As Salam
Hari Isnin aku & Hata pergi kerja sekali nak motor. Waktu balik planning asal Hata amik aku dekat LRT Taman Melati. Tapi last minit tukar plan bila Hata ada kerja mnak disiapkan. Jadinya aku tunggu Hata dekat LRT KL Sentral. Sampai rumah jam 6.30 petang.
Aku cakap dengan Hata aku nak masak yang simple-simple je. Kadang-kadang buntu jugak nak fikir menu dinner kalau makan dekat luar. Tambah-tambah bila hari yang che mek ade kelas tuisyen. Memang waktu agak packed lepas balik kerja. Jadinya sampai rumah tu, Hata tolong masak sardin. Aku masak nasi, goreng telur dadar & goreng 2 potong ikan masin. By 7.20 malam dah boleh makan. Alhamdulillah nasi bagi kerjasama bila dapat masak on time.
Menu dinner 45 minit siap. Panaskan sup siam ikan siakap.
Lepas dinner jam 7.45 malam selesai makan. Lepas tu aku keluarkan durian yang Hata frozen kan. Alhamdulillah masih elok. Aku makan la dalam 3 ulas. Ammar makan more than 4 ulas.
Durian Udang merah & Musang king.
Lepas hantar che mek kami singgah kedai stationery sekejab sebab aku nak print gambar-gambar peralatan & ubatan yang ada dalam first Aid. Semua ni untuk aktiviti unit beruniform PBSM Ammar hari ni. Semua peralatan aku dah sediakan untuk Ammar. Harapnya Ammar dapat la buat dengan baik. Ammar kena buat scrapbook.
Hari ni nak makan apa pulak kome?


0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.