Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

12.5.2026 - BACK TO ROUTINE

As Salam

Alhamdulillah hari ni adalah hari pertama bekerja selepas 11 hari "bercuti". Alhamdulillah pagi tadi bawak motor ke LRT macam biasa. Lepas tu pegi bank in cash. Sampai area ofis singgah beli kuih untuk sarapan.
My view pagi ni dari Maybank UTM Space ke ofis.

Semalam jam 9 pagi amik grab ke KPJ Ampang Puteri. Sampai-sampai tu terus ke tempat untuk request GL. Dalam setengah jam menunggu GL pun dapat & terus ke Tingkat 2 Room 1 untuk ambik nombor giliran. Aku dapat no.4. Lepas tu terus turun ke cafe untuk makan. Memasing dah lapar. Lepas tu dekat cafe ni memang cepat betul menu breakfast habis. Waktu kami sampai ni dah ada menu untuk lunch dah.
Awe ni senyum senget pulak. Ammar cuti peristiwa semalam sebab hari sukan sekolah hari Sabtu hari tu.
Menu aku. Sayur campur & patin masak tempoyak tapi tak sedap. Tak berasa tempoyaknya kome. Ikan pun ada bau hanyir macam tak masak betul-betul. Aduhai....

Lepas makan dalam jam 11 terus kami ke tingkat 2 semula. Doctor masih belum sampai. Jadi aku tunggu sampai jam 11.50. 10 ke 15 minit lepas tu dapat masuk bilik & jumpa doctor yang sama operate aku. Aku baring dekat katil pesakit then doctor pun bukak jahitan. Alhamdulillah proses ni cepat je walaupun pedih sikit sebab bukak jahitan tanpa sebarang ubat kebas. Mentah-mentah je doctor tu bukak 4-5 jahitan tu 😁.

Doctor kata jahitan elok mencantumkan semula bahagia yang dioperate. Takde side effect macam luka bernanah atau sebagainya. Jadi lepas ni tak perlu lagi follow up. Dah boleh mandi dengan sempurna. Bahagian jahit tu dah boleh kena air cuma kena letak cream yang diberikan sebelum ni 2x sehari. Pagi & sebelum tido.

Jam 12.35 panggil grab terus ke M3 Mall sebab masa on the way nak panggil grab, che mek message aku cakap ada bahan dia nak kena bawak ke sekolah esok. Che mek bawak tab ke sekolah Isnin sampai Khamis kecuali hari Jumaat & minggu peperiksaan. Maka mencari la aku & Ammar bahan-bahan yang che mek nak tu. Dawai & aluminium foil. Lepas tu naik grab lagi balik ke rumah.

Sampai rumah penat dia jangan cakap la. Udah la dengan pedih bukak jahitan tak hilang lagi. Aku belikan che mek sosej corndog Kaiju je untuk dia balik sekolah nanti. Ammar masih kenyang. Jam 2.45 petang kot aku ajak Ammar tido sebab tetiba aku sakit kepala..

Jam 4 petang bangun tengok che mek dah balik & aku pun ke dapur la tengok apa-apa yang boleh dimasak untuk makan petang.
Terhasillah...
Bakers Cottage yang kami beli hari Sabtu hari tu.

Lupa nak cerita. Hari Sabtu lepas, jam 4.15 petang kami amik che mek dekat tempat kem. Seorang kawan perempuan sekelas dengan che mek follow kami balik sebab konon-kononnya nak mandi dekat swimming pool. Sekali sampai rumah hujan lebat sekali dengan angin kuat. Kami drop kids dekat depan lobby then terus ke Melawati Mall. hata nak bungkus Texas Chicken & lepas tu ke Baker's Cottage sebab aku nak beli seekor blackpepper chicken dekat sana.

Sampai rumah masih hujan & kami makan sekali dengan kawan che mek tu. Lepas maghrib baru kawan che mek tu balik. Selepas hujan reda. 😁. Tak pe la dik..Takde rezeki nak mandi dekat swimming pool. Nanti next time la ye.

