As Salam
Hari Khamis yang sangat terasa lambat kebenor kome nak nyampey ke stesen LRT KL Sentral. Hari Khamis stesen trakhir aku adalah KL Sentral sebab nak balik dengan Hata. Tapi apakan daya...Masa sampai dekat LRT Ampang park, aku tengok orang dah start beratur panjang dekat alik ke stesen Gombak. Alik ke KL Sentral waktu ni ok lagi..Alhamdulillah masa masuk dalam LRT, aku dapat tempat duduk. Masa sampai dekat stesen KLCC, LRT mula buat hal dengan berenti more than 5 minutes.
Masuk stesen ke 3, udara dari aircond dah tak terasa & bau badan entah sapa-sapa mula menyebarkan gasnya...Perjalanan yang sepatutnya amik masa dalam 15 minit dah jadi 30 minit. Masa aku sampai dekat stesen KL Sentral tu, aku tengok orang dah macam berebut-rebut nak masuk..Masa turun dekat escolator tengok lengang je...Nahhh..Masa nak touch card, tengok orang dekat luar area kaunter LRT KL Sentral tu dah penuh macam beratur nak masuk stadium bola. Aku terpaksa lalu depan orang-orang yang beratur nak masuk ke area LRT menuju ke alik Nu Sentral.
Hata pulak sampai kena pusing 2 kali sebab tempat yang biasa Hata pick up aku tu tak boleh berenti menunggu.Sampai rumah jam 7.15pm..Patutnya boleh sampai jam 6.40pm...Terus mati idea nak makan apa...Lepas maghrib che mek cakap tak nak ikut kami pegi makan...Maka aku & Hata naik motor aje la pegi bungkus makanan anak-anak & kami makan dekat kedai...
Pegi kedai depan taman, lambat lagi akan dapat makanan sebab masa kami sampai ade 7 meja lagi yang masih menunggu. Maka merempit la kami ke kedai dekat Sri Rampai..
Menu kami berdua..
Aku makan tomyam putih ayam & telur dadar...
Sebab rasa dah lama tak makan menu ni 😀
Hata amik nasi goreng USA.
Anak-anak kami bungkuskan mihum tomyam.

Sebelum gerak balik, singgah pasar mini dalam food court ni...
Belikan stock roti untuk Ammar bawak ke sekolah esoknya..
Lepas tu aku jumpa roti ni...Aku amik 1 untuk raso-raso...
Apo raso eh???
Tengahari Khamis tu despatch ofis aku bagi apam balik mini ber-topping ni...Sedap jugak kome..Aku potong 4 setiap jenis then makan sorang sikit dengan ofismate...Budak despatch tu beli dekat medan Mara yang tengah ada food fest.
Sedap nih...
Flavor green tea, red velvet, chocolate cookies & biscoff
Alhamdulillah..Selesai dah beberapa perkara hari semalam...Hari ni esok-esok la aku cerita ye...Korang buat apa hari ni?
0 comments:
Post a Comment