As Salam
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menambah lagi usia buat Hata. Hari Jumaat lepas Hata sampai rumah dah Sri Aman Sarawak dalam jam 9 malam. Sebelum Hata sampai rumah aku bagitahu sampai nanti terus masuk bilik, mandi & solat. Lepas tu baru jumpa kami bertiga.
Masa Hata bagitahu yang dia dah dalam grab, kelam kabut kami bertiga prepare simple wall decoration untuk celebrate birthday Hata.
Dari little hero to our hero. π
Aku beli slice cake je untuk kami masak kongsi-kongsi.
Homemade chicken chop for birthday man.
Aku sempat buat ni je. Plan asal balik keje nak singgah stokis pak mat western. Sekali aku pegi, kedai tu tutup pulak. Mujur la masih ada isi ayam & tepung bestari dekat rumah. Jadi aku buat ini aje la. Nasi & lauk pun aku ade masak.
Jam 10 malam kot, Ammar cakap dia nak join pemilihan bola sepak petang Sabtu dekat padang Keramat. Kasut bola memang takde la. Sekali Hata ajak ke Bazaria dekat depan Giant Setapak tu. Semua mahai kome. Udah macam beli dekat outlet / butik rege kasut bola dekat situ. Cerita ni aku sambung next entry ye.
Sabtu lepas maghrib kak ipar datang rumah sebab nak celebrate birthday abang ipar & Hata sekali sebab both of them dalam bulan August jugak. Kami hanya sempat beli makanan bungkus serba sikit dekat pasar makan Melawati. Lepas tu anak sedara bawak birthday cake sama macam yang masa dekat rumah kak ipar hari tu. Yang jenama RT Bakery tu rasanya.
Happy birthday to both of you.
Pukul 10 lebih jugak baru kak ipar gerak balik. Lepas mereka balik, kami pun berehat la kome. Malam tu layan cerita Spooky in Love. π









Sanah Helwah Encik Bos! Walaupun simple, yang penting sentiasa bersama keluarga tercinta. Rajinnya masak chicken chop homemade guna Tepung Bestari tu, nampak sedap sungguh
ReplyDeletesanah helwah to hata. moga pnjg umur murah rezeki dan sukses selalu
ReplyDeleteHappy birthday untuk Mr Hata.. Seronok dan happy wajah nya.. Birthday saya bulan ogos tapi tak ada yg celebrate sbb semua sibuk dgn urusan masing2 hihiii..
ReplyDeleteHappy Birthday En. Hata...
ReplyDelete