi yang tersusun elok di alik kanan dari pintu masuk. Join sekali dengan mak sedara, mak mertua & kak ipar aku yang dari KB tu.
Ade ni dekat area pintu masuk. Comey 😁
Sekeping sebelum majlis bermula. Hata kena pakai spek mata sebab katanya cahaya dalam ni terlalu banyak. Mata dia cepat terasa pedih.
Sefamily with theme sage green.
Bukti tetibe je aku kena duduk sebaris dengan mak mertua, makcik  & kak ipar. 😁. Malu tau masa ni sebab duk barisan depan dekat dengan meja akad nikah.
Barisan belakang yang terlibat.
Pengantin sewa jajan corner ni. Jajan anak sedara aku beli sendiri. Dia cakap lagi jimat. Terus Hata cakap...Ehhhh....Kita boleh buat ni. Jadi side income. πŸ˜†
Masa sesi akad nikah...
Waktu ni boleh pulak abang ipar aku (ayah pengantin) tersasul sebut nama ayah pengantin lelaki. Dari Yusni ke Hussin..Udah satu dewan ketawa kome. Kami yang duk depan ni jenuh control sebab risau terover ketawa πŸ˜†
Alhamdulillah...
Dengan sekali lafaz anak sedara dah jadi wife kepada lelaki pilihan hati.

Lepas selesai majlis akad nikah, kami yang duduk tadi kena bangun beralih ke meja makan lain sebab area tu pihak Bizmilla akan set up meja makan yang baru. Jadi masa ni aku dah suruh Ammar & che mek amik makanan siap-siap sementara tetamu yang dijemput belum sampai.
Aku amik lauk je. Tak makan nasi sebab kan baru lepas makan nasi lemak dengan kopi o panas. Ayam goreng berempah, kari daging, acar timun, pajeri nenas style kelantan & ikan dori lemon.
Berasa semua dessert ni.
Bread pudding - Terpaling sedap.
Bubur jagung & sago ni pun sedap kome.
Jajan yang pengantin beli untuk kids.
Selepas makan, baru emcee panggil ahli keluarga kedua-dua belah pihak untuk sesi bergambar. Ini gambar kak ipar aku satu family.
Ini gambar kami sekeluarga.
Sekeping lagi with Hata dekat pintu gerbang luar dewan.

Aku duduk sekejab je dekat dalam dewan. Sejuk kome. Lepas tu aku & Hata duduk & berdiri dekat pintu masuk ke dewan sekali dengan kak ipar untuk sambut tetamu. Dalam jam 3:00 petang kami dihidangkan dengan menu teatime pulak.
Ada kuetiaw goreng.
Tepi pintu masuk dewan kak ipar order asing...
Tapai ni memang fevret aku la kome.
Cendol sedap tapi gula melaka tak hitam pekat. Manis tu ok dah.
2 kuih tu menu teatime. Yang lain lauk sama masa waktu tengahari. 
Ade la baki lagi. jadi kita amik la makan buat kudap-kudap. 
Aku amik nasi tu 2 sudu aje kome.

Tetamu balik jam 3.50 petang. Hall tutup jam 4 petang. Waktu ni aku & Hata naik solat dekat tingkat berapa tak ingat. Tapi surau ni memang luas yang amat. Cukup selesa. Dekat sini ada banyak jugak kedai. MBG yang besar pun ada dekat sini & buah-buah dekat sini murah jugak. Kami duk luar dewan sampai jam 5 lebih sebab nak kemas meja goodie bag & bawak balik tapai yang masih ada baki.

Kak ipar aku sewa homestay yang kami duduk sampai hari Isnin. Jadi lepas majlis, kami terus ke rumah kak ipar untuk makan malam. Ade lagi lauk kenduri sikit yang dibungkus oleh pihak Bizmilla. Sampai tu lepas solat maghrib, aku tolong kak ipar panaskan lauk, panaskan nasi & anak sedara masak sambal telur rebus dari bunga pahar.

