As Salam
Tajuk entry macam bergaduh. Tapi sabar....Bukan bergaduh..Tapi nama kedai tu adalah FRIEND. Kedai ni dekat Keramat / near by LRT Setiawangsa opposite kuarters polis tu. Kami selalu jugak makan dekat sana. Biasa pegi kedai tomyam nama Friend ni. Tapi dah 2 ke 3 kali pegi, asyik tutup je. Ade sekali tu pegi tutup sebab ada private event. Nampak macam birthday party untuk kids.
Hari tu dah tak ingat cerita hari apa ni. Tapi baru nak up sebab tengok gambar dekat fon takde dekat blog. 😁. Hari tu dalam jam 3:00 petang che mek call aku tanya ubat sakit perut sebab che mek cherry berry dekat sekolah bawak kerumah 1 round. Aku pun tak ingat ade lagi ke tak stock ubat. Lepas tu aku suruh je che mek cari dalam tupperware dekat kitchen kabinet. Biasa ubat-ubat dari klinik kami simpan sana. Senang nak mencari.
That day Hata amik aku dekat LRT Taman Melati sebab dia gerak dari ofis dalam jam 5.20 petang. Takkan nak tunggu aku yang keluar ofis jam 5.30 petang & sampai LRT KL Sentral jam 5.55 petang. Jarak waktu tu, kalau Hata gerak dari ofis jam 5.20 petang, boleh sampai dekat LRT Taman Melati jam 5.50 petang. Kalau tunggu aku, jawab dia kami akan sampai rumah jam 6.30 petang. 40 minit jimat masa. Melainkan kalau Hata keluar ofis jam 5.30 petang. Itu memang biasanya Hata akan tunggu aku sebab dia nak turun lift & pergi ke parking motor pun dah dekat 15 minit.
Sampai rumah tengok che mek tido. Alhamdulillah waktu tu che mek cakap perut dia dah OK sikit. Tapi masih lemah sebab 3-4 kali pergi toilet. Tapi kami pergi jugak klinik untuk amik ubat che mek. Selesai urusan dekat klinik, kami terus pergi kedai makan dekat Keramat tu. Jauh sikit la dari rumah. Tapi aku teringin nak makan dekat sana sebab dah lama tak pegi. Memang kedai FRIEND tu tutup kome. Jadi kami "unfriend" dia dengan pergi ke kedai sebelah. Both kedai ni aku suka je sebab mereka ade bagi set. Tak mahal & tak murah. Tapi berbaloi sebab ada 3-4 jenis lauk dalam 1 set tu.
Kami amik set RM36.00. Dalam set tu ada 4 jenis lauk, 2 nasi putih & 2 teh o ais. Kami hanya tambah 1 nasi putih & 2 ais kosong untuk aku & Hata.
Lala masak pedas. Rasanya so-so je. Aku makan cicah sambal belacan.
Tomyam putih ayam tak pedas untuk che mek.
Actually dalam set tu kami dapat sup tulang. Tapi tukar untuk che mek.
Lepas makan terus balik sebab nak kejar maghrib. Semalam aku berjaya siapkan alteration seluar jeans aku yang tertangguh. Alhamdulillah aku puas hati dengan hasilnya. Kita buat kaler mix & match aje, janji boleh pakai semula untuk keluar. Nanti aku share ye.
Hari ni. pagi petang entry tentang makan...Esok dah jumaat kome..😆




0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.