Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

EASY STEP ADDING SCROLL BOX ARCHIVE & LABELS

As Salam

Masih lagi dalam proses menambahbaik appearance baju baru blog...Kali ni aku cari pulak cara paling mudah untuk masukkan sroll box untuk archive dan labels..Senang bebenor rupanya..Mujur ade blogger yg bermurah hati nak share...

Disebabkan aku dapat ilmu ni secara percuma, jadi aku pun dengan murah hati nak share dekat sini..Meh ikut step semudah ABC ni ye?huhu
STEP 1 :
- Login blog dan pergi ke THEME, then click CUSTOMIZE 
STEP 2 :
- Click ADJUST WIDTHS and letak coding diruangan ADD CSS..Lepas tu click APPLY TO BLOG

Coding untuk scroll box archive :

#BlogArchive1 .widget-content{height:200px; width:auto;overflow:auto;}

Coding untuk scroll box labels :

 #Label1 .widget-content{height:200px; width:auto;overflow:auto;}

Maka dapatlah hasilnya seperti dibawah...Huhu
SCROLL BOX ARCHIVE

Senang aje kan?
Apesal aku baru jumpa skrg ek?
Dulu punya la susah aku mencari..Hahaha
Nmpk nau aku ketinggalan..
Ape2 pun skrg aku dah berjaya!!!!..ekek




Selamat mencuba pada yg masih mencari cara paling mudah add scroll box pada archive & labels...

Happy weekend everybody!!!!




End

TRAGEDI PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH

As Salam

Salam Jumaat semua..Semalam, kite sudah sedia maklum dengan tragedi yg menimpa 23 penghuni di PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH, dekat Keramat Hujung...Actually tempat ni dekat je dgn rumah aku..Kalo turun LRT Dato Keramat pun boleh sampai ke pusat ini..

Mula2 aku tak tahu cerita..Tapi bile one of member dalam group Aiman mula sebarkan cerita ni pagi semalam, aku mula rase menggigil membaca..Sampai2 opis mula la tgk FB & instagram kot2 ade yg update dengan lebih lanjut...

Ade yg update gambar mangsa (tapi dlm group aje la), ade yg update video semasa kejadian yg mana kite boleh dengar suara jeritan...Ade yg update video semasa kejadian, Azan subuh sedang berkumandang..macam2 lagi video yg mula ditularkan...Aku jadi sebak...

Lepas tu dapat tahu plk ade 2 tong gas berwarna kuning dekat depan pintu bilik keluar dan masuk asrama tempat mereka tidur.. Sedangkan tong gas yg pusat ni guna berwarna hijau..Mustahil kalo tiba2 ade 2 tong gas di depan pintu sedangkan dapur mereka berada ditingkat bawah...Siap ade berita mnyatakan pihak forensik / bomba jumpa bahan kimia jugak berdekatan tong gas tu..

Bagi yg terselamat syukur alhamdulillah..Mujur la ade antara anak2 ni berjaya menyelamatkan bayi/kanak2 yg mana anak2 ini adalah anak kepada ustaz yg sama2 tidur ditingkat kejadian..Hari ni aku tak lepaskan jugak peluang untuk tengok update2 dr semua media...Ade yg kehilangan 3 insan tersayang sekali gus..

Kalo korang nak tahu, 3 beradik ni :
3 beradik ini adalah anak saudara kepada salah seorang admin dalam Aiman FC (AHRFC)...Waktu dapat tahu tentang ini...Terus lemah rasa lutut aku...Sedih sgt...Tambah2 dengan surat dr mangsa bernama Amiel..Seolah2 sudah dapat merasakan pemergiannya tidak lama lagi..

3 beradik ni pun my friends ckp mmg berbeza perangai mase Aidiladha yg lepas..Si abg, dari byk bercakap dgn kwn aku, bertukar jadi seorg yg senyap...Ada antara mereka yg senantiasa mahu bersama dgn emak kepada kawan aku ni sebab mmg keluarga kawan aku yang menjaga mereka sejak ketiadaan ayah. Ade jgk yg bertanya..Bagaimana mati syahid? Dia mahu mati syahid...Ya Allah..Memang berhelai2 tisu atas meja aku...Berair mata saat baca dan dengar penjelasan dari kawan aku tu...

Semoga mangsa2 ini ditempatkan ditempat yang paling mulia disisi Allah swt...

Ketahuilah..Punca kematian hanyalah suatu ASBAB kepada matinya seseorg...Allah swt telah mengatur segalanya cara & bentuk kite saat kematian itu datang. Mgkn kite akan fikir mereka terseksa saat itu, tapi berdoalah agar mereka tenang saat nyawa diambil oleh malaikat...

Jangan terlalu menidung jari kepada sesiapa..Sebaliknya..berdoalah agar kita berada dalam keadaan bersedia saat nyawa diambil oleh malaikat...

Doa2lah agar kite mati dalam keadaan yg tenang dan senang...
Doa2lah agar jenazah kita mudah diuruskan..
Doa2lah agar insan2 tersayang duduk lama dikuburan agar malaikat bertanya dengan suara yang prlahan pada kita di alam sana nanti...





End

13th AUGUST : HARI KIDAL SEDUNIA

As Salam

Aku tak igt 13th August hari tu adalah hari KIDAL sedunia...Rasa terharu sebab orang kidal diraikan..Gitew...Ekek..
I'M LEFT HANDED..!!!

Ramai yang buat kajian kata orang2 left handed ni KREATIF....Jugak mereka buat kajian bahawa orang yang kidal ni lebih cenderung ke arah SENI, MUZIK, IT dan KREATIF things...Aku memang suka sangat dengan perkara2 / benda2 yg melibatkan aktiviti creative / craft...Jadi aku dah boleh geng dgn Steve Jobs ( Apple ), Bill Gates and Mark Zuckerberg...kiki

Kajian menunjukkan bahawa orang KIDAL menggunakan OTAK KANAN macam gambarajah dekat bwh ni :

KESUKARAN SI LEFT HANDED :
Based on my own experience...Seharusnya kalo time nak memotong kentang, lobak atau ape2 sayuran yang perlu dibuang kulitnya menggunakan pisau pemotong kulit...Dulu mase mula2 guna..Memang rase seksa..Tapi lepas aku KEEP PRACTICE guna pisau tu potong kentang mase keje dekat Kenny Rogers Roaster as Kitchen Crew...After that dah expert dah even aku guna tangan kiri..Orang lain potong hala ke depan..Aku hala ke badan sendiri? Boleh faham?huhu...Tapi still laju mcm org tangan kanan yg memotong..Even mase kenduri dulu, aku potong dekat kampung pun mak & abah terkejut sbb aku laju je potong kentang guna pisau tu...

Guna mouse pun dulu2 mcm seksa sikit...Ko dah biase ape2 nak pegang, tangan kiri yang hulur dulu...Nk bawak mouse ke kiri mmg boleh..Tp tekan2 tu xkn ko nak guna jari hantu plk kan?Kalo right click kekok pulak bile guna jari telunjuk...huhu

CENDERUNG TERJEBAK DENGAN EMOSI NEGATIF :
Fakta ni sometime mmg kena batang hidung sendiri...Sometimes bile dah penat sgt memikir, emosi tu mmg jauh sgt melencongnya..Smp ke perkara pelik2 (negatif maybe) pun boleh terlintas dalam fikiran...Tapi bile fikir2 blk..mane datangnya logik smp nk feeling gitu?

TAPI!!!... Kesan dari emosi itu lah anak2 tangan kidal ni dapat hasilkan sesuatu menyentuh hati yang sangat mendalam...Part ini memang aku tak nafikan..Sometimes aku rase mcm ahli pujangga..Ayat aku kadang2 mcm sang pendita...Tapi aku jarang tulis / luahkan dalam blog or other media sosial..Kalo ade pun, sure time tu aku dh x bleh tahan..So kena luahkan jugak..nak luah direct takut kena kecam...Luahlah guna ayat bunga2 & puitis so that sape yg betul2 faham je yang terasa..Gitew...kiki

KELEBIHAN DALAM BIDANG SUKAN :
Kalo aku, dulu aku pemain bola jaring..Jadi CENTER ...Ape kelebihan aku ek? Ntah..huhu.. Kalo pemain tennis or pemain badminton mgkn 1 kelebihan bg pemain tu sebab pemain tangan kanan agak susah nak agak bola tu dihala kemana..Gitew....

MEMORI LEBIH BAIK :
Ade w/site menyatakan anak2 kidal ni ada memori ingatan yang cukup kuat sebab memiliki corpus collasum yang lebih bersar berbanding anak2 yang menggunakan tangan kanan. Ini kerana bahagian otak tersebut ( corpus collasum ) berfungsi sebagai penghubung otak kiri dan otak kanan. Bahagian inilah yang berfungsi mengawal fungsi kognitif dan motorik yang banyak menyimpan memori.

Jadi tak hairanlah jika anak2 kidal ini mempunyai ingatan yang kuat pada tarikh, formula matematik dan fakta sejarah dengan baik...

