KERETA MINTA DIBAIKI

As Salam

Hari Isnin Hata kena ke ofis di Selayang. Balik dari ofis dekat Selayang, Hata terus amik aku dekat LRT Taman Melati. Masa sampai dekat depan sekolah rendah Taman Melati tetibe enjin kereta MATI. Start sekejab lajak ke depan sikit untuk ketepi lepas tu mati semula. Lama jugak kami berdua duk dalam kereta sebab nak tunggu jalan lengang sikit. Lepas tu Hata start enjin, aku masukkan gear. Kereta looks like boleh start enjin tapi tak boleh slowkan enjin untuk masukkan gear.

Alhamdulillah Hata berjaya drive kereta sampai ke parking lot rumah tanpa berhenti. Risau betul waktu ni. Bila Hata hantar video pada mekanik, mereka syak alternator atau pun compressor. Jadi dari hari Selasa sampai Jumaat nanti, anak-anak kena naik van ke sekolah. Hata pulak ke ofis dekat Selayang naik motor. Hari minggu baru dapat hantar kereta ke bengkel sebab sepanjang Hata dekat Selayang memang akan balik lewat sampai bengkel pun dah tutup.

Memandangkan ofis Selayang tu amik masa perjalanan dalam 10 minit kalau drive & almost 30 minit bila naik motor sebab Hata ikut jalan lain selain dari MRR2, jadi lepas anak-anak naik van, aku sempat la buat sarapan ringkas untuk kami berdua bersarapan sebelum keluar rumah jam 7:30 pagi. Day 1 aku buat telur rebus, day 2 aku buatkan indomee & Ammar pun bawak bekal indomee ke sekolah.

Hari Isnin aku memang plan nak masak spaghetti carbonara je sebab stock semua ada dekat rumah. Dah siap kuah, sambil tunggu spaghetti masak, che mek pulak nak sagoo gula melaka...
Dinner with spaghetti carbonara & sagoo gula melaka.
Aku masak separuh je dari sepakert yang dibeli. 
Tinggal sesenduk je baki lepas makan malam tu. 😁
Spaghetti carbonara ni aku guna yang dalam tin jenama Prego je.Lepas tu aku add on fresh milk, blackpepper, cheese slice & serbuk perasa sikit.

Walaupun hati tengah gusar fikir tentang kereta, tapi makan tetap kena makan sampai kenyang. 😀.Harapnya kos repair kereta nanti idak le over dari budget kami. 

Esok dah Jumaat kome. 😁

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.