As Salam
Hari Sabtu pagi aku sengaja alarm jam pukul 6:20 pagi. Saje la nak bangun lewat sikit sebab dah 5 hari direct bangun jam 5.40 pagi. Ada 1 hari tu jam 5:00 pagi dah bangun. 😁. Lepas subuh, golek-golek atas katil then jam 7:30 pagi aku & Hata get ready untuk briskwalk lagi. Kali ni kami decided untuk jalan kaki dari rumah ke LRT Taman Melati, terus ke Masjid Taman Melati, lepas tu pusing dekat Petronas tepi MRR2 & Planning nak breakfast dekat sana.
Sekeping sebelum mulakan perjalanan..
Aku tak tau kenapa blog ni buat gambar aku jadi pecah macam ni...
Dalam fon elok je...Kening tu berterabur betul. 😆
Dah lebih separuh round berjalan.
Masjid untuk semayang jumaat..
Route yang berjaya jam rekod.
Dapat la dalam 5K++ steps.
Aku ajak Hata breakfast dekat ZUS Coffee...
Dah lama tak minum air ZUS dengan Hata...
Aku amik set karipap & spanish latte...
Manis kome sebab aku mintak regular sweet.
Aku rasa aku tak pernah order spanish latte...
Set Hata adalah Hot CEO Latte & mushroom croissant ni..

Lepas breakfast, Hata ajak patah balik cuma takde la ikut jalan yang sama.
Kami amik jalan shortcut terus lalu depan sekolah.
Sambil tu duplicate kunci solex untuk Ammar.
Route jalan balik.

Bakar balik lemak minum air manis & karipap...😆
Total steps berjalan 8:00 pagi sampai la ke rumah semula jam 10:00 pagi
Dapat la berjalan sejauh 5.62km
Alhamdulillah. dapat mulakan semula aktiviti yang telah lama ditinggalkan sejak pindah sini. Masa rumah lama selalu jugak briskwalk dengan Hata dekat taman sebelah & buat sebanyak 1.5 pusingan. Dapat jugak 5K steps.
Sampai je rumah terus mintak anak-anak bersiap sebab tetibe pulak malam tu Hata bersetuju terima jemputan dari event organizer he-man hari tu. Tapi terlupa span tak jumpa dekat rumah. Jam 10:30 pagi gerak ke Ong Tai Kim beli span. Jam 12:00 tengahari kami gerak dari rumah.
Kemana??? Tunggu next entry ye...😁

.jpg)












0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.