Part ini aku sendiri x sure aku boleh tergolong dalam memilik memori yang baik atau tak...Kalau matematik memang selalunya aku congak2 je..Sebab dulu2 mase buat kerja sekolah math depan mak, dan mak nampak aku mengira basic math guna kalkulator, mak akan cakap org yang tak pandai je yang guna kalkulator...Org yg pandai dia congak2 je..Ekekek...Mak aku kalo setakat mengira tambah, tolak darab, bahagi yang basic memang congak je...Jarang nampak mak pakai kalkulator..So dari situ aku berusaha utk kire congak2 jugak..Alhamdulillah smp sekarang aku masih praktikkan...Eheh..

Part FAKTA SEJARAH..Aku mmg tak berapa igt sgt..Cuma tak sangka mase SPM, subjek sejarah aku dapat B3..Ekek..

Sekarang aku perati Ammar banyak gunakan tangan kiri...Menulis samada dekat taska / rumah mmg gunakan tangan kiri..Smp makan pun tangan kiri..Terpaksa la jugak bg reminder makan tangan kanan...Huhu

Tangan mana pun kecenderungan anda dalam kehidupan seharian, jangan dipertikaikan...Terima kelebihan dan kekurangan masing2 ye dak?huhu


Begitulah serba sedikit kisah si anak tangan kidal...
Ade sesiapa orang disekelilng anda bertangan kidal?
Share2 sini pengalaman korang ye...
Sharing is caring...huhu



End

CARA MENGATASI MASALAH KUTU DI KEPALA

As Salam

Aku terpanggil nak share ttg issue diatas sebab perkara dah terjadi pada che mek...Kesian tgk anak tergaru2 kepala mcm STRESS sangat...Aku pun sakit mata & sakit kepala fikir cara nak mengatasinya...

Sebelum tu, meh aku share dulu salasilah cik kutu kepala ni ye...

Apa / Siapa itu Kutu kepala?

Saiznya kecik je dalam 2-4mm…Kutu ni tidak bersayap ye..Dia merayap-rayap sambil hisap darah pada kulit kepala mangsa. Kutu ni port BERTELUR dia adalah dekat pangkal rambut (dekat dengan kulit kepala) dan akan menetas dalam tempoh 7-10 hari. Bila dah menetas si anak kutu akan mula menghisap darah sampai la dewasa (9-12 hari)… Kutu dewasa boleh hidup dekat kepala si mangsa hingga 4 minggu sebelum mati.

Kalau kutu betina, mereka boleh hasilkan 6 biji telur SETIAP HARI selama 30 HARI.. (30 X 6 = 180 biji telur) Boleh bayangkan tak betapa meriahnya mereka membiakkan diri?? Telur kutu boleh bertahan selama 3 hari yang mana mereka hanya akan menetas pada suhu kulit kepala..Suhu lain si telur tak boleh menetas. 

Walaupun kutu ni tidak bersayap..Tapi mereka ni boleh dikategorikan sebagai pelari pecut untuk spesis mereka sebab ia boleh merangkak dengan kelajuan 23cm SEMINIT…Sebab itu kita kena sikat keseluruhan rambut kalau tiba masa menjalankan misi pencarian..Sebab masa kita sikat kepala sebelah kanan, kutu ni merangkak pecut ke kepala sebelah kiri..Macam main peek-a-boo..

Kutu kepala ini bukan macam kutu badan…Jadi binatang peliharaan macam kucing dan anjing bukanlah pembawa kepada kutu jenis ni.. Kutu ini jugak bukan pembawa kepada apa-apa penyakit.

Punca jangkitan KUTU :
  • Menggunakan skaf / sarung kepala, sikat atau berus rambut dan tuala mereka yang telah dijangkiti. 
  • Apabila rambut si pembawa menyentuh rambut si mangsa (biasa berlaku time tidur)

Tanda-tanda kepala dijangkiti KUTU : 
  • Rasa gatal di kepala. Rasa macam ada benda bergerak-gerak melawat kawasan dekat kepala pun iya jgk.
  • Tanda-tanda merah yang terdapat pada permukaan kepala, leher maupun belakang telinga.
  • Terdapat bengkak di belakang telinga.
  • Terdapat telur kutu kecil-kecil di rambut, bersinar seperti kelemumur tapi susah nak dibuang sebab telur tu melekat dekat rambut.

Cara Menghilangkan / Menghapuskan KUTU :

1. Sikat rambut ketika basah
Gunakan sikat kutu khas. Ia mempunyai gigi sikat yang lebih rapat daripada sikat biasa. Basuh rambut menggunakan syampu dan sapukan perapi rambut. Gunakan sikat biasa untuk meleraikan kekusutan rambut. Apabila rambut telah terlerai, gunakan sikat kutu, bermula dari kulit kepala ke hujung rambut. Kutu akan terselit pada celah-celah gigi sikat yang rapat. Singkirkan kutu pada sikat dengan mengetuk-ngetuknya pada permukaan keras atau dengan mengalirkan air pada gigi sikat. Pastikan kutu-kutu yang tersingkir daripada celah gigi sikat segera dibunuh.

Ulang pada setiap bahagian kepala dan rambut supaya tiada kawasan yang tertinggal. Bilas rambut daripada perapi dan ulang proses menyikat rambut dengan sikat kutu semasa rambut basah. Ulang proses ini pada hari ke-5, 9 dan 13 supaya kutu-kutu yang menetas dapat dibuang sebelum ia dewasa dan mula bertelur.

2. Ubat losyen atau penyembur
Ubatan seperti losyen dan penyembur hanya boleh digunakan apabila terdapat kutu yang hidup di kepala. Masa yang diambil dan bagaimana untuk menggunakannya bergantung kepada produk. Rawatan harus dilakukan sekurang-kurangnya berselang 7 hari bagi membunuh kutu-kutu yang baru menetas kerana kebanyakan ubatan ini tidak membunuh telur.

Aku recommend liquid gel macam gambar dekat atas ni sebab product ni langsung TIDAK MEMEDIHKAN KULIT KEPALA . Bertindak macam minyak rambut je...Mula-mula kita letak liquid ni dekat rambut dan urut pelan-pelan sampai rata 1 kepala..Biarkan dalam 30 minit . Dalam masa yang sama, kita sikat rambut dengan sikat kutu so that kutu-kutu yang dah pedih mata tu tak boleh lari pecut 23cm seminit dan tersangkut dekat gigi sikat. 

Kalau kawan aku dulu, mak dia guna ridset je....Suruh si anak tutup mata, si emak sembur ridset 1 kepala..Lepas tu balut kepala dengan tuala / shower cap dalam setengah jam...Lepas tu mmg bleh nmpk hasilnya...Then shampoo la kepala macam biasa...

3. Cuka dan minyak
Telur kutu melekat kuat pada rambut. Untuk menghilangkan gam yang melekatkannya pada rambut, celup sikat kutu dalam cuka suam sebelum menggunakannya. Boleh juga menyapu cuka terus kepada kepala dan gunakan kutu untuk menyikat rambut. Kemudian biarkan selama lebih kurang 45 minit sebelum dicuci.

Sebagai alternatif, gunakan minyak seperti minyak zaitun atau kelapa dan biarkan 1 jam atau semalaman dengan memakai penutup kepala seperti shower cap atau balutan tuala kecil. Boleh juga tambahkan bawang putih yang ditumbuk hancur ke dalam minyak yang dimasak untuk lebih efektif. Ulang beberapa kali seminggu untuk memastikan tiada kutu dan telur yang tertinggal.
Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan anak-anak daripada berkongsi peralatan rambut seperti sikat atau berus rambut bersama rakan-rakan.

4.  Gunakan Sabun Buku
Korang pernah tengok sabun buku kan?
Sabun Fab Buku
Dulu zaman aku kecik, memang gunakan sabun ini utk basuh kain.. Namun, sabun ni bukan sekadar mampu menanggalkan kotoran pada baju, malah sabun ni jugak mampu untuk menhalau / menghapuskan KUTU.

Caranya korang kena buat sabun ni sebagaikan shampoo kepala..Bila dah shampoo, balut kepala yang masih bershampoo dengan tuala / shower cap dalam 30 minit. Lepas tu basuh bersih. Biasanya kutu akan mati / lari keluar dari kepala mangsa.

5. Gunakan Hair Straighten

Cara ini pun boleh diguna pakai jugak untuk mematikan telur kutu... Kalau dapat dengar bunyi letup-letup telur kutu tu, boleh jadi muka mcm PUAS gila..Matilah kau!!!..Gitu perasaannya... 


Cara Menghindari Jangkitan Kutu :
  • Hindarkan diri dari si pembawa..
  • Hindari dari menggunakan barangan yang digunakan oleh si pembawa..
  • Elakkan berlaga kepala dengan si pembawa - contoh selfie pipi ke pipi bagi yg free hair..
  • Sentiasa memeriksa kepala dengan sikat rambut menggunakan sikat kutu.

Ok...Rasenya penerangan dekat atas dah cukup utk kita berhati-hati dalam menangani serangan KUTU kepala ni..

Kalau kena dekat budak2, mereka boleh kehilangan selera makan jgk tau..


So..kepada parents yg anak2 mereka menjadi mangsa / si pembawa... Tolong lah ambil tindakan yang serius...

Jangan sebab nila setitik..Rosak susu sebelanga...



End

6 Punca Ibu Selalu LETIH

As Salam

Topik yg MENARIK sgt utk aku as IBU kepada 2 anak..
Awat cepat sgt MATA ni nk katup lepas siap2kn anak2 everyday?
Plan lepas tidurkan Ammar kite bangun dan siapkn kerja rumah yg terbengkalai..
Last2..dgn aku2 sekali berdengkur..kiki

Haaa meh aku share sikit ape yg sirap limau ulas ttg ini :

1. Si ibu SUKA MULTITASKING..

Hahaha..Ini mmg aku...
Tgh dukung Ammar pun kalo trdesak boleh lagi sebelah tangan gendong anak...
Sebelah tangan heret bakul baju utk dibasuh..Si anak ralit je tengok ibu dia buat kerja..

Sambil tggu BUBUR nasi Ammar masak..Memang sempat kuarkan kain dr washing machine, iron baju (siap sehelai,slow temp.gi tgk nasi)..kemas bag school anak2..

Nampak mcm tangan sotong kan?
Tapi ini adalah salah satu sebab kite penat..Sebab byk sgt buat kerja dlm 1 masa / misi..huahuahua..

2. KURANG MASA BERSENDIRIAN

Memang sejak jadi ibu ni xde mase sgt utk diri sndiri..
Nak brdating brdua pun..mmg ade je selit cerita ttg anak dlm conversation kami..haaa..
Camno nk bersendirian gitu?

Tapi, kita as ibu kena / terpaksa jgk kena ada masa utk brsendirian mcm pakar Psycology Today ckp "me time"..

3. BANYAK RISAU

Hah...Memang risau sokmo..
Kadang2 time nk tidurkan Ammar pun sempat lagi nk memikir macam2 hal/perkara..
Fikir ttg sekolah rendah che mek nnt..
Fikir ttg Ammar yg kena elakkn dia dr menangis keras mcm kes dulu..
Macam2 perkara yg merisaukan datang dlm kepala bila aku brsendirian..Walaupun time tu tgh menyanyi lagu utk tidurkan Ammar..huhu

4. TERLALU BERJAGA

Memang pun..Kadang2 Ammar/Qaisara beralih tempat tidur pun aku dh boleh celik mata..
Istilah "Hyper-vigilance" memang dh terbiase dgn aku yg mana mood "berjaga" tu sentiasa on. Tambah2 bile kite spend time more to kids rather than our partner..Gitu citenya..

5. TERLALU PENTINGKAN KESEMPURNAAN

Setiap ibu mahukan kesempurnaan..
Larat ke mata ko tengok rumah brsepah?
Jalan selangkah kedepan terpijak kereta mainan anak?
Jalan selangkah kedepan lagi pijak sudip memasak?
Nk make sure homework che mek siap..
Duk memikir menu baru utk Ammar & che mek jgk..

Sometimes kite kena "loosen up" sikit & fokus pada yg penting je dulu..
Sometimes org ckp rumah yg bersepah melahirkan anak yg kreative..kiki

6. RASA TIDAK DIHARGAI

Kerja byk dekat opis..Sambung pulak kerja yg banyak jugak dkt rumah..Bile dh penat selesaikn kerja rumah, anak2 / suami xde bg ape2 penghargaan...That's WHY feeling tu datang...Sedangkn kite xtau yg mereka sebenarnya amat menghargaai penat lelah kita..

So..Kalo kite nk kurangkn rase beban tu, jgn la kite MALU MINTAK TOLONG..
At the same time kite boleh mengajar ahli rumah belajar buat kerja rumah..hoho

Aku pun kadang2 MINTAK BANTUAN jugak..
Mintak tlg Hata jemurkn kain & angkat kain..
Qaisara pulak aku mintak tlg masukkn kain ke dalam washing machine tiap kali nk membasuh..
Masukkn kain kotot dlm bakul setiap seorg..

Kalo xde bantuan..mmg ko akan jadi serabai mcm MAK LAMPIR..kiki





Harap info ni bermanfaat kepada kita sebagai IBU...




End

8 Perkara Perlu Ada Untuk Permohonan Kemasukkan Darjah Satu.

As Salam

Last week baru berkesempatan untuk htr borang permohonan kemasukkan sekolah anak darjah SATU...Macam x percaya next year che mek dh darjah 1..Dah usia 7 tahun...Sob..Sob..Sob..Mase g school utk 1st time..Dieorg just bg borang dulu..Dkt borang tu nnt ade la beberapa perkara yg korang kena sediakan..Meh aku share ye...

8 Perkara Perlu Ada Untuk Permohonan Kemasukkan Darjah Satu : 

1. Borang permohonan kemasukan ke sekolah yg dipilih.
  ** Kena letak 3 nama sekolah - 1 main choice , 2 optional.
  ** Letak nama pejabat / rumah parent yg dekat dgn sekolah..
      --- Mcm aku duk tmpt lain...TP htr anak dkt tempat lain..Sepatutnya x boleh..Mujur la opis Hata ade dkt dgn area sekolah ni..
2. 1 x Salinan IC ibu.
3. 1 x Salinan IC ayah.
4. 1 x Salinan surat beranak anak
5. 1 x Sampul surat putih bertingkap.
6. 2 x Setem RM0.80 sen. ( x igt 1 ke 2..huhu)
7. 1 x Salinan bill elektrik rumah / pejabat yg dekat dgn sekolah.
8. Surat beranak anak yg ORIGINAL..

Mase nk htr borang ni mmg parent kena bawak sekali surat beranak yg original sebab nnt sekolah akan cop dgn cop sekolah dkt belakang surat beranak anak tu..Purposenya mungkin as bukti yg kite ada apply dkt sekolah ni kot.

Kenapa kena letak 3 nama sekolah?
-- Sebabnya kalo nasib anak x dpt masuk sekolah pilihan pertama, dieorg akan cari kekosongan dipilihan yg kedua & ketiga. Xde la kite mengelabah sgt bile x dpt masuk sekolah 1st choice tu sbb ada pilihan sekolah lain yg berdekatan.


Tempoh untuk tahu kelulusan permohonan ni lamaa jgk...Hata ckp pihak sekolah cakap nnt lepas raya baru tahu status dpt sekolah yg mane..hmmmmm...



Ok..itu je nk share..
Semoga kite dpt buat preparation sebelum bertindak...huhu




End

Tips Buang Bendasing Dari Sweet Potato

As Salam

Saje nk share new info bagi AKU....huhu
Actually sebelum ni aku ade beli sweet potato dkt Jaya Grocer. Lepas rebus, aku biarkan sejuk..Dalam sejam gitu aku nmpk kulit sweet potato tu bertukar jadi hijau ke biru-biruan gitu...Terus buang sebab takut..

Tak lama lepas tu aku tgk dkt FB ade mengatakan pengeksport letak bahan kimia mende ntah utk bagi buahan kekal SEGAR...

Bile aku cite dkt opismate, they advice me utk RENDAM DENGAN AIR PANAS terlebih dulu sweet potato tu sebelum rebus. Rendam dgn air yg baru masak ye..
Sweet Potato.

Aku rendam dalam 15-30 minit gitu...
Nampak ade buih2 kecik/halus keluar dr setiap bintik hitam..
Nampak air rendaman little bite OILY ...

Lepas 30 minit, aku bilas & potong..Lepas tu rebus macam biase...
Alhamdulillah....lepas masak, aku biarkan sejuk dalam sejam..Warna kulit sweet potato tu x bertukar jadi mcm yg sebelum ni...


So harap2 info ini berguna pada kita sebagai ibu2 ni prevent family dari perkara yg x diingini..
Usaha Tangga kejayaan..
Kalo dh rendam jadi jgk..itu Kuasa Allah..





End

Daun Semambu...

As Salam

Semalam ptg g jmp ustaz Zul sebab badan Ammar naik 1-2 butir ( mcm kena gigit nyamuk ) yg hilang dkt lengan (contoh) pastu timbul dekat peha plk.. Gitu la situasinya.. My SIL mcm org kelate panggil "kenay"...org perak x sure panggil ape..haha..

So smlm Ustaz Zul mintak kami bawak daun semambu, air mineral & air kelapa..

So pada yg x berapa nak kenal daun semambu.. (macam aku & Hata )...Nah..Moh kite kenal sama2..Huhu
Pokoknya agak tinggi..Payah jgk la Hata nk amik semalam..Last2 pinjam bangku tukang jual air kelapa utk capai dahan yg paling rendah...huhu
Daun Semambu
Closed Up sikit...huhu
Ammar sy yg demam...

Daun semambu ni dihancurkan dengan air & mandikan pesakit tanpa mengelapnya..Biar kering sendiri. Lepas tu bg minum sikit air kepala tu..kasi sejuk badan & keluarkan butir2  mcm kena gigit nyamuk ) kalau ada..kalau x keluar pun xpe...Janji lepas 3 kali mandi air daun Semambu..Butir tu xde dtg lg...

Kebetulan plk badan Ammar agar dedar semalam...
Alhamdulillah..Lepas 2-3 kali aku rendam Ammar..Mandikan dengan air daun Semambu & bg minum sikit air kelapa...Panasnya dh kurang / xde dah...Dh mcm back to normal...

Sambil mandikan dgn daun tu..Kite jgn putus brdoa semoga usaha kite ni diperkenankan OlehNya..Kita hanya berusaha...Allah yg tentukan..Lepas dah buat semua..Kita tawakal aje la semoga segalanya dipermudahkan...betul x?



Daun ni jgk dkatakan AMAT MUJARAB bagi mereka yg kena DEMAM CAMPAK...


End

TYT : Herbal Medicated Oil

As Salam

Saje nak share..

Since che mek lahir, aku dh start gunakan TYT oil ni.. Alhamdulillah so far kesannya mmg memuaskan.. Especially bile che mek macam naik gatal2..Sapu cpt2..Kalo sapu malam, esok pagi dh ok..Kalo sapu pagi, malam dh ok..

TYT Oil ni jgk berjaya menghalang nyamuk dari terus mndekati si pemakai..Haaaa..Iklan dkt TV tu bkn propa semata ye..Mmg terbukti berkesan..kiki

Bau die jgk mmg menyenangkan..Tiap kali aku bau TYT Oil ni, mmg teringt zaman che mek baby dulu..Lepas mandi je..Aku massage 1 badan che mek dgn TYT Oil nih..
Product ni jgk DIJAMIN HALAL ye...Takde lg aku dgr romus2 mcm minyak yu yi dulu tu...huhu

Ade 3 size yg boleh dipilih...Rege pun xde la mahal sgt...Mmg mampu milik & berbaloi..

Pendapat orang lain2..Pengalaman pun lain2..
Ini pendapat dan pengalaman aku...kiki






End

Friso : Rewards Programme CLOSED

As Salam

Dapat announcement card dari FRISO..

Lepas ni dah x boleh nk collect point dari aluminium foil 700g / 900g or dari kotak 1.2kg susu dieorg lg dah..

Kalau dulu dpt jgk la aku redeem 2 tin susu FRISO GOLD Step 4 utk che mek.. Skrg bile dh dpt tau gini..Gigih kira current point yg dh terkumpul utk last redemption.. Dutch lady pun rasenye mcm dh stop activity gini..Harap2 lepas program ni..Ade la program lain yg lebih menarik ditawarkan...huhu




Iklan:
Susu dutch lady dh packaging baru..Rege sama..TAPI DAH KURANG 100G..Ape kes?







End

AIR NAIK SEMULA

As Salam
Baca news ni dkt newspaper BH pagi tadi..Terus snap..walaupun gamba x berapa nak cun..Tapi ku tabahkan hati..Mencuba bertahan hingga MARCH nnt. Kalo ade rezeki..Ado la..Kalo xdok..REDHA aje la...kiki

Actually bukan nak cite ttg QUALITY gambo yg aku amik ni...
Baca tajuk beso die kan??

Kerisauan kembali bertandang di benak hati aku... Jangan la tragedi berulang kembali...

Doa2 la air ni akan mengalir terus ke laut & cepat surut..
Tak larat dah nak postpone lg blk KB & balik separate2...
Tak tertahan jiwa aku ni nak teringat yg disana... Terpandang yg disini duk tersedu sedan igt kat ayah..


Semoga dugaan Allah ini cepat berlalu... Amin




End

Keyword....

As Salam

Hurmmmm..

Dah seminggu aku duk monitor "Keyword" dalam Nuffnang nih...
"Keyword" yang 1 "itu" mmg sokmo ade..Malas dah aku nak cari entry mane yg aku tersasul smp maksudnya jadi lain...

But this time..
- Atasi Alahan Butang Tudung-

Rase2 mcm x pernah up entry ttg alahan dgn brooch tudung (mungkin) tapi camne "Keyword" ni boleh sangkut??haha

Aku ni mmg x teror sgt bab alergik-alergik nih..
Pada aku kalo nak elak bawah dagu korang luka just because of the brooch, itu mmg korang kena amik serius...Sometime it's not about the brooch jgk pun...Mgkn sebab kulit kite sensitif pada geseran yang berlaku antara brooch + peluh korang..Kawan aku pernah kena sampai kene g bawak jumpe doktor ye..jangan memain..Kulit kita tue...

Macam aku pun, pernah alami ape yg dicari..Solution aku senang je..jangan pakai brooch yg tajam..Gunalah brooch yang xde shape..mcm gambo yang aku lukis dkt bwh ni hah..hoho

Kalau agak2 x boleh guna brooch yg besi, sila lah cari brooch yg lembut..kan?

Ok..itu je idea yg dpt aku share..Harap2 membantu la yek..Kulit kita lain2..maka cara penyelesaian pun lain2 jgk..Ikut cara aku if rase perkara itu reasonable..Cari la alternatif lain kalau rase mcm x masuk dek akal..haha



End

#MH17

As Salam

Entry : Semoga Aman DiSANA..

Malam tadi dpt what's app dr bdk opis cite ttg MH17..Terus g bukak AstroAWANI..Terkejut bukan kepalang..Lepas 20 minit tgk berita, terus tutup...Tapi dalam hati still dup..dap..dup..dap..

Then mase sahur tadi, ON semula tv & tgk latest news...Terkejut yg amat bile tgk video yg dirakamkan dtempat kejadian..Semoga roh mereka aman diSANA...

Al-fatihah & Takziah diucapkan..

More news boleh dpt dekat CNN
Sumber FB

Semoga semua ahli keluarga yang terlibat kuat & tabah hadapi dugaan ini...





End

2014 FIFA World Cup Brazil™

As Salam

Entry : Baru nak update..

Udah 2 minggu lebih FIFA World Cup Brazil 2014 berlangsung, baru hari ini aku nak update..kiki

Sahur pagi tadi sempat plk aku melayan Germany VS Algeria..Kemenangan berpihak kpd Germany 2-1..Apepun aku salute dgn Algeria..Dapat jgk masukkan gol disaat-saat akhir selepas bertungkus lumus bermain..dalam masa yg sama sedang berpuasa plk tu...
Dah ada ADD ON dah...kiki 
Schedule Match.. 
Game utk hari ini..
Jam berapa..Itu korang kire la sendiri ye..kiki 
Team yang sudah sedia menmpah nama ke suku akhir...

Actually aku sokong Germany since last 4 years...Tapi x kisah la sape pun yg menang..Janji penyokong puas hati kan???kiki

Nak info lebih..Sila la click FIFA WORLD CUP BRAZIL 2014


Korang sokong team ape?




End

Huawei : Ascend P7 (White)

As Salam

Entry : Gadget Menggoda..kiki

Hari ini ade ads ini di belog..

Jom kite ber-overview sikit ttg gadget baru dari Huawei nih..huhu
    Slim sajo...Ini mmg menggoda aku..haha
    Boleh berselfie dengan vangganya sebab Front Camera 8MP..Sure cantik la gambo korang..huhu
Antara spec2 lain yang menggoda..kiki

Detail spesification boleh dapat diSINI

Yang pasti gunakan OS Android..kiki



Ok..Bestnya kalau dapat kan???? Dapat try test pun ok dah...
Ok jom tunjuk pada "big bos.".kiki




End

DNA PORCINE - CADBURY Hazel Nut

As Salam

Entry : Boikot!!!

Kelmarin aku x tgk berita sebab duk melayan che mek tgk kartun..bile berpeluang nk jengul FB update, terus nampak ini :

Terkejut x sudah aku..Udah la baru aje hari tu beli 3 pack CADBURY..terus mencari & tohok (Buang) terus..Risau wehhh..

Apesal la dieorg sanggup buat gini?? Dah dpt logo Halal..tetibe masukkn bende2 terlarang plk..Itu pun mujur la pegawai KKM siasat..Kalu tidak??Smp ke sudah la kite mkn benda tu...

Patut la sedap semacam aje..haha




Harap2 aku dpt elakkn diri aku dari membeli product ini lagi..Sampai la disahkan BERSIH..huhu



End

Better Together With OREO..

As Salam

Entry : Dine in without phone & Get Your Reward
 Adakah kita begini???
Seperti gambar diatas??
Jom ubah dengan participate ini.. 
 


SR yg participate..
Try duduk di secret recipe, dan makan tanpa menyentuh
telefon bimbit anda... 
Mesti kita akan mula
ber-chit-chat bersama 
Untung2 dapat REWARD dari STAFF OREO..hoho

Dah bagi hint pada Hata nk try participate..harap2 staff OREO perasan la dengan kehadiran kami..kiki


To those yang duduk berhampiran dgn SR yg participate...Moh le ramai2 ke sane..
Mane tau..sekali kite cuba, ia mengubah segalanya..huhu




End