As Salam
Alhamdulillah, beberapa bulan yang lepas, big bos aku ada buat new announcement untuk company trip kami tahun ini. Disebabkan tahun lepas our company trip terpaksa dibatalkan atas faktor kesihatan big bos. Alhamdulillah sekarang big bos kami dah semakin sihat. Maka tahun ni dia teruskan planning company trip dengan kami akan dibawa keluar dari Malaysia. Nampak macam 2 tahun sekali bos akan buat company trip keluar dari Malaysia untuk staff yang dah bekerja more than 3 years. Alhamdulillah dekat ofis ni hanya ada 4 orang sahaja staff yang berkhidmat less than 3 years but already more than a year. Yang lain semua dah senior termasuklah aku yang dah hampir 8 tahun bekerja dengan company ni. Alhamdulillah.
Kisahnya bermula bila satu hari tu (a few months ago), 1 of our super senior staff bocor rahsia pada aku bila dia keluar dari bilik lady bos. Dia balik dulu ke workstation dia, tak lama lepas tu dia datang tempat aku dan bergossip bagitahu bos ada bercakap tentang planning untuk teruskan our company trip tahun ni. Cumanya ofismate aku ni cakap bos tak bagitahu dia lagi destinasi nak bawa kami kemana. Maksudnya bos hanya cakap nak buat company trip untuk staff yang dah bekerja 3 tahun keatas. Ada 2 orang lagi staff yang dah cukup 3 tahun, 2026 ni. A few days or a week after kot lady bos singgah dekat workstation aku dan bercakap dengan nada perlahan.
Lady Bos :"Did you know that I & Eddie are planning for the destination of our next company trip?"
Aku jawab "Really?. Kita nak pegi mana?"
Dalam hati aku kata, confirm bos dah pilih tempat.
Lady bos jawab dia tak nak bagitahu aku lagi. Lahh....Pulak. Tadi bagi hint..Lepas tu tak nak cakap pulak 😆. Aku tak sempat nak tanya lebih sebab waktu tu bos tengah rushing siapkan document. Lepas dia cakap dia tak nak bagitahu aku tu, dia terus gerak masuk bilik dia semula 😁. Lepas tu memasing pun sibuk dan aku pun takde la nak korek apa-apa info tentang destinasi yang dipilih. Aku ni staff biasa aje kome. 😁. 2 minggu lepas tu, masa aku masuk bilik bos atas urusan kerja, bos aku bersuara lagi tentang company trip ni. Bos aku ade tunjuk 2 negara dalam perbincangan dia & big bos pada aku. Negara A dah pernah pergi cuma yang aku pegi sebelum ni bukan ibu negaranya. Negara B, aku tak pernah jejak lagi. Tapi aku tetap excited untuk pergi antara 2 negara tu sebab pengalaman akan lain jugak.
Bila bos tunjuk tentative kami untuk 4 hari 3 malam dekat dua-dua negara tu, aku jadi berbagi pulak untuk pilih negara A atau negara B. Aku ni budak kampung., walaupun age dah masuk 40++. Tapi semangat nak berjalan tu tetap ada. Tambah-tambah A-Z ditanggung oleh company. Cuma bawak duit belanja & keluarkan modal barangan yang perlu dibawa je. Lagi la makin bersemangat. Maka kami berdua pun berbincang. Kami bincang macam bos-bos bincang untuk anak buah ye kome. 😆. #berangantaksalah.
Negara A :
Santai-santai je macam masa pergi HCMC. Cuma waktu balik dekat negara A, takde apa-apa aktiviti yang akan sempat dibuat macam yang kami pernah buat sebelum ke airport dekat HCMC sebab flight balik tengahari kalau tak silap aku. Lagipun macam jarak dari hotel ke airport jauh sikit berbanding masa kami ke HCMC. Jarak hotel dengan airport dekat je. Masa hari terakhir dekat HCMC, lepas breakfast kami ada masa untuk photoshoot dekat area hotel. Lepas tu sempat la bos belanja kopi & then berjalan balik ke hotel untuk tunggu bas pickup kami dan hantar ke airport. Dekat airport sempat lagi beli sepaket kopi Saigon 3 in 1 sebab nak habiskan matawang Dong. Waktu ni aku bawak balik 3000 dong je. Lebih kurang dalam 50 sen. 😁
Negara B :
Adventure. Menarik pun iye.Schedulenya macam agak padat. Tapi aku suka sebab akan dapat pengalaman baru. Memang betul-betul baru buat aku.
Bila bos tanya aku sekali lagi untuk pilih negara mana yang aku prefer untuk pegi, terus je aku jawab Negara B. Cuma hari balik, flight kami petang & In Shaa Allah akan sampai KLIA malam. Esoknya TETAP kena pergi kerja cuma bos bagi kelonggaran masuk sejam lewat dari waktu masuk kerja yang biasa. 😁.
Lepas tu bos update destinasi company trip kami tahun ni adalah negara B.
Aku pun balik rumah lompat bintang bercerita pada Hata.
Tak lama lepas tu lady bos tunjuk official tentative dan aku mintak tentative tu pada Lady Bos sebab aku nak arrange waktu solat dekat sana nanti. Lepas check waktu & slot masuk waktu solat dalam tentative, aku pun update bos. Lepas update aku memang zipped my mouth 😁.. Aku bagitahu bos yang aku tak nak "kes dekat HCMC" berulang kembali. Hopefully our tour guide akan alert tentang ini & bawa kami ke tempat yang kami boleh perform solat tanpa ada DRAMA.😆
Alhamdulillah aku berjaya mendisiplinkan diri dengan menyimpan setiap bulan amount yang aku tetapkan sendiri lepas big bos update tentang confirmation trip kami kali ni. Sejak loan rumah lulus , beli perabot, sampai la pindah. Aku dan Hata banyak guna simpanan kami. Jadi sekarang kena slowly build it up semula lepas rasa rumah dah complete semuanya. Aku pun dah slowly beli barang-barang keperluan untuk kesana supaya tak terasa sangat keluar banyak modal.
Jadi lepas ni memang banyak update tentang barang-barang baru yang aku kena beli dan barang-barang yang aku recycle masa ke HCMC dulu serta segala persiapan aku kesana.
Ke negara mana kami kali ni? Nanti aku share sini ye.
0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.