Hari ni sampai ofis semua duk pakat tanya apa yang jadi dekat aku seminggu yang lepas. Aku cakap lunch time nnt aku open table, korang open makanan korang sendiri & i will share my story from A to Z. Cerita sekali harung senang. Tak perlu ulangan. 😆

Terharu ada rakan kerja yang prihatin macam ni. Thanks everybody. 💜

DUGAAN 1 RAMADHAN 1447H

As Salam

Hari ini aku pergi kerja sekali dengan Hata & kids sebab hari ni dan esok masih dalam cuti sekolah. Masa sampai dekat KL Sentral, ofismate update from Gombak ada issues, ofismate ni dari stesen LRT Wangsa Maju kena naik shutter bus ke KLCC. Aku ingat dari stesen KL Sentral ni takde issue la...

Sekali masa sampai dekat LRT nak langkah kaki masuk, tetibe nampak ramai jugak penumpang berjalan keluar. Rupanya ade issue jugak. Tren ni akan berhenti dekat stesen Pasar Seni & akan berpatah balik ke Putra Heights. Lepas tu sesiapa yang nak pegi KLCC, kena tukar dekat platform 1. Sebab masa nak sampai ke stesen Pasar Seni tu, tren tukar line ke platform 2.

Mujur la aku tunggu less than 20 minutes je dekat stesen Pasar Seni ni. Masa LRT sampai, LRT tu kosong. Memandangkan aku antara yang paling depan beratur, maka aku dapat la duduk sampai ke stesen KLCC. Masa sampai dekat KLCC semua kena turun sebab tren akan patah balik ke stesen Pasar Seni.
Menapak la kita pagi-pagi hari naik tangga dari Avenue K ke ofis...
Aku anggap aku pegi beli grocery dekat Village Grocer & balik ke ofis semula 😁
Alhamdulillah sampai ofis jam 8.36 pagi...
Ramai jugak yang berjalan kaki tadi. Ada yang berjalan ke arah ofis aku, ada jugak yang teruskan perjalanan ke depan lagi menuju ke stesen MRT Ampang Park.

Aduhai dugaan. Mujur hari ni ramai Malay / Chinese staff yang masih bercuti. Jadi jalan tak jammed. Ofismate aku yang naik bas dari stesen Wangsa Maju boleh sampai area Ampang Park on time, ada yang amik grab dr Setiawangsa pun boleh sampai on time jugak. Kalau semua dah start kerja? Aku rasa aku balik rumah semula kot. 😆

Korang dah planning nak berbuka menu apa hari ni? Aku & Hata planning nak bungkus je hari ni sebab risau jalan jammed masa nak balik jam 4.30 petang nanti. Dah standby kurma dalam kereta just incase kalau kami tersangkut dalam jammed.

HUJUNG ATAU AWAL TAHUN?

As Salam
2 Tahun ni bos aku ade buat appraisal. Tahun-tahun sebelum ni dia tak buat sebab dia ada alasan dia tersendiri. Tahun lepas bos aku buat appraisal sama macam tahun ni. Sebelum Chinese New Year. Hari Selasa lepas, tiba giliran aku jadi orang pertama yang masuk bilik bos dengan pintu ditutup untuk perbincangan.

Mula-mula tu memang tersengih-sengih la nak bukak cerita. Padahal kalau bos masuk ofis memang hari-hari pun aku jumpa bos. Kadang-kadang nak sign buku je..Tapi tetibe pulak melarat sampai ke cerita lain. 

Macam biasa mula-mula kita start, lepas tu bos pun akan cerita penilaian dia dari segi hasil kerja kita setahun yang lepas. Lepas tu bab MC, EL & AL. Last sekali bab increment dan bonus. Bab bonus & increment ni aku tak nak komen banyak. Sebab kita tahu kerja kita setakat mana. Takkan nak mintak lebih dari hasil kerja. Kan? Ini aku serahkan pada bos untuk letak level mana. Harapnya berbaloi la dengan hasil kerja aku tahun lepas. 😆

Aku beritahu bos, tahun lepas apa yang aku dapat siapkan dan apa yang aku dah buat untuk opis. Jadi terpulang pada bos untuk menilai level yang sepadan dengan aku. Janji ade rezeki bahagian kita sudah la...Dah nama pun bonus 😆.

Korang yang bekerja biasa appraisal dibuat hujung tahun / awal tahun sama macam aku? Macam Hata ofis dia buat hujung tahun lepas. Ofis aku biasa bos bagi 2 perkara ni pada gaji bulan pertama tahun baru. 

BERTAMBAH LAGI 2..DARI 5 KE 7

As Salam
Semalam bermulalah episode parking motor dekat tempat baru...Iaitu dekat stesen LRT - Taman Melati. Alhamdulillah aku rasa perjalanan dari rumah ke stesen LRT - Taman Melati ni adalah separuh lebih sikit je perjalanan dari rumah dulu ke stesen LRT Sri Rampai...Cumanya sekarang ni aku kena add on lagi 2 pit stop of LRT Stesen..Kalau sebelum ni hanya 5 stesen, sekarang dah jadi 7 stesen...Masih tak boleh lawan stesen kak SA ..Smp 19 stesen kome...😆Masa perjalanan pun mungkin bertambah dalam 5-7 minit.

Semalam aku turun rumah dalam jam 7.25 pagi. Laluan lapang je dekat depan SK Taman Melati & SMK Taman Melati tu. Bila aku toleh ke kiri tengok budak-budak sekolah tengah beratur di perhimpunan dah. Dari SK tu sampai la ke traffik light nak ke LRT Taman Melati, semuanya clear. Ada kereta pun masih tak sebanyak kereta yang aku akan jumpa sdepanjang perjalanan dari rumah lama dulu.
Mirror selfie 1 kali...
Dah lama tak ber-selfie dengan cermin sisi motor ni ha 😆

Sampai je dekat LRT tu aku berdebar semula sebab mata kena alert dekat mana ada parking motor yang kosong. Aku kena parking dekat atas laluan nak ke flat belakang tu sebab parking motor bahagian depan LRT dah penuh. Mujur la senang je nak dapat parking. Tangga nak ke LRT pun dekat je.

Alhamdulillah setakat ni semuanya berjalan dengan lancar. Bila tiba waktu Hata outstation atau balik keje lambat dari office, dan aku kena bawak motor sendiri idak la kekok sangat. Tapi berdebar setiap hari dan setiap kali perjalanan nak ke LRT tu memang ada. Semoga semuanya baik-baik aje untuk aku , Hata dan anak-anak. nak sesuaikan diri bangun jam 5.30 pagi tu bukan senang. Biasa alarm jam berbunyi pukul 5.40 dan snooze sampai jam 5.50 pagi 😆.

Ini rutin baru buat kami sekeluarga. Semoga kami cepat-cepat dapat sesuaikan diri..Amin.

DAH PECAH KENA GANTI LA

As Salam

Sebelum aku cerita tentang pecah ni, aku nak minta korang doakan kesembuhan buat abah Hata yang tak sihat dari hari Isnin lepas...Ahad malam Isnin tu FIL aku mengadu sakit kaki...Lepas tu bawak gi klinik...Lepas tu doctor mintak segera bawak ke hospital..Jadinya mereka bawak FIL ke hospital KB...Tapi sampai jam 10 pagi Isnin, masih tak dapat katil dekat ward sebab ward penuh...Jadi mereka suruh FIL balik dulu dan bagi ubat yang sepatutnya..
Masa sampai doctor bagi oksigen sebab doctor detect oksigen kurang...
Semoga FIL dapat bertahan & ubat yang diberikan berkesan...Amin..
Esoknya BIL aku bawak FIL ke HUSM...Alhamdulillah dapat katil & sekarang FIL aku ade dah boleh discharge ..Ade beberapa bahagian dalaman yang dah tak boleh berfungsi dengan baik...Macam paru-paru, buah pinggan & injap jantung..

Kembali ke cerita aku...hari Isnin pagi sampai dekat ofis aku buat air berperisa aku macam biasa...Masa nak keluarkan bekas ais dari dalam peti sejuk, tetibe tangan aku yang pegang bekas ais tu terlanggar pintu peti sejuk maka terlucut & terjatuh la bekas ais tu...Bertaburan la ais cube aku...Aku ingat ais aje yang bertaburan..Sekali dengan bekas ias tu bertaburan jugak...
Hancur sudah...
Bekas ni pun dah setahun lebih rasanya aku gunakan...
Mungkin dah sampai masa kot dia mereput...

Jadi lunch hour hari Isnin tu terpaksa la aku pegi dekat Daiso & Mr.DIY mencari bekas ais cube yang baru...Dapat la bekas ini haaa...Aku suka ais cube yang besar-besar supaya senang nak amik dan tahan lama dari ais cube yang kecik-kecik tu walaupun coffee thermal aku sekarang ni memang tahan sejuk.
Aku nak cuba yang jenis gini..
Sebab masa pegi mMr.DIY, tak ada stock ais cube yang besar...
Pegi Daiso, bekas ice cube yang petak besar dah habis stock pulak...
Rasanya baru last week aku beli 2 pcs untuk rumah...
Minggu ni dah habis stock dah???
Jadi kita try la amik yang ini...Sebelum balik keje, aku isi air dalam ni...
Hasilnya???
Jadi separuh lebih sikit je...
Tak jadi bulat sepenuhnya...
Breakfast with ice caffe Latte dari Aik Cheong...
Ofismate aku cakap bentuk ice cube ni macam planet 😆



Ok..Kira lulus la ye kome...Mujur la senang je nak jumpa pengganti...😆..
Kalau korang, korang suka ice cube yang petak atau bulat macam ni untuk buat dekat rumah atau ofis?

PENANGAN LRT DELAYED - 9.10.25

As Salam

Hari Khamis yang sangat terasa lambat kebenor kome nak nyampey ke stesen LRT KL Sentral. Hari Khamis stesen trakhir aku adalah KL Sentral sebab nak balik dengan Hata. Tapi apakan daya...Masa sampai dekat LRT Ampang park, aku tengok orang dah start beratur panjang dekat alik ke stesen Gombak. Alik ke KL Sentral waktu ni ok lagi..Alhamdulillah masa masuk dalam LRT, aku dapat tempat duduk. Masa sampai dekat stesen KLCC, LRT mula buat hal dengan berenti more than 5 minutes.

Masuk stesen ke 3, udara dari aircond dah tak terasa & bau badan entah sapa-sapa mula menyebarkan gasnya...Perjalanan yang sepatutnya amik masa dalam 15 minit dah jadi 30 minit. Masa aku sampai dekat stesen KL Sentral tu, aku tengok orang dah macam berebut-rebut nak masuk..Masa turun dekat escolator tengok lengang je...Nahhh..Masa nak touch card, tengok orang dekat luar area kaunter LRT KL Sentral tu dah penuh macam beratur nak masuk stadium bola. Aku terpaksa lalu depan orang-orang yang beratur nak masuk ke area LRT menuju ke alik Nu Sentral.

Hata pulak sampai kena pusing 2 kali sebab tempat yang biasa Hata pick up aku tu tak boleh berenti menunggu.Sampai rumah jam 7.15pm..Patutnya boleh sampai jam 6.40pm...Terus mati idea nak makan apa...Lepas maghrib che mek cakap tak nak ikut kami pegi makan...Maka aku & Hata naik motor aje la pegi bungkus makanan anak-anak & kami makan dekat kedai...

Pegi kedai depan taman, lambat lagi akan dapat makanan sebab masa kami sampai ade 7 meja lagi yang masih menunggu. Maka merempit la kami ke kedai dekat Sri Rampai..
Menu kami berdua..
Aku makan tomyam putih ayam & telur dadar...
Sebab rasa dah lama tak makan menu ni 😀
Hata amik nasi goreng USA.
Anak-anak kami bungkuskan mihum tomyam.
Sebelum gerak balik, singgah pasar mini dalam food court ni...
Belikan stock roti untuk Ammar bawak ke sekolah esoknya..
Lepas tu aku jumpa roti ni...Aku amik 1 untuk raso-raso...
Apo raso eh???

Tengahari Khamis tu despatch ofis aku bagi apam balik mini ber-topping ni...Sedap jugak kome..Aku potong 4 setiap jenis then makan sorang sikit dengan ofismate...Budak despatch tu beli dekat medan Mara yang tengah ada food fest. 
Sedap nih...
Flavor green tea, red velvet, chocolate cookies & biscoff 


Alhamdulillah..Selesai dah beberapa perkara hari semalam...Hari ni esok-esok la aku cerita ye...Korang buat apa hari ni?

MAY, JUNE, JULY BIRTHDAY CELEBRATION

As salam

Hari ni lambat sikit bersiaran sebab baru sempat nak sorting gambar 😁..Alhamdulillah hari khamis minggu lepas ofis aku ada meraikan birthday girl & seketul boy yang lahir pada bulan May, June & July...Kami buat simple-simple je waktu tea time..Bos aku order 3 jenis kuih & beli apple talk gantikan cake..Aku ikut aje la..Udah ofis nak belanja tu kita amik aje la 😆
Katanya femes dekat klang
Makan waktu baru keluar dari fridge memang sedap kome 😁
Sedap...Isi banyak
Aku sponsor buah..Saje sebab tekak rasa nak makan buah 😆
Ketayap..The kelapa is so juicy...Sedap..
Our fevret..Mmg kena dengan tekak...
Kami beramai-ramai potong apple strudel...😁
Dapat 1 sorang...
All gurls yang lahir bulan May, June & July...
Ade sorang dispatch tak dapat datang sebab busy dekat land office...
Kami saje-saje pilih kaler pink untuk hari Khamis tu....
Free style pose 😆
Pandai ek bos aku ni menyorok belakang aku...
Udah aku pulak yang nampak chubby disitu...

Alhamdulillah..Selesai majlis bos aku buat announcement...Ade yang dapat additional medical claim with no capping, ada yang dapat penambahan hari dalam AL...Aku pun tak terkecuali jugak..Aku dapat penambahan 1 hari lagi AL & penambahan dalam medical claim..Both is with immediate effect jugak 😁..Ok la kan?

Aku bersyukur sebab 3 jenis kuih yang aku order atas pilihan bos tu dapat sampai dengan tak terlalu lambat macam yang sebelum ni & rasa pun semua kata kena dengan tekak mereka...Aku tak suka dengar komplen je 😆

Hari Jumaat aku MC sebab tetibe sakit kepala yang teruk jugak..Sampai rasa mual...Kalau aku ade fikir perkara yang berat-berat sikit..Mula la sakit tu datang..Actually dah berlarutan selama 3 hari...Hari Jumaat tu tak tahan sebab tu pegi klinik...Dekat rumah memang aku berehat aje...Tak masak..Buat kerja rumah sikit-sikit je...


Risau jugak bila kerap pening ni kan? Tetibe je...

BEKERJA DIHARI MINGGU

As Salam

Hari Sabtu lepas aku & 2 orang lagi staff kena datang ofis untuk clearkan file-file lama yang akan dimasukkan ke dalam black box dan dihantar ke external storage. Baru-baru ni ade 1 project baru je selesai proses buat perfection of transfer & charge . Jadi total ada dalam 300++ file yang kami kena clearkan. Actual files total ada dalam 400++ ..Itu termasuk yang on going & cancelled.

Jadinya hari Sabtu tu aku kejut anak-anak macam biasa, lepas tu hangkut semua ke ofis aku..Kita breakfast dekat mamak ofis ni..Lepas tu pkol 8.20am aku naik ke ofis..Hata & kids balik rumah.
Breakfast at mamak dekat ofis...
Aku & Hata makan roti telur...Che mek roti planta gula..Ammar share2 je dgn kami..

Mencabar jugak sebenarnya nak sorting file ni..Sepatutnya kerja ni 50% dah diselesaikan oleh ex-staff sebelum ni..Tapi bila bos & lawyer baru check..Aduhai...Kena buat semula then baru boleh selesaikan task yang berikutnya iaitu masuk dalam black box. Udah jadi 2 kerja..Waktu hari bekerja aku tak dapat nak sorting sangat file ni macam document mana yang perlu, document mana yang boleh direcycle sebab kerja hakiki pun memang datang je...
Main dengan file 😆

Memandangkan ini adalah perkara baru buat aku, jadi kerja tu memang agak slow sikit sebab aku nak kena faham betul2 document yang macamane nak kena ada dalam file utk disimpan dan untuk dibuang sebab urusan pendaftaran geran keatas nama pembeli & bank (kalau pembeli buat loan) dah selesai.

Untuk part akaun, aku kena make sure semua official receipt kena ada..Nanti budak akaun akan double check, lepas tu staff lagi sorang check ade tak scanned copy..kalau ada baru boleh ransfer ke black box & buat listing. Panjang kan jalan cerita dia??? 😆

Dari jam 8.30 pagi sampai jam 3 petang kami duk dalam ofis tu mengadap file-file ni semua. Total aku dapat buat hanya dalam 66 files. Tak lunch ye kome...Mujur la pkol 3 tu Hata & anak-anak amik aku dekat ofis dan kami terus pegi makan...

Hari ni masih banyak lagi file yang nak kena sorting...Semoga dapat selesai dengan cepat sebab ade banyak file lain nk kena sorting 😁

TEMPAT BERTENANG

As Salam

Sejak ofis pindah ke block baru 2020 (sblm covid). 2 bulan masuk ofis baru kena PKP. Lps PKP, PKPB kan..Time tu aku bwk BEKALAN sendiri...😉.Bukan la bekal ape pun...Cuma peralatan utk aku nk berehat & bertenang kalo x makan waktu lunch hour...Kadang2 kaki rajin nk berjln smp ke Avenue K 😆

Mujur la xde staff yg solat between lunch hour lepas masuk waktu..So aku amik la port tu utk HEALING 😀
Comforter kids, bantal thailand, kain pelekat & tuala kecik..
4 barang ni cukup utk buat aku LENA selama 50 minit. Lama tu...
Kadang2 bila dah breakfast dgn makanan berat , kekenyangan dia tu boleh membawak smp ke tengahari. Jadi mmg bleh tido lena lepas semua "kelengkapan" ni ada. Lepas tido, aku simpan cantik2 dlm bag & selit tepi rak letak telekung masing2...Selesai..

Ofis korang pun mesti ade tmpt mcm ni kan?

Masa aku keje celcom dulu, kalo nk lelap / mls nk blk rumah mase split shift sbb Hata pun dkt ofis masa tu, kami akan berkumpul dkt surau kecik floor yg sama...Kami yg split shift ni, 4 jam keje, 4 jam rehat & 4 jam keje semula. Means kalo shift pkol 8am, akan blk pkol 8pm. bg yg rumah dekat bleh la blk..Kalo jauh2 mmg lepak aje la dkt ofis. Masa keje dkt Geomatika Kolej (skrg dh jadi GUC) pun mmg ade tmpt solat dkt sebelah bilik kerja kami..So bleh jgk lepak sane...Tak perlu pegi jauh smp ke surau utama. Mase keje dkt MTOUCHE dulu x dpt buat mcm ni sbb xde tempat HEALING dlm ofis...Dah nk akhir2 ofis pindah baru ade slps renovation. Tp lps reno, tukar management, udah kena pindah plk..Terpaksa la aku tender sbb ofis pindah jauh smp ke kota damansara. Pkol brp aku nk smp rumah lps blk keje? Taska anak smp pkol 6.30pm je..Hata plk keje & meeting berpisah tiada..Tak tentu masa plk. Sebab tu aku pilih utk tarik diri.

Alhamdulillah x lama lepas tu dpt keje dkt ofis skrg...Ade tmpt utk bertenang..I am happy 😀.Tapi dkt ofis ni aku sorg je yg beriya2 sgt bwk kelengkapan ni ye...Staff lain xde pun beriya mcm aku ni..Tapi aku x kesah sbb aku simpan brng aku elok2 & x bersepah. Kadang2 kita perlukan tempat untuk bertenang selepas agak stress dkt tempat kerja. Walaupun jawatan aku biashe2 je..Tapi tekanan kerja tu tetap ade. Jadi selain dr buat yg UTAMA, pillow talk, kadang2 kita perlu sendirian jgk kan?

Pernah sekali smp sebulan aku x lunch. Tiap kali waktu lunch, aku bantai tido dkt tmpt solat tu smp pkol 1.55pm. Ade chinese ofismate yg bertanya..Aku ade ape2 issues / problem nk share x? Sbb U selalu tido waktu lunch hour 😄. Aku jawab je I masih kenyang lps mkn waktu breakfast. So better I rehat time lunch . Save energy..Gitew..😆


Itu lah kisah tempat bertenang aku...😉

MENGELAT SEBAB PENAT

As Salam
ehsan google

Sejak2 bekerja & waktu blk tak sama dgn Hata, aku dah pandai mengelat dari masak dinner dkt rumah...Kalo dulu boleh la smp rumah dlm 6.40ptg-6.45ptg..Skrg kalo smp rumah pkol 7mlm tu dah happy sgt dah..Tapi biasenya akan smp after 7pm & before 7.30pm...

Sedih jgk tgk anak2 tggl dgn cikgu dkt taska smp ke mlm...Tapi nak buat macamane...Keperluan hidup memerlukan pengobanan.Sob..Sob..Sob..

Mujur la Hata faham..So bile Hata boleh blk awal, kami mmg dinner dkt luar...Hari tu ade bwk blk lauk lebihan kenduri...Boleh la aku masak nasi, panaskan lauk & add on 1 lg lauk simple...

Skrg rutin harian bile che mek sekolah / tak sekolah adalah bangun pkol 5.30pg..Lepas subuh, udah get ready prepare keperluan anak2..Pkol 7.30pg dh kena htr anak2 ke taska....Bukak mata smp pkol 9.30mlm yg mana waktu tu mmg mata dah kuyu..Badan dah lesu sgt....

Menagih kasih pada hari minggu aje la utk melayan anak2 lebih sikit dari hari bekerja & utk masak...Weekend, please be nice with me ya...huhu

Dulu2 duduk Kepong, boleh la blk kerja amik anak2, then trus pergi mkn..Blk rumah boleh berehat tak perlu masak dah...Tapi skrg, dah tak sama..Che mek pun dah sekolah, jadi mmg akan ada homework yg kena siapkan & aku perlu ada bersama utk pantau kerja sekolah che mek..

Mgkn aku masih perlu cari cara utk sesuaikan diri dgn waktu blk kerja skrg...harap2nya lepas ni aku dah boleh sesuaikan diri & masak mlm dkt rumah..


Amin




End

WORK : ANNUAL DINNER 2018

As Salam

Dah selesai edit gambor, baru la boleh cerita ttg annual dinner opis baru kan?...Alhamdulillah sebab diberi peluang utk join the event walaupun aku adalah staff baru...Mgkn sbb aku under HR & join jgk sikit2 dgn event preparation...Itu yg aku diajak jgk..huhu

Pkol 1tghari hari Jumaat aku blk rumah sendiri sbb Hata gi solat Jumaat utk letak bag & salin baju...Sambil2 tu buat jgk project bling2 kasut aku tu..Haha..Pkol 3.15ptg Hata htr ke LRT..(Hari tu Hata amik cuti sbb anak2 kena amik mcm biase..Kalo Hata keje, alamat tido dkt taska le anak2 sbb Hata akan smp rumah lewat..huhu)..Pkol 3.50ptg dh smp ke Hotel Grand Hyatt..Byk jgk company yg buat annual dinner...Jadi, agak menggagau jgk aku disana..haha

Smp2 je terus bg dokumen yg my HR mintak aku buat mase dkt opis separuh hari td..Lepas tu tlg committee settlekan setup doorgift area...So meh le layan gambor2 yg aku sempat snap ye...

Bergambar sebelum membizikan diri & org ramai dtg..Haha 
Siap dah susun door gift 
The Grand Ballroom View...main stage sebelah kanan gmbr ni..huhu
3 jenis penambah perasa....
Tak tau apa nama soup ni..Tp dlm ni ade 2 cube isi ayam, cendawan tu (aku x mkn)..Boleh la... 
Sedap...Udah le aku mmg suka brokoli..huhu 
Nasi goreng cendawan & ayam..Not bad..Tapi x habis mkn sbb dh mkn giant butter prawn 4 ekor and few others food yg aku x sempat nk snap..huhu
Ice cream booth... 
Ice cream merah tu masammmm...
Vanila + strawberry tu sedap..
Coklat mmg fevret...huhu

Dessert booth....Banyak dessert dkt sane.... 
Tapi aku amik 3 ni jer..Reason yg sama..Sebab dah kenyang..huhu 
Dessert dari pihak hotel...

Event ni diselang seli dgn lucky draw, best dress competition, most liked instagram challenge, long service award & table game..Table game tu, meja aku terlibat, tp x menang..Haha...

Lucky draw pun, rezeki belum memihak pada aku..same goes to others category..Hahaha..Tak pe lahhh..Janji enjoy kan? Dah lama rasenye x join event besar mcm ni..huhu...

Majlis habis pkol 11.30 mlm..Hata dtg amik dgn anak2..Igt dpt la blk rumah terus, skali Hata ckp kena gi jmp kwn sekolah dia sbb kawannya ada mintak Hata buat 1 design...So nk htr la printing desing tu ke sana...Last2 smp rumah udah pkol 1 pg...Tak lalu le teman nk mengemas bag wehhhhh..Lepas selesaikan ape yg patut, terus ZZzzzzz..Esoknya pkol 5pg dah celik mata...



So far pada aku event ni ok jer...


Company kome dh buat annual dinner dah?



End.

CERITA OFFICE

As Salam

Quick update sebelum aku join others committee utk event company annual dinner kejab lg...Huhu
Alhamdulillah, rezeki masuk kerja baru dpt join annual dinner company...Memandangkan aku ni report under HR..Maka secara tak langsung aku pun terlibat sikit sikit dlm persediaan event ni..Takde la banyak yg aku buat, setakat buat labels and a few things lain.

Mlm td bos aku whats app bgtau esok (hari ini) aku dpt kerja half day...Tapi pkol 1pm nnt aku kena ke hotel utk join the committee.
ehsan google
Tema annual dinner company malam ini....
Mujur la aku ade dress sequins dkt lengan yg dijahit 3 tahun lepas, mase dlm pantangkan Ammar..Tudung pun kebetulan ade tudung lama yg manik bunga penuh 1 kepala..Cuma kasut je aku xde yg sedia ada...Jadi aku kena fikir nk buat ape dekat kasut so that boleh jadi glitters2 jgk..Haha..

Makanya kelmarin kalo x silap, Dlm pkol 8mlm kami ke kedai ECO RM2 sebab nk beli biskut..Jadi kite cari la mane2 sticker sequin yg boleh aku amik utk add on pada kasut buat sementara waktu...Haha..Apa jadi pada kasut? Nnt lepas event aku update ye..Sebab skrg ni sticker sequins tu belum diletak lg pada kasut..Haha

Alhamdulillah sekali lagi...Huhu

Kawan2 doa2kan aku bertuah mlm ni utk menang ape2 hadiah ye...
Banyak hadiah2 menarik yg disediakan...I is tergoda..Haha



Company kome dh buat annual dinner?



End

WORK..WORK..WORK

As Salam

Bile usia dah menginjak jauh dgn kehidupan dan dekat dgn kematian ni, rase penat sgt nk cari kerja baru...Tak cari tak kena..Bile dicara ade yg kena & ade yg x kena...Haha..

Kisah aku interview last month sudah pun berakhir..Ade kisah yg aku nk ceritakan dkt sini...

Alahmdulillah, aku diterima bekerja dkt company tu...TAPI!!!! Lepas 4 hari kerja aku terpaksa tender 24hrs sebab aku rase benefit yg diberikn tidak terlalu memihak pada pekerja & staff dia ade yg bawak NEGATIVE VIBES...I dont like that..Haha..

Kenapa aku tender 24hrs??
Sebab dah 4 hari aku kerja, bayang2 offer letter masih aku x nampak..sedangkn dieorg ada masa selama 3 hari sebelum aku lapor diri...Rase tak sedap hati dah start menjalar aje dlm diri aku nih...Haha..Jadi decided dgn Hata, worst come to worst aku kena tender jgk untuk elak dari perkara2 yg tak dtgkn faedah terjadi pada aku...

Lepas tender, aku rase beban dekat bahu tu mcm dah bergolek menuju ke sungai yg mengalir...Takde rase menyesal langsung...Huhu

Lepas dari itu, mmg aku ligat mencari yg lain..Seligat org buat SALE utk achieve target...huhu
Hari Rabu hari tu, mase tengah ligat mencari, aku dpt 1 kol mintak dtg interview at 4pm...Mujur sgt at that time my SIL ade dkt rumah..So aku mintak tlg dia utk amik anak2 dkt taska..

Interview session went well...Memula interview dgn HR Manager HQ...10 minit lepas tu interview dgn HR Manager Asia Pacific plk...Dan at the same time HR Manager Asia Pacific tu mintak aku kerja hari Khamis...Terkejut beruks kejab meks...Lepas aje habis interview session & dpt persetujuan bersama, terus kol Hata...

Rase nk menangis wehhhh...Bukan senang nk bg org amik kite bekerja terus mase interview session tu...Alhamdulillah rezeki sgt...Harap2nya peluang bekerja dkt company baru ni berkekalan smp Allah swt kata SAMPAI SINI AJE REZEKI AKU DKT COMPANY NI..
Muka org baru dpt kerja..haha 
Early morning snack yg diberikan...Huhu...



Kawan2 tolong doakan ini adalah pekerjaan terbaik buat aku ye...huhu





End