Jam 9 malam buat tahlil sikit. Jam 10 malam baru pengantin yang stay dekat hotel datang rumah kak ipar (umi mereka). Mereka datang lambat sebab ada barang yang nak kena handover pada parent, saudara & ofismate husband pengantin.

Ade la sikit sesi bukak hadiah. Lepas tu aku ajak Hata balik homestay. Kepala aku dah start pening-pening lalat. Sampai je homestay. mandi, solat & terus la tarik selimut kome. Waktu ni hanya family kami je dekat situ sebab family kak ipar yang dari KB tu pegi rumah classmate dia dekat Cyberjaya.

Esok paginya dari homestay kami terus balik rumah. Tak dapat nak singgah Sungai Merab sebab kepala aku masih sakit & i need a proper rest. tapi tak rest jugak sebab menjahit. 😁

LUNCH AT RASA - ALAMANDA & HOMESTAY PANGSAPURI SADERI

As Salam

Hari Sabtu yang lepas, dalam jam 11 pagi kami pun sampai dekat Alamanda. Waktu ni tak breakfast pun sebab fikir nak makan dekat Alamanda sekali dengan lunch. Kira bunch la ni. Sampai je Alamanda, parking kereta then terus menuju ke food court RASA.

Round sikit then terus order makanan ni :
BENTO daging bulgogy untuk aku. Masih tak boleh move on dengan menu dekat Dodo Korea masa lunch hari Jumaat tu. πŸ˜†
Bento Terriyaki Chicken untuk che mek.
Yong tau Foo share makan dengan Hata. Ammar amik nasi kandar. Tak sempat nak snap gambar sebab Ammar dah makan awal dari kami sebab dia lapar. 😁
Dessert untuk kami semua. Sedap jugak ni kome.

Dalam jam 1.30 petang kak ipar aku bagi Hata QR Code untuk masuk dalam homestay. Homestay ni sebelah Alamanda je. Tapi dari parking nak ke homestay tu payah la. Udah la parking dekat bangunan lain, homestay dekat bangunan lain.Jadi Hata kena drop kami & bag baju dekat lobby then drive ke parking. Lepas tu baru naik. Homestay kami dekat tingkat 14.
Inilah homestay kami...Ada 3 bilik & 2 bilik air. 1 bilik air dalam master bedroom.
Dining table boleh duduk 5 orang.
Kitchen.Alik kanan tu pintu ke laundry area. 
Ade penyidai & washing machine.
Master bedroom untuk kami berempat sebab kak ipar yang dari KB akan stay dengan kami jugak malam tu. Dia datang ber-5. Bilik ni ada aircond & bilik air dekat alik kiri.
Bilik ke-2 - Takde aircond.
Bilik ke-3. Ada aircond.

Lepas letak bag, rehat sekejab & solat Zohor, jam 3 petang kami ke rumah kak ipar yang dekat Sungai Merab tu. berkumpul situ untuk tolong bawak goodie bag ke dewan. By 5 petang kami dah sampai dekat event hall ni.
Bizmilla event hall ni pun sebenarnya sebelah Alamanda jugak.
Depan pintu masuk hall ada ni. Cantik sebab tukar-tukar warna & ada masa akan ada air mengalir dekat tengah-tengah corong & jatuh dekat kolam dibawah.

Lepas letak goodie bag, ada jugak sedikit rehearsal siapa yang akan duduk dekat kerusi yang disusun alik kanan tempat pernikahan. Hata tetibe jadi bidan terjun untuk jadi pengiring tok kadi. Aku tak sure plan asal siapa yang patut jadi pengiring. Yang aku tahu at the end Hata yang jadi pengiring tok kadi masuk ke dewan dari pintu utama.
Nampak soft je pelamin ni 😁

Jam 7 malam kami pun bersurai. kak ipar balik rumah sebab ada lagi perkara nak kena settlekan. Jadi kami ke Alamanda sekali lagi untuk dinner pulak. Gambar makanan tak ingat nak amik sebab rushing mengejar waktu maghrib. Yang pasti aku, che mek & Ammar amik makanan western & Hata amik nasik goreng cina.

Lepas makan kami terus balik homestay. Esok paginya jam 8.25 pagi kami dah bergerak ke event hall semula.

Ade satu kes dekat homestay ni yang buat aku hangin sampai turun dari kereta. Kes dia macam ni...

1 - Dalam jam 2 petang kak ipar bagi QR untuk register as visitor homestay. Bila part parking, boleh pulak akak guard offer parking berbayar RM5 depan kedai mamak bawah bangunan parking. Hata accept la sebab fikir parking lot yang sedia ada tu reserve untuk kak ipar yang dari KB. Masa ni kak ipar dekat Sungai Merab hanya inform ada 1 parking lot je. Kononnya QR yang kak ipar bagi tu Hata nak guna untuk kak ipar tapi akak guard guna untuk parking lot berbayar tu. Tanpa bagitahu Hata.Masa nak keluar semula untuk ke rumah kak ipar yang dekat Sungai Merab tu,  guard cakap lepas ni kami tak bleh masuk dah sebab parking yang RM5 Hata bayar tu untuk 1 time use je. Means kalau dah masuk tak boleh simply-simply keluar masuk. Once dah keluar, kena tunggu after 24 hours baru boleh masuk balik. Disebabkan nak cepat, kami abaikan aje dulu statement tu. Fikir nanti nak balik semula ke homestay kita bincang balik.

2 - Kak ipar yang dari KB terus ke rumah kak ipar yang dekat Sungai Merab. Goodie bag dah masuk kereta dia sebab dia bawak Alza. Dia naik kereta aku untuk ke dewan. Jadi sebelum ke dewan, kami singgah homestay dulu untuk kak ipar letak bag-bag dia. At the same time, kak ipar yang dekat Sungai Merab mintak owner homestay untuk request lagi 1 parking lot untuk kereta aku dengan management pangsapuri Saderi ni. Masa dekat guard house ni, sekali lagi guard cakap kereta aku dah tak boleh masuk sebab registration jam 2 petang tadi masih belum refresh. Sedangkan waktu ni kak ipar dah dapatkan 2 lot parking. 1 yang sedia ada, 1 parking lot yang baru.

3 - Waktu ni aku dah turun kereta dah. Aku terus berdiri depan 2 guard. Aku cakap kenapa tadi masa dia ( Hata) bayar, you tak cakap pun semua benda ni? You offer dia, dia bayar sebab nak bagi lot parking tu dekat kereta kami yang lagi satu - merujuk pada kereta kak ipar yang dari KB sebelum dapat 1 lagi parking lot extra. Then you bagi kami parking dekat depan kedai ni je. Ada tak you cakap dengan dia yang kami tak boleh keluar lepas bayar RM5 tu? Sebab masa Hata bayar, aku duk dalam kereta je. Dah dia offer , Hata accept aje la. Mana tahu lepas keluar, plate kereta kami ni hanya boleh masuk kawasan parking pangsapuri ni selepas 24 jam.

4 - Aku cakap, sekarang I dah ada 2 parking lot. 1 parking lot dah settled ( kereta kak ipar) .Sekarang macamana you nak bagi kereta I masuk sebab owner Homestay dah reserve lagi 1 parking lot untuk kereta I. Lepas tu mereka berbincang sesama mereka. Aku sambung membebel cakap masa nak amik duit laju je. Tapi tak explain betul-betul. QR code tu pun patutnya buat la hanya untuk homestay tu punya parking lot sahaja. Tak boleh guna untuk parking lot lain. Ni akak guard awal tadi main guna je QR code tu untuk parking berbayar tu. Dah la masa kami datang kali kedua akak guard tu dah balik. Kalau ada memang bergaduh agaknya aku dengan dia. Waktu ni ada sorang driver van Polis tengah tunggu untuk masuk parking. Dia tengok je aku membebel dekat guard foreigner tu.

