As Salam
Akhirnya Isnin malam Selasa hari tu aku & che mek berjaya menghabiskan 28 episod cerita Bulan Henti Bicara lakonan Azhan Rani dan pelakon-pelakon lain. Habis je cerita terus aku start mengemas dapur. Panaskan sambal yang aku masak extra. Sekali che mek ke dapur, dia request sambal sotong untuk dia makan time balik sekolah hari Selasa.
Jadi aku asingkan sikit sambal tu untuk lauk yang che mek request tu. Sotong tu aku rendam dengan air panas. Masa dalam periuk kecik je. Nasi pun Hata dah masak siap-siap.
Overall cerita Bulan Henti Bicara ni OK. Aku suka. Sebab time serius tak jadi nak serius sangat. Time marah tak nak marah sangat sebab skrip yang keluar dari mulut si Jamali tu. Boleh pulak ada skrip guna lirik lagu yang viral dekat tiktok & macam-macam lagi. Ini memang betul perangai NARSISTIK yang sebenar ye.Berlakon tu memang rasa nak cubit-cubit je si Jamali tu.
Ending yang pada aku, aku puas hati sebab membalas dalam diam dan bertindak dengan bijak. walaupun pada awalnya ia terpaksa mengorbankan diri sendiri.
Apa pengajaran dalam cerita ni? Jauhi diri anda dari orang yang Narsistik... Jangan berlawan dengan orang yang Narsistik sebab dia memang pandai dan super dalam putar belit cerita. Aku pernah hadap orang macam ni kome. Memang tak boleh dilayan. Diam aje la sampai dia sendiri sakit hati tengok tindakan kita dan sampai dia sakit hati sebab dia takde orang nak berlawan. END.
Korang dah tengok cerita ni?

0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.