Jun 4, 2026

MASTER OF THE UNIVERSE - LIGHT SHOW - LOT 10

As Salam

Hari Jumaat tu, lepas je dari jammed, kami terus masuk ke parking area level 7 sampai ke rooftop Lot 10. Alhamdulillah kami dapat parking betul-betul dekat dengan pintu nak ke rooftop.

Sampai-sampai rooftop tengok orang dah start ramai. kami hanya berlegar-legar dekat tapak event sementara mencari si event organizer yang invite kami untuk registration. Lepas jumpa dia, kami dapat tali untuk letak dekat tangan, then dapat goodie bag (ini nanti aku cerita ye sebab lupa nak snap gambar).
Sekeping sementara menunggu event organizer yang invite kami.
After registration. Dapat poster ni & goodies bag lain.
Hata kena trim la misai & janggut tu sebab character he-man takde semua tu 😆
Keliling private event ada tergantung benda ni.
Waktu ni aku dah nervous sebab tengok makanan tulis for 150pax 😨
My hero & little hero 💜
Waktu ni dah jam 6.25 petang. Dijangkakan jam 6.30 petang kami dah boleh start makan. Dah nampak la staff katering susun makanan. Memang nampak la high class punya event sebab banyak makanan tapi cara susunan & portion lain.

Sementara tunggu isyarat boleh makan, aku jalan-jalan sambil snap gambar dekat area meja makanan yang disediakan. Sini aku share menu-menu yang ada ye kome.
Nampak sedap tapi aku tak amik sebab rasa portion besar.
Siapa peminat abalon boleh la amik..Aku tak amik menu ni.
Sedap ni kome. Daging wagyu ke ni? Sikit je dia bagi 😆
Mini burger guna roti mantou...Nampak sedap tapi aku tak amik.
Aku amik ni..Sedap.
Sedap jugak ni. Bawak telur ni kalau tak silap aku ada clams.
Cavier yang famous tu...
Dessert.
Variety of nuts 
Meats slices & cheese..Yang ini pun aku tak amik
Aku amik yang ini je...
Itu pun share dengan Hata. Tak lalu makan & takut nak makan sebab risau nak terkucil & nak termembuang masa dah suit up nanti 😆

By 7 malam aku & Hata masuk dalam kawasan berbumbung dan waktu tu la hujan turun dengan lebatnya. 7.10 malam kami pegi solat manghrib. By 7.40 malam naik semula ke rooftop & masih hujan. Jadi kami ke kereta untuk suit up dekat sana je. Aku pun suit up dekat sana je sebab ada kawasan terlindung dan aku memang dah pakai baju lain sebelum nak suit up tu.
Waktu ni masih hujan jadi kami hanya duduk dekat kawasan ni. 
Panas kome walaupun dekat luar tu hujan. Sebab ramai berkumpul dalam ni.
Hata ni pakai hard hair helmet dari fans He-Man yang datang 😀
Hujan dah reda sikit baru kami slowly keluar dari area berkumpul tadi. Tapi tetap rasa berbahang.
Kali ni rasa senang je nak suit up..Cuma kena adjudst part hoodie tu..

Jam 8.30 malam origanizer announced light show kena postpone sampai jam 10 malam sebab faktor cuaca. Aku cakap dengan Hata. Tunggu aje la sebab dah alang-alang sampai & suit up .Lagi pun costume ni ringan & aku takde rasa nak terkucil ke apa. Hata pun ikut aje la. Jam 8.45 malam organizer ajak semua yang hadir untuk masuk ke satu event hall ni. Alhamdulillah dapat la rasa angin aircond & dapat duduk.

 Dalam jam 9.30 malam aku, Hata & Ammar keluar dari dewan sebab nak amik bag dekat kereta. Sekali ada big bos event ni sampai & crew mintak kami bergambar dengan mereka. Udah stuck dekat sana sampai la hujan jadi gerimis. Kami semua keluar dari event hall tu.
Amin Idris pun datang sebab dia memang suka jugak kot bab cosplay-cosplay ni. Dia ada topeng ironman yang kita boleh instructions macam yang Siti Nurhaliza ada tu.
Aku & Hata pun tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan dia 😁
Waktu ni Amin Idris yang request nak bergambar dengan kami sekali lagi sebab dia dapat pegang prop.
He-Man & Skeletor.
Dengan salah seorang guest yang dijemput ke event ni..
Credit photo to sony pictures & GSC cinemas.
With some of the guest yang dijemput ke event ni..
Credit photo to sony pictures & GSC cinemas.

Dalam jam 10 lebih baru la drone dapat memulakan light show yang dijanjikan. Jenuh jugak la si MC nak cari idea untuk buang masa sementara tunggu drone tu ready. Bawah ni adalah antara corak yang drone-drone ni berjaya buat. Ni che mek yang amik gambar sambil rekod video.

Alhamdulillah selesai job untuk hari Jumaat. Semalam dapat lagi job dekat TGV Sunway Pyramid. Nanti aku cerita ye. Ade cerita yang aku tak dapat lupakan masa dekat event ni. Ada sorang fans He-Man ni datang dekat dengan kami masa kami berdiri dekat meja sambil menunggu waktu makan. Dia berborak dengan Hata. Aku dengar gitu-gitu je. Tapi ade 1 soalan yang aku rasa nak tergelak.

The Guy : " U ada main gym ke? Badan u nampak macam orang pegi gym"
Hata : " Ada la dulu sekejab. Lepas tu takde dah "
The Guy : " Owhhhhhh..."

Then mereka sambung borak cerita yang lain.

Aduhai..Aku ni duk la tahan ketawa. Aku nak je menyampuk & cakap...

" Dia ni pegi gym hangat-hangat taik ayam je. Badan dia nampak mcm ni sebab dulu almost 4 years duk dukung che mek everyday on weekday dari level 1 ke level 4. Sebab tu badan dia nampak macam orang pegi gym. Padahal duk dukung anak setiap hari 😆"

Aduhai..Jangan terpedaya ye encik...😆

Habis event kami pun suit down & terus balik. Singgah kedai mamak Syed untuk supper. Aku makan simple je share-share. Penat dia jangan cerita la kome. Sebab dah lama tak join cosplay event kan. Tapi rasa seronok sebab dapat puaskan hati organizer yang invite kami. Kiranya berbaloi la dia invite kami 1 family. 😁

0 comments: