As Salam
Alhamdulillah rezeki dapat terpilih jadi top komentator dekat blog Cie .Memang tak sangka terpilih ye kome sebab aku komen dekat entry korang bukan nak kejar jadi pemenang top komentator. Tapi sebab aku suka baca entry blogger-blogger yang ada dalam reading list aku. Bila dipilih sebagai top komentator tu kira rezeki lah kan? 😁
Cie post tentang pemenang hari Ahad. Hari Isnin aku update detail. Alhamdulillah hari Rabu hadiah dah selamat sampai dekat rumah. Hari Rabu tu kami dinner dekat luar sebab che mek nak makan roti khai dekat kedai tomyam area gombak tu. Aku pulak lapar nasi. Jadi order nasi putih, tomyam ayam putih & telur dadar. Masa dekat LRT, aku dah kol rumah suruh anak-anak tunggu dekat lobby. Tapi masa sampai dekat gate, kami tak nampak lagi anak-anak dekat lift lobby. Jadi aku turun motor dan Hata pegi parking motor & hidupkan enjin kereta. Parking kereta & motor kami depan dan belakang je.
Sambil tunggu anak-anak turun, aku pun amik la parcel yang dah sampai tu. Bawak ke kereta. Dalam kereta pulak che mek excited betul nak tahu aku dapat apa. Mujur la dalam kereta ada gunting kecik spare. Jadi kita unboxing dari dalam kereta on the way ke kedai makan je.
Alhamdulillah dapat set pisau dan gunting ni...
Bertambah koleksi pisau & gunting aku.
Nampak kemas aje bila dah susun macam ni.
Sayang pulak nak gunakan. 😆. Pisau sedia ada dekat rumah ni aku guna yang kak ipar bagi masa nak pindah hari tu. Sebab pisau dari rumah lama semua dah tumpul & pemegang pun dah tak berapa elok. Hadiah dari Cie ni boleh la aku simpan buat back up. Kalau pisau yang sedia ada ni dah tamat tempoh, boleh la kita ganti dengan set yang ni.
Thank a lot Cie sebab bagi set ni. Memang berguna sangat ni. Semoga murah rezeki sokmo deh...😁



0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.