Jun 5, 2026

WEDDING AT BIZMILLA EVENT HALL - SHAFTSBURY PUTRAJAYA

As Salam

Hari Ahad jam 8.40 pagi kami sekeluarga dah selamat sampai ke event hall. Pagi tu kak ipar ada sediakan nasi lemak, kopi o panas & teh tarik untuk ahli keluarga bersarapan. Majlis ni adalah majlis akad nikah sekali dengan sanding. Takde 2 kali majlis. 1 time shot je. Dalam jam 9.30 pagi emcee announced ketibaan tok kadi dan Hata bergegas keluar dari dewan untuk join perarakan masuk tok kadi, pengantin lelaki, ahli keluarga pengantin lelaki, pengantin perempuan & adik beradik pengantin perempuan. Waktu ni la aku ni tetibe je kena panggil untuk duduk dibarisan hadapan kerusi yang tersusun elok di alik kanan dari pintu masuk. Join sekali dengan mak sedara, mak mertua & kak ipar aku yang dari KB tu.
Ade ni dekat area pintu masuk. Comey 😁
Sekeping sebelum majlis bermula. Hata kena pakai spek mata sebab katanya cahaya dalam ni terlalu banyak. Mata dia cepat terasa pedih.
Sefamily with theme sage green.
Bukti tetibe je aku kena duduk sebaris dengan mak mertua, makcik  & kak ipar. 😁. Malu tau masa ni sebab duk barisan depan dekat dengan meja akad nikah.
Barisan belakang yang terlibat.
Pengantin sewa jajan corner ni. Jajan anak sedara aku beli sendiri. Dia cakap lagi jimat. Terus Hata cakap...Ehhhh....Kita boleh buat ni. Jadi side income. 😆
Masa sesi akad nikah...
Waktu ni boleh pulak abang ipar aku (ayah pengantin) tersasul sebut nama ayah pengantin lelaki. Dari Yusni ke Hussin..Udah satu dewan ketawa kome. Kami yang duk depan ni jenuh control sebab risau terover ketawa 😆
Alhamdulillah...
Dengan sekali lafaz anak sedara dah jadi wife kepada lelaki pilihan hati.

Lepas selesai majlis akad nikah, kami yang duduk tadi kena bangun beralih ke meja makan lain sebab area tu pihak Bizmilla akan set up meja makan yang baru. Jadi masa ni aku dah suruh Ammar & che mek amik makanan siap-siap sementara tetamu yang dijemput belum sampai.
Aku amik lauk je. Tak makan nasi sebab kan baru lepas makan nasi lemak dengan kopi o panas. Ayam goreng berempah, kari daging, acar timun, pajeri nenas style kelantan & ikan dori lemon.
Berasa semua dessert ni.
Bread pudding - Terpaling sedap.
Bubur jagung & sago ni pun sedap kome.
Jajan yang pengantin beli untuk kids.
Selepas makan, baru emcee panggil ahli keluarga kedua-dua belah pihak untuk sesi bergambar. Ini gambar kak ipar aku satu family.
Ini gambar kami sekeluarga.
Sekeping lagi with Hata dekat pintu gerbang luar dewan.

Aku duduk sekejab je dekat dalam dewan. Sejuk kome. Lepas tu aku & Hata duduk & berdiri dekat pintu masuk ke dewan sekali dengan kak ipar untuk sambut tetamu. Dalam jam 3:00 petang kami dihidangkan dengan menu teatime pulak.
Ada kuetiaw goreng.
Tepi pintu masuk dewan kak ipar order asing...
Tapai ni memang fevret aku la kome.
Cendol sedap tapi gula melaka tak hitam pekat. Manis tu ok dah.
2 kuih tu menu teatime. Yang lain lauk sama masa waktu tengahari. 
Ade la baki lagi. jadi kita amik la makan buat kudap-kudap. 
Aku amik nasi tu 2 sudu aje kome.

Tetamu balik jam 3.50 petang. Hall tutup jam 4 petang. Waktu ni aku & Hata naik solat dekat tingkat berapa tak ingat. Tapi surau ni memang luas yang amat. Cukup selesa. Dekat sini ada banyak jugak kedai. MBG yang besar pun ada dekat sini & buah-buah dekat sini murah jugak. Kami duk luar dewan sampai jam 5 lebih sebab nak kemas meja goodie bag & bawak balik tapai yang masih ada baki.

Kak ipar aku sewa homestay yang kami duduk sampai hari Isnin. Jadi lepas majlis, kami terus ke rumah kak ipar untuk makan malam. Ade lagi lauk kenduri sikit yang dibungkus oleh pihak Bizmilla. Sampai tu lepas solat maghrib, aku tolong kak ipar panaskan lauk, panaskan nasi & anak sedara masak sambal telur rebus dari bunga pahar.

Jam 9 malam buat tahlil sikit. Jam 10 malam baru pengantin yang stay dekat hotel datang rumah kak ipar (umi mereka). Mereka datang lambat sebab ada barang yang nak kena handover pada parent, saudara & ofismate husband pengantin.

Ade la sikit sesi bukak hadiah. Lepas tu aku ajak Hata balik homestay. Kepala aku dah start pening-pening lalat. Sampai je homestay. mandi, solat & terus la tarik selimut kome. Waktu ni hanya family kami je dekat situ sebab family kak ipar yang dari KB tu pegi rumah classmate dia dekat Cyberjaya.

Esok paginya dari homestay kami terus balik rumah. Tak dapat nak singgah Sungai Merab sebab kepala aku masih sakit & i need a proper rest. tapi tak rest jugak sebab menjahit. 😁

0 comments: