As Salam
Gitu la tajuk dia bila kita kena melayan kehendak tekak kita. Aku teringin nak makan tauhu bakar. Susah nak cari area rumah ni. Duk google tapi tak jumpa pulak. Lepas tu terus decided untuk ke jalan 223 Petaling Jaya. Medan selera ni kalau time hujan jangan berani la pegi. Area tu dah 2 kali naik air sampai paras meja makan. Alhamdulillah masa kami sampai tu cuaca elok.
Dapat meja terus order. Tapi ramai orang baru yang own kedai-kedai makan dekat sini. Yang senior-senior ramai dah takde. Bila budak-budak yang menjaga. korang tau aje la perangai memasing. Aku geram aje masa ni. Tapi fikir nak makan, aku lupakan aje la. Sebab aku pun pernah kerja F&B. Jadi aku tahu penatnya macamana tambah pulak tempat ni takde aircond. Masa aku keje F&B dulu duk dalam mall.
Akhirnya dapat jugak makan tauhu bakar...
Tapi tauhunya dah tak panas sangat. Rasanya OK.
Che mek order mac & cheese. Sedap jugak ni kome. Aku suka.
RM13.00 semangkuk. Banyak jugak isi dalam ni sebab guna macaroni yang kecik-kecik tu.
Hata belikan jugak latok untuk aku. Ok je. Cuma dah sampai bawah tu dah tak fresh dah latoknya.
Hata & Ammar makan nasi lemak & telur separuh masak. Kami makan jugak otak-otak. Sedap otak-otak dekat sini. Bakul warna hitam. Lepas makan kami terus la balik sebab Isnin sekolah & kami pun kerja. OTW balik nampak lampu ni dekat menara 118. Cantik sungguh kome.
Snap masa kereta bergerak dekat highway SPE,
memang gini aje la hasil yang aku dapat snap. π
Sampai rumah pilih baju untuk dipakai hari Isnin, lepas tu terus la tidurrr...
Salam Maulidurrasul 1448H semua...




Haruslah mencari bila tekak teringin, kan. Kalau tak dapat, terbayang-bayang pula.
ReplyDeleteTak pernah makan latok. Sedap ke, Nieza?
Cantik lampu Menara 118. Telefon canggih, ya. Kalau guna telefon zaman tok kadok saya, waktu kereta bergerak, memang blur le jawapnya. Hehe..
Betul tu mmg cantek lampu² kat menara 118. Pernah sekali ternampak dari area rumah. Nice warna² bendera tak silap.
ReplyDeleteJauh juga ye g cari tauhu bakarπ π tapi nasib baik dpt juga merasa... ni kalau memgidam bahaya kalau x jumpa kan π