PREPARATION FOR COMPANY TRIP : ALL WEATHER BAG - BOSTON BAG

As Salam

Aku ingat nak bawak bag Sembonia bentuk petak yang sedia ada ke company trip kali ni sebab aku rasa trip kali ni nak kena bawak banyak jugak barang kecik-kecik dan ingatkan day 1, day 3 & day 4 tak nak pakai backpack macam masa pegi HCMC. Nak pakai 1 bag je senang nak kemana-mana. Kalau bawak backpack pun mungkin aku hanya letak apa-apa back up & tinggal dalam bas je - kalau dibenarkan. 

Tapi sayangnya zip bag tu ada time merajuk dan dia jadi malfunction. Tertutup alik atas, tapi alik tepi ternganga. Hhmmmm..Risau jugak nak bawak kesana kalau kondisinya macam itu kan? Bag yang lain semua comel-comel aje kome. Jadi masa official store Anello buat flash Sale, memang aku rebut la peluang ni. Aku pilih Anello sekali lagi sebab aku suka bag ni. Kapasiti besar sampai boleh masuk botol air mineral yang 500ml. Jadi senang la nak berjalan nanti.

Alhamdulillah masa Flash Sale tu aku dapat grab dengan harga yang berbaloi & mampu milik. Penghantaran pun cepat dan packagingnya elok kemas. Macam masa aku beli bag Anello untuk dipakai dekat HCMC dulu. Alhamdulillah bertahan sampai sekarang & memang aku lenjan bag tu ye kome. Bag ni besar sikit sizenya dari bag yang sebelum ni.
Sama-sama sebab bagi best price untuk bag ni cuma tak dapat free keychain 
😁💜
Inilah bagnya...Ini bahagian depan. Ada 1 poket berzip.
Muat untuk letak henfon. Kali ni aku pilih warna hitam sebab aku hanya ada 1 je handbag hitam. Yang Sembonia half moon handbag beli sebelum raya 2 tahun lepas ke setahun lepas? Tak ingat.
Ini sisi belakang. Takde poket. Both left & right pun takde poket.
Compartment dalam yang luas. Ada 2 poket non-zipped & ada 1 poket berzip.
Aku suka keluasan dalaman bag ni.
Hello new bag 💜

Alhamdulillah selesai 1 lagi issue dengan handbag yang diperlukan semasa company trip nanti. Aku tak kalut-kalut pun mencari barang walaupun nampak macam banyak lagi nak kena beli. Kita chill-chill aje kali ni.

Bag ni sesuai untuk dipakai daily. Kalau pegi kerja time naik motorsikal dengan Hata pun sesuai sebab bag ni muat untuk masuk payung yg kecik sikit. Untuk special ocassion aku dah ada beberapa handbag yang sesuai. Sebab tu aku tak berat sangat nak beli handbag yang gegurl. Sebab yang ada pun aku pakai memang untuk majlis-majlis tertentu je. Jadi handbag tu memang masih terjaga elok. 😆

Siapa lagi suka handbag kain or material macam  yang aku pilih ni? Kita geng 😆

16 comments:

  1. Kita suka kita suka.. bag jenis yg bole lenjan klu g travel... 👍👍 good choice

    ReplyDelete
  2. syok tu nk travel company trip..sure mcm2 nk preparation tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki sy tahun ni sis.betul tu.Mcm2 nk kena prepare =D

      Delete
  3. Kalau nak travel selalunya akan pilih sling bag dan muat la masuk segala macam dalam tu.

    ReplyDelete
  4. kaler dia nice, universal kaler so boleh match dgn mcm2 kaler outfit

    ReplyDelete
  5. Sukaaa juga dengan anello. Waktu trakhir ke jepang, saya beli banyak, sebab harga lebih murah. Jadi untuk bagi ke team saya saat itu, oleh2 dari jepang 😄.

    Sampai sekarang pun bag anello yang saya bagi Kat suami masih awet sangat, padahal beli dah dari 2019.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.