5 - Last-last kami dapat parking pass tulis HOMESTAY. Means boleh keluar masuk sampai hari check out. Sebelum ni Hata dapat pass VISITOR je sedangkan Hata dah tunjuk nombor unit & mereka tahu tentang homestay tu. Tapi Pakkal nak KUTIP RM5 tu gamaknya...Macam-macam drama pulak dia create. Aku ni dah menahan je nak mengeluarkan api amarah yang tak habis lagi. Lepas tu boleh pulak guard tu cakap..Saya orang baru. Tak tahu sangat. Nahhhhh..Kena lagi sedas dengan aku. Aku jawab balik. Tak kira you baru ke you lama. You should know & learn your system. Kalau you tak tahu susah la. Susahkan kita jugak. You kena explain la betul-betul dekat visitor. Kalau you pun tak faham, macamana you nak kerja? Puas hati aku dapat sembur guard ni. Keje macam ape je. Kalau explain dari awal, idak la jadi macam ni. Idak la Hata bayar RM5 tu & terima parking yang dieorang offer tu. Hata amik aje la parking lot yang kak ipar bagi awal-awal & mintak lagi satu dekat owner homestay.  Simply-simply offer parking berbayar, simply-simply pakai QR code untuk parking lot lain, guard pulak tak paham sangat dengan system parking untuk visitor & penghuni homestay. Pelik betul menagement pangsapuri ni.

Lepas dari tu kami keluar masuk macam penduduk pangsapuri ni je. Guard nampak je muka Hata, terus palang dibukak. Geram jugak la aku pun. Kita mana tahu rules & regulation residence ni. Kalau tau idak la aku naik hantu dekat depan guard house tu. Hari Isnin pagi kami check out & bagi pass homestay pada guard. Pagi tu guard lain yang jaga.

Actually owner homestay cakap, guard dekat sana selalu buat drama yang sama dekat customer dia yang lain. #tepukdahi.

MASTER OF THE UNIVERSE - LIGHT SHOW - LOT 10

As Salam

Hari Jumaat tu, lepas je dari jammed, kami terus masuk ke parking area level 7 sampai ke rooftop Lot 10. Alhamdulillah kami dapat parking betul-betul dekat dengan pintu nak ke rooftop.

Sampai-sampai rooftop tengok orang dah start ramai. kami hanya berlegar-legar dekat tapak event sementara mencari si event organizer yang invite kami untuk registration. Lepas jumpa dia, kami dapat tali untuk letak dekat tangan, then dapat goodie bag (ini nanti aku cerita ye sebab lupa nak snap gambar).
Sekeping sementara menunggu event organizer yang invite kami.
After registration. Dapat poster ni & goodies bag lain.
Hata kena trim la misai & janggut tu sebab character he-man takde semua tu πŸ˜†
Keliling private event ada tergantung benda ni.
Waktu ni aku dah nervous sebab tengok makanan tulis for 150pax 😨
My hero & little hero πŸ’œ
Waktu ni dah jam 6.25 petang. Dijangkakan jam 6.30 petang kami dah boleh start makan. Dah nampak la staff katering susun makanan. Memang nampak la high class punya event sebab banyak makanan tapi cara susunan & portion lain.

Sementara tunggu isyarat boleh makan, aku jalan-jalan sambil snap gambar dekat area meja makanan yang disediakan. Sini aku share menu-menu yang ada ye kome.
Nampak sedap tapi aku tak amik sebab rasa portion besar.
Siapa peminat abalon boleh la amik..Aku tak amik menu ni.
Sedap ni kome. Daging wagyu ke ni? Sikit je dia bagi πŸ˜†
Mini burger guna roti mantou...Nampak sedap tapi aku tak amik.
Aku amik ni..Sedap.
Sedap jugak ni. Bawak telur ni kalau tak silap aku ada clams.
Cavier yang famous tu...
Dessert.
Variety of nuts 
Meats slices & cheese..Yang ini pun aku tak amik
Aku amik yang ini je...
Itu pun share dengan Hata. Tak lalu makan & takut nak makan sebab risau nak terkucil & nak termembuang masa dah suit up nanti πŸ˜†

By 7 malam aku & Hata masuk dalam kawasan berbumbung dan waktu tu la hujan turun dengan lebatnya. 7.10 malam kami pegi solat manghrib. By 7.40 malam naik semula ke rooftop & masih hujan. Jadi kami ke kereta untuk suit up dekat sana je. Aku pun suit up dekat sana je sebab ada kawasan terlindung dan aku memang dah pakai baju lain sebelum nak suit up tu.
Waktu ni masih hujan jadi kami hanya duduk dekat kawasan ni. 
Panas kome walaupun dekat luar tu hujan. Sebab ramai berkumpul dalam ni.
Hata ni pakai hard hair helmet dari fans He-Man yang datang πŸ˜€
Hujan dah reda sikit baru kami slowly keluar dari area berkumpul tadi. Tapi tetap rasa berbahang.
Kali ni rasa senang je nak suit up..Cuma kena adjudst part hoodie tu..

Jam 8.30 malam origanizer announced light show kena postpone sampai jam 10 malam sebab faktor cuaca. Aku cakap dengan Hata. Tunggu aje la sebab dah alang-alang sampai & suit up .Lagi pun costume ni ringan & aku takde rasa nak terkucil ke apa. Hata pun ikut aje la. Jam 8.45 malam organizer ajak semua yang hadir untuk masuk ke satu event hall ni. Alhamdulillah dapat la rasa angin aircond & dapat duduk.

 Dalam jam 9.30 malam aku, Hata & Ammar keluar dari dewan sebab nak amik bag dekat kereta. Sekali ada big bos event ni sampai & crew mintak kami bergambar dengan mereka. Udah stuck dekat sana sampai la hujan jadi gerimis. Kami semua keluar dari event hall tu.
Amin Idris pun datang sebab dia memang suka jugak kot bab cosplay-cosplay ni. Dia ada topeng ironman yang kita boleh instructions macam yang Siti Nurhaliza ada tu.
Aku & Hata pun tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan dia 😁
Waktu ni Amin Idris yang request nak bergambar dengan kami sekali lagi sebab dia dapat pegang prop.
He-Man & Skeletor.
Dengan salah seorang guest yang dijemput ke event ni..
Credit photo to sony pictures & GSC cinemas.
With some of the guest yang dijemput ke event ni..
Credit photo to sony pictures & GSC cinemas.

Dalam jam 10 lebih baru la drone dapat memulakan light show yang dijanjikan. Jenuh jugak la si MC nak cari idea untuk buang masa sementara tunggu drone tu ready. Bawah ni adalah antara corak yang drone-drone ni berjaya buat. Ni che mek yang amik gambar sambil rekod video.

Alhamdulillah selesai job untuk hari Jumaat. Semalam dapat lagi job dekat TGV Sunway Pyramid. Nanti aku cerita ye. Ade cerita yang aku tak dapat lupakan masa dekat event ni. Ada sorang fans He-Man ni datang dekat dengan kami masa kami berdiri dekat meja sambil menunggu waktu makan. Dia berborak dengan Hata. Aku dengar gitu-gitu je. Tapi ade 1 soalan yang aku rasa nak tergelak.

The Guy : " U ada main gym ke? Badan u nampak macam orang pegi gym"
Hata : " Ada la dulu sekejab. Lepas tu takde dah "
The Guy : " Owhhhhhh..."

Then mereka sambung borak cerita yang lain.

Aduhai..Aku ni duk la tahan ketawa. Aku nak je menyampuk & cakap...

" Dia ni pegi gym hangat-hangat taik ayam je. Badan dia nampak mcm ni sebab dulu almost 4 years duk dukung che mek everyday on weekday dari level 1 ke level 4. Sebab tu badan dia nampak macam orang pegi gym. Padahal duk dukung anak setiap hari πŸ˜†"

Aduhai..Jangan terpedaya ye encik...πŸ˜†

Habis event kami pun suit down & terus balik. Singgah kedai mamak Syed untuk supper. Aku makan simple je share-share. Penat dia jangan cerita la kome. Sebab dah lama tak join cosplay event kan. Tapi rasa seronok sebab dapat puaskan hati organizer yang invite kami. Kiranya berbaloi la dia invite kami 1 family. 😁