BREAKFAST, TEATIME & DINNER ON SATURDAY

As Salam

Alhamdulillah Khamis malam aku masukkan gambar katil IKEA dekat Thread, memang ramai yang DM aku sebab mereka berminat. Aku amik yang mula-mula message aku. Kami contact each other & dia setuju untuk self collect katil tu dekat rumah. Jumaat pagi Hata pergi management, udah management mintak letak deposit RM100.00 in cash. Hata pulak takde langsung dekat tangan. Dekat rumah pun takde sebab aku belum keluarkan duit belanja bulanan kami.

Sudahnya, pagi Sabtu jam 9:00 pagi kami ke management ofis semula untuk letak deposit RM100.00 tu dan declare apa yang nak dibawa turun dari rumah. Jam 10:00 pagi budak yang nak amik katil tu pun sampai. Aku panggil budak la ye sebab pasangan ni nampak muda dari kami.😁

Selesai amik katil, Hata cakap demam dia dah kebah & hanya ada batuk je. Jadi aku ajak Hata beli sarapan dekat Nasi Lemak Saleha sebab dah beberapa minggu aku nak makan pulut kuning dengan rendang.😁.
Pulut kuning dengan rendang daging.

Kami bungkus jugak nasi lemak ayam goreng untuk Ammar dan pulut kuning rendang ayam untuk che mek. Lepas tu memasing pun kenyang sampai jam 3:00 petang. Jadi aku masak simple je...Steam dimsum sebab jam 4:30 petang kena hantar Ammar pergi training bola. Waktu ni dekat rumah kami hujan lebat. By time nak hantar Ammar ke padang, hujan dah reda sikit.
Tea time kami dan untuk alas perut Ammar jugak adalah Dim Sum, hash brown yang aku test nak masak guna air fryer dan baki sebungkus nasi lemak yang kami beli untuk Ammar.Dim sum tu cicah kicap cair & sos cili. Anak-anak dan kami suka cicah macam ni.

Lepas hantar Ammar ke padang, kami ke bengkel kereta dekat rumah lama. Nak mintak pomen check kereta sebab ada bunyi yang tak sedap didengar. Tapi masa pomen check, dia tak dapat detect apa-apa sebab bunyi tu takde masa kami sampai & mintak dia tengok. Jadi aku, Hata & che mek ke Giant untuk beli barang sikit.
Masa nak keluar dari Giant jam 6:00 petang hujan turun dengan lebat sangat. Kami terfikir jugak Ammar training dekat mana & adakah dekat padang sana tak hujan?

Kami sampai dekat padang jam 6:35 petang dan nampak Ammar & his team main dekat bawak porch. Lepas amik Ammar kami terus balik rumah untuk masak dinner. Awal tadi aku dah masak bubur nasi untuk kami semua. Sejak beli rice cooker yang ini, aku tak pernah lagi cuba masak bubur nasi.
Alhamdulillah menjadi bubur nasi aku kome. Aku masak 1 pot lebih sikit dan letak air sampai level 6 dalam periuk tu.
Aku masak ayam dan cendawan sos tiram, ikan bilis bawang goreng, 
rebus telur masin guna egg cooker.
Alhamdulillah...Bertambah 2x untuk menu ini.

Malam tu aku buatkan lagi Hata air teh o panas letak bunga cengkih, bunga lawang dan kulit kayu manis. Lepas tu layan cerita game reality willy wonka.

Korang ade tengok game tu